"Saya nak give up studi lah sebab rasa tak boleh nak fokus dan tak kuat".
Give up study?
Pernah ke terfikir apa yang sudah kita lalui selama ini sudah banyak dan sudah agak lama walaupun seminggu, sebulan atau setahun. Berapa banyak duit yang sudah habis dan nak dibazirkan kalau nak tinggalkan semua perkara ini sekarang? Tarik nafas dalam-dalam dan fikir dalam-dalam. Jangan buat keputusan dalam keadaan emosi tidak stabil. Lagi-lagi dalam keadaan hati tidak tenang. Nanti kita yang menyesal tidak sudah-sudah.
Dalam kehidupan ini banyak ujian yang perlu kita hadapi. Ini semua ujian yang Allah swt bagi, pernah tak dengar ayat ini dalam Al-Quran? Al-Quran sudah berapa lama tak buka? Tersimpan kemas dalam almari bukan untuk jadi barangan antik. Ambil sekarang dan buka Surah Al-Baqarah, ayat 286. (muka surat 49). Baca betul-betul!
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".
Kalau kita rasa kita terperosok jatuh dan sedih. Lihat orang yang di bawah kita yang nasib mereka lagi buruk dari kita. Jangan pandang orang di atas kita. Tak rasa ke kita masih ada family yang sangat sayang kita? Ada makan pakaian cukup dan dapat peluang berada di tempat kita sekarang. Cuba lihat orang-orang yang tak ada peluang belajar. Tak cukup duit nak makan pun.
Sampai bila nak jadi tak kuat? Jangan jadi lembik! Jangan jadi lemah! Kita tak akan kemana-mana dengan macam tu. Nak susahkan berapa ramai orang dengan keputusan kita yang dibuat sebab perkara remeh. Jangan nanti menyesal. Ambil masa fikir dalam-dalam. Jangan pentingkan diri sendiri.
Ingat satu perkara. Kita hidup ini bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Bangun. Tolonglah bangun dan sedar. Jangan dalam keadaan macam ini Allah SWT tarik nyawa kita. Nak ke? Dalam keadaan kita yang masih meratapi perkara yang remeh temeh.
Jadilah kuat. Cubalah untuk jadi kuat. Mungkin susah dan perit tapi bangunlah jangan jadi orang yang lemah.
Salam sayang,
Orang yang sangat menyayangi kamu.
No comments:
Post a Comment