Assalamualaikum wbt.
Petang semalam bercakap-cakap dengan ma saya menerusi telefon, bertanya khabar dan seperti biasa saya akan beritahu tentang kehidupan di sini dan peperiksaan esok.
Petang semalam bercakap-cakap dengan ma saya menerusi telefon, bertanya khabar dan seperti biasa saya akan beritahu tentang kehidupan di sini dan peperiksaan esok.
ma : exam lagi? bukan baru je ke haritu?
saya : haritu angah exam final mata. kalini exam gigi mulut department sekarang.
ma : exam sokmo.
saya : doakan angah.
Semenjak dua menjak ini agak kerap saya ada exam. Mungkin baru sahaja 2 minggu lepas saya exam final di mata. Masuk di department gigi mulut ini ada exam lagi. Selasa semalam mini CEX dan esok compre exam, exam bertulis. 4 minggu ke depan ada exam lagi, insha Allah kalau panjang umur dan sempat masuk department ENT (ear nose & throat) exam lagi.
Sekarang saya berada di rotasi yang minor jadi paling lama 3 minggu setiap department. Cuma department gigi & mulut sahaja 2 minggu. Semoga bermanfaat. 2 minggu yang sungguh pantas dan tak terduga kerana berlaku perkara yang tak tersangka.

Exam dan exam ini mungkin akan berhenti bila sudah selesai saya belajar. Itupun kalau umur masih panjang untuk sempat habis belajar. Begitulah kalau bergelar seorang pelajar. Lagi-lagi sekarang tengah klinikal.
Saya ada baca mengenai Antara "BukuWajah" dengan "BukuQalbu". Membuatkan saya berfikir panjang. Jemputlah baca ke sana :)
**Nota:
- Banyak perkara yang kena fikir betul-betul dan tak boleh nak ikut ramai orang buat dan tak boleh nak setuju dengan apa yang datang. Kena fikir betul-betul dan dalam-dalam. Lagi pula bukan perkara main-main. Semoga Allah swt tidak membiarkan saya membuat keputusan sendiri walaupun sesaat.
- Beragama itu yang penting. Insha Allah akan berusaha menjadi yang terbaik dalam agama.
- Sejak berlaku perkara yang mengejutkan saya dan semua orang minggu lepas. Saya rasa tidak perlu ada perasaan marah kepada orang. Buat baik dengan semua walaupun orang tersebut berlaku sebaliknya dengan kita. Sebabnya kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Mungkin esok?
- Lebatnya hujan di luar. Semakin sejuk cuaca sekarang. Musim sejuk sudah tiba di Bandung :)
No comments:
Post a Comment