Assalamualaikum wbt
Petang semalam adalah hari terakhir bagi rotasi Ilmu Penyakit Dalam(IPD) atau Internal Medicine.
Petang semalam juga iaitu pada jam 2 pm ada Judicium untuk rotasi ini. Judicium adalah hari di mana keputusan kami diumumkan. Sama ada lulus atau gagal, untuk lulus adalah A atau B sahaja. Secara automatis akan gagal rotasi ini kalau dapat selain dari A dan B. Markah untuk lulus pula adalah 68% dan keatas. Semasa saya dan teman2 sedang menunggu di luar dewan di tingkat 5 bangunan IPD tersebut, hati ni berdebar Tuhan sahaja yang tahu. Kalau gagal kami masih diberikan peluang untuk ambil ujian pada hari selasa depan, tapi saya mengharapkan dan berdoa supaya saya lulus untuk rotasi klinikal pertama ini. Dalam hati saya istighfar banyak2 dan pengakhirannya saya berserah kepada Yang Esa.
9 minggu di rotasi ini penuh cabaran, onak dan kerja keras. Pejam celik dah minggu terakhir dan hari pengumuman keputusan tiba jua. Ini juga adalah Department yang boleh dikatakan major.
Saya masuk rotasi ini pada 19 Oktober lalu, setelah 3 bulan bercuti panjang di Malaysia. Selalunya susah dan lambat sedikit nak dapat momentum untuk belajar kalau selepas cuti panjang. Salah saya juga, Ma dan Along dah suruh belajar masa cuti tapi saya tetap bercuti sesungguhnya. hehe. Padan muka! Terpaksa bekerja keras.
Pada saya Internal Medicine ataupun dalam Bahasa Indonesianya adalah Ilmu Penyakit Dalam sangatlah menarik walaupun bacaan haruslah banyak! 80-90% penyakit adalah dalam rotasi ini. Jadi belajar betul2! Kepada adik2 junior pula kebanyakan kes2 yang kita belajar masa 2nd-4th year ada di rotasi ini. Aplikasi pengetahuan dahulu adalah sekarang. Klinikalnya adalah sekarang. Jadi sila belajar dengan betul2 kes2 di tutorial sekarang. Kutip banyak2 dan baca banyak2 tentang Anatomy, Physiology, Histology dan Pharmacology penyakit2 tersebut. Sudah masuk klinikal nanti tinggal aplikasi sahaja.-->sepatutnya, belajar dari mula:) tapi biasalah usaha gigih kita hanya akan muncul apabila ada exam sahaja. hehe. termasuklah saya:) tapi tak terlambat untuk kita ubah strategi belajar dan yang penting kita teruskan usaha dan fokus.
Berbalik kepada pengumuman keputusan tadi, nama kami dipanggil seorang demi seorang untuk masuk. Berdebar memang sangat tinggi! Ada juga saya tengok seorang kawan mukanya macam dah nak menangis. InsyaAllah boleh. Itulah adalah ayat saya, walaupun dalam hati pun risau juga:)
8 orang pertama dipanggil dan nama saya tiada dalam senarai. Masih ramai diluar. Setelah 5 orang pertama yang dipanggil berada di dalam dewan, mereka keluar. Dari raut wajah mereka, terlihat sedih dan wajah2 yang keluar tunduk, mereka gagal untuk rotasi ini. Pada saya mereka belum lagi lulus! Masih ada peluang. Jangan putus asa kawan2!
Nama dipanggil lagi, dimulai dengan nama Aditya Fahmi, dia memang antara mahasiswa yang score! Dalam hati saya, mesti dipanggil ikut markah. Tak berapa lama nama saya dipanggil:) Kami berdiri di hadapan konsulan2 yang ada. Konsulan adalah consultant kalau di Malaysia. Spesialis yang sudah ambil sub-spesialis. Ketua IPD, Prof Rully memanggil nama 6 orang mahasiswa untuk maju kehadapan, termasuklah tadi ada Aditya Fahmi, budak terer! Mereka adalah mahasiswa yang mendapat A. Jadi saya tahulah yang saya dapat B, mungkin juga B+. hehe.
Walau apa pun nilainya, saat doktor konsulan tadi mengeluarkan ayat, "Bagi tepukan yang gemuruh untuk anda semua karena sudah lulus di IPD"..
Saya memandang teman disebelah saya, Nurlitasari dan tersenyum, Alhamdulillah!
Lega rasa hati. Syukur sangat2! Hilang segala rasa penat dan mengantuk sebelumnya.
Alhamdulillah dan Alhamdulillah saya sudah lulus rotasi pertama saya iaitu Internal Medicine.
Saya tahu ini semua tidak akan berlaku tanpa izin Yang Esa, banyak dugaan pada awal2 saya masuk klinikal, tapi saya berdoa tidak putus2 supaya Allah memberi kemudahan kepada saya. Tiada kata untuk saya gambarkan bahawa betapa Allah swt banyak membantu saya.
Kedua ibubapa saya, Ma dan Abah yang boleh dikatakan hampir setiap hari telefon saya dan memberi saya kata2 semangat. Saya sangat2 berterima kasih buat doa mereka. Along, Ila, Eg dan adik mereka juga sangat membantu masa saya rasa jatuh.
Buat teman2 saya juga:) terima kasih doakan saya.
Buat seorang teman yang masih tengah berusaha bersungguh2 sekarang. Terima kasih kata2 semangat anda dan terima kasih selalu buat saya selalu tersenyum. Buat yang terbaik untuk exam awak! InsyaAllah boleh:) Terus fokus dan berusaha gigih anak muda, walaupun saya tahu awak memang seorang yang berusaha gigih. Terima kasih.
Nota:
Lagu blog saya ni bertajuk 'Kau Kawan, Sahabat dan Teman'. Suka lagu ini. Khas untuk teman yang tengah gigih berusaha dan untuk semua teman2 saya yang lain juga:)

9 comments:
Salam Tasha.
TAHNIAH!!! Alhamdulillah. Habis dah satu posting. Semoga untuk posting yang lain pun akan lulus dengan cemerlang. Challenge sikit Aditya tu (eh, macam best la nama dia. Saya suka. Hihi).
Dan.... siapa anak muda yang gigih tu??????? Pandai awak nak rahsia2 ye sekarang. Siap la Tsha. Saya tak kira. Awak kena buat juga entri tu. Saya tunggu!
^___^
Bittaufiq wan najah!
sarah!
Thanx alott..insyaAllah..amin.
Aditya tu mmg scorer habes, every year rasa 4 flat jek..mkn kali buku tuh..die org indonesia..iskhh byk lagi nama yg best2 kat sini, ala2 bunga citra lestari..:)
sarah i think u should come to bandung for holiday!boleh saya bwk awak jalan2, mesti gaji tak sempat guna kan?mcm akak saya time awal2 dulu.hehe.
cepat je die dgr psl anak muda yg gigih ni:)saya suka!heeeeeee.boleh buat hari2 yg kelam lebih ceria(^_^)!
harap2 anak muda yg gigih ni busylaa..*harap2 awak tgh gigih berusaha*
Bittaufiq wa najah juga!
alhamdulillah...congrats kak tasha..syukur ke hadrat Ilahi..
~hadiah taun baru =)
Alhamdulillah maisarah:)
ermm..dua org sarah komen..
Thanx!a ah hadiah tahun baru..alhamdulillah.
p/s:mai baru jah kecek2 ngn kakIjah psl nk kontek2 awak psl usrah..duk mano loni?kelate ke?nnt kita chatlaa deh.kalu online buzz kak..take care!
hehe..kak tasha silap orang la..bukan maisarah ni..huhu..xpela..biarlah rahsia =)
humaira':
maaf2! sebab yg guna nama humaira ni akak maisarah yg dari makasar.
siapa gerangan humaira yang ini?
ermm..xbestlaa..awak kenal akak, mungkin akak kenal awak ni kan?
nnt private msg akak eh?hehe:)then we keep that as a secret*selalu yg komen2 kwn2. sebab tu ingat humaira yg maisarah tu..terus ckp kelantan lak tuh.
sorry(^_^)
*Iman Aisyah dan Natasha A.Hadi adalah orang yg sama:)
p/s:terguna nama Iman Aisyah lak kalini, humaira.
Mabruk...
all da best 4 the next posting (^_^)
sha:
syukran ukhti!
All the best to u too(^_^)
akak lepas ni posting neuro, psychiatry and forensic..minor punye posting..hope that i can do my best!
Post a Comment