Assalamualaikum wbt.
Seminggu sudah bercuti. Sudah tamat cuti. Sudah buat semua perkara yang dirancang. Alhamdulillah dimudahkan oleh-Nya. Pekerjaan yang kalau waktu dah mula klinikal balik mesti tak dapat buat, pun dah buat. Aktiviti2 membaca, menulis dan memasak pun dah buat. Cuma tak banyak yang sempat baca. Nak baca novel tapi tak sempat :)
Seminggu yang digunakan untuk kumpul kembali kekuatan yang hilang, semangat yang pudar dan kerajinan yang menurun. Alhamdulillah di akhir cuti mendapat banyak pencerahan dan perkongsian yang bermanfaat. Semoga ini menjadi bekal untuk 3 minggu ke depan. InsyaAllah. Kalau panjang umur untuk waktu depan yang masih perlu ditempuh.
Beberapa perkara 'unexpected' berlaku. Contohnya, hari Jumaat lepas dapat berjumpa adik2 'keluarga' lama. Sama2 makan Pecel Lele dan murah rezeki bila salah seorang adik cepat2 membayar makanan saya. Terima kasih NIMY :)
Hari ini, tiba2 buka di FB lihat status Kak Kamariah. "Stranded in Bandung". Eh baru ingat yang Kak Kamariah kata nak datang Bandung. Keluar dengan Kak Kamariah dan Abang Amin dan juga adik saya Hafizi. Merasa makan di Hotel Arion Swiss. Makanan yang mahal bagi saya yang masih bergelar pelajar ini :) Banyak berkongsi pengalaman dan Kak Kamariah juga bagi nasihat yang sangat berguna. Terima kasih banyak2 Kakak :) Semangat!
Hari ini, tiba2 buka di FB lihat status Kak Kamariah. "Stranded in Bandung". Eh baru ingat yang Kak Kamariah kata nak datang Bandung. Keluar dengan Kak Kamariah dan Abang Amin dan juga adik saya Hafizi. Merasa makan di Hotel Arion Swiss. Makanan yang mahal bagi saya yang masih bergelar pelajar ini :) Banyak berkongsi pengalaman dan Kak Kamariah juga bagi nasihat yang sangat berguna. Terima kasih banyak2 Kakak :) Semangat!
InsyaAllah akan konvo buat kali ke 2 pada 2011 |
Housemates saya :) Semoga nanti kita sama2 berkonvo lagi, saya, Yana, Nadia dan Siti :) |
Kesimpulan saya
Matlamat yang dasyat sungguh penting supaya dalam perjalanan menuju matlamat tidak mudah jatuh dan rebah. Kalau kalau rebah pun di tengah jalan senang nak bangun kembali. Waktu sekarang ini kena guna betul2 sebab waktu sekarang tak dapat ada atau diulang lagi nanti. InsyaAllah usaha sungguh2 dalam semua perkara. Kena berusaha kalau nak rajin, nak bersemangat dan nak 'score' dalam exam. Enjoy student life!
**Nota :
- Esok dah mula rotasi baru selama 3 minggu ke depan. Mungkin aktiviti menulis kena kurangkan tapi mungkin juga tidak =) Oncall sudah bermula setelah 6 minggu lepas tidak ada oncall.
- Ada beberapa entri dalam draft. Ada juga hutang entri, insyaAllah akan saya tulis juga walaupun lambat.
- Gembira ramai nak datang sini =)
- Gambar konvokesyen setahun yang lepas. Eh di sini kalau selesai pre-klinikal ada konvokesyen. Nanti dah selesai semua pun ada satu lagi konvo. Saje letak supaya bersemangat.
No comments:
Post a Comment