Wednesday, October 6, 2010

Langit dan Tiada Kata

Assalamualaikum wbt

Lama juga blog tidak ditulis apa2 jika nak dibandingkan dengan hasil tulisan di bulan September lepas. Hampir setiap hari menulis di sini. Sudah kurang idea atau tidak rajin atau sibuk? Lebih sibuk bulan lepas rasanya-_-"

Saya menulis tentang aktiviti belajar di Tumblr sambil mengasah "English" yang sudah hendak tumpul. Kalau rajin jenguklah ke sana andai kata lama senyap di sini=)

2,3 hari lepas mungkin saya bertemu dengan satu blog yang bergambar dan menulis sedikit sahaja. Saya pun dah lupa bagaimana saya boleh sampai ke blog beliau. Mungkin link dari FB saya tak pasti. Ayatnya ringkas tapi cukup padat makna dan memberi kesan ke hati. Tulisan pertama beliau yang buat saya terkesan ada gambar langit. Ya saya suka gambar langit yang biru! Sama macam layout blog ni. 

Hasil tulisan terbaru beliau mengenai satu hadis yang saya kongsikan di bawah ini. Mari sama2 kita hayati:


Rasullulah s.a.w pernah bersabda :-
كل أمتيمعافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه


Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam,berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.

( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Gambar langit


Rasa tenang melihat ke langit biru yang sangat indah. Tak caya? Cuba buat. Di saat anda rasa stress atau tertekan dengan kehidupan atau banyak kerja atau ada masalah, cuba mendongak sebentar ke langit yang berwarna biru muda. Luas kan? Tak tahu di mana bermulanya langit. Samalah macam lautan luas. Kebesaran ciptaan Allah SWT. Kita hanya hamba-Nya tumpang berjalan di bawah payung langit-Nya. Rasa kecil sangat diri. Sangat kecil menumpang berjalan di bumi luas dipayungi langitnya yang indah.

Ok. Sampai di sini dulu. 

Mari muhasabah diri.

6 comments:

Panglima Hikayat said...

Ada juga beberapa teman di Fb yang guna gambar awan biru. Mungkin mereka sedang mahu menenangkan diri atau pun menenangkan pengunjung page fb mereka. Hehe.

Asielah said...

tasha, ap mksd hadith ni eh? siela tak fhm sgt..

Iman Aisyah said...

Panglima Hikayat/YT:

Hehe. Langit Biru Langit Ilahi. Sudah cuba? Tenang kah?

Iman Aisyah said...

Asielah:

Cuba baca artikel dari Ustaz Zaharuddin ni lagi untuk lebih faham tentang hadis kat atas ni,

http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=937

InsyaAllah faham. Tasha pun baca dari sana. Untuk maksud dan huraian lebih lanjut kena tanya ustaz atau yang lebih arif di bidang hadis ni. Tasha faham dari kefahaman Tasha sahaja:) Tapi terasa sungguh jugak bila baca hadis ni.

Asielah said...

thanx tasha for the link. definitely understand better about things.. cla rasa dah banyak tersalah langkah dah ni.. huhu..

Iman Aisyah said...

Welcome :)

Sama2 kita belajar. Tasha pun sama Cla. Sharing is caring :) A big hug from me too!