Sunday, March 13, 2011

Motivasi dari orang sibuk

Source:tumblr tasyanice

Setiap hari saya selalu berjumpa dengan orang yang sibuk.

Saya tertanya-tanya sendiri apa yang membuat diorang sibuk? Ke sana ke mari asyik terkejar-kejar.

Yang pasti, saya melihat diorang tak hiraukan langsung kesesakan jalan raya, kesesakan tempat berjalan, perangai pejalan kaki lain yang seolah-olah menghalang perjalanan mereka juga tak hiraukan betapa cepatnya masa berlalu.

Apabila kita sudah fokuskan minda untuk mencapai kejayaan, secara automatik kita akan rasa banyak lagi yang masih kurang – ilmu masih kurang, usaha pun masih kurang. Oleh kerana kita merasa semua tu masih kurang, kita berusaha sedapa upaya memperbaikinya, kasi tambah mana-mana yang kurang.

Kesannya, kita jadi sibuk.

Kita pun tak perasan yang kita sibuk kerana kita merasa itu sesuatu yang normal pada diri kita. Lagipun, kita cepat terbiasa dengan kesibukan.

Sibuk memajukan diri lebih baik dari sibuk menjaga hal orang. Sibuk berfikir kejayaan diri lebih baik dari sibuk memikir keburukan orangserta memburuk-burukkan kejayaan orang lain.

Orang yang berusaha nak berjaya, dia pasti tidak akan sibuk menjaga tepi kain orang kerana dia sudah cukup sibuk memajukan dirinya sendiri.

Sebaliknya, orang yang tak berusaha nak berjaya, dia pastinya akan lebih banyak menjaga tepi kain orang dan sibuk bercakap hal orang lain dari berfikir memperbaiki dirinya sendiri.

Sumber: imotivasi.com

**Nota saya:
  • Stress jugak sebab rasa penat semalam :) 
  • Chat dengan Nabila semalam dia ingat saya sedih sebab harini tapi tersilap bukan bukan!
  • Next entri: Tentang perkahwinan dua orang yang sangat dekat. InsyaAllah.
  • Oncall di OK (operasi kamar?) pagi ini. Sekejap saja. 
  • Berderet-deret nota tunggu nak kena baca dan soalan yang belum jawab. Banyak sungguh banyak! (towards the final)

No comments: