Wednesday, May 11, 2016

Kembali Menulis :)

Assalamualaikum,
Sungguh lama tak menulis di blog, Hampir setahun setengah. Sekarang banyak dah berubah. Sudah jadi emak kepada anak dua. Banyak cabaran dan dugaan untuk berada pada hari ini.

Alhamdulillah sangat bersyukur dengan apa yang ada dan saya sampai ke tahap ini. Diberi peluang menjadi Ummi kepada dua orang puteri solehah yang membahagiakan. Saya tak pernah terfikir akan dikurniakan rezeki seperti ini.

Thanks Allah swt for giving me the opportunity to become a mother. I am not a perfect mother but always try to be one. InsyaAllah :)

Kerja masih di hospital di Redland. Hospital yang saya tak pernah terfikir akan datang. Hati sudah mula menerima tempat kerja sekarang. Tempat kerja lama memang tak akan pernah dilupakan. Pada mulanya saya akui saya sangat susah untuk menerima kenyataan yang saya dipindahkan ke sini, tapi Allah sudah aturkan inilah perancangan terbaik untuk saya dan sekeluarga. Alhamdulillah sungguh banyak hikmah yang Allah bagi. 

Nota: 
  • dah lama tak menulis rasa kekok pulak. insyaAllah akan menulis dengan lebih kerap. 
  • catatan untuk anak-anak Jannah dan Tasnim
  • banyak perkara nak buat dan rancang

No comments: