Assalamualaikum wbt
Sabtu malam yang lepas adalah hari terakhir saya oncall. Kalini saya oncall di wad Melati. Malam sebelumnya saya oncall juga tapi di wad kecemasan.
Di wad kecemasan, alhamdulillah tiada kes kematian yang berlaku semasa saya ber'oncall', tapi masa saya break sekejap untuk tidur, wani rakan se'oncall' saya kata ada sorang patient denggi yang meninggal, tapi patient tersebut patient baru yang datang sudah dengan Dengue Shock Syndrome (DSS). Kiranya datang2 ke wad kecemasan memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi keadaannya.
Kiranya malam Jumaat tersebut tidaklah terlalu sibuk. Pertamanya kerana ada 5 orang co-ass (kami laa tu) yang oncall pada malam tersebut, ditambah pula dengan jururawat pelatih. Kebanyakan orang dalam ruangan Tindakan Medik. Jadinya malam tersebut bukan penat bekerja tapi penat berdiri dan sudahnya pada jam 2-3 am wani keluarkan kamera dan kami bergambar pula.
Sabtu Malam di wad Melati
Jam 7 pm saya sudah sampai di wad. Kalini kebanyakan orang juga. Ramai pula yang datang nak ber'oncall'. Malam ni sebenarnya saya menggantikan Reza yang menggantikan saya pada minggu lepas. Jadi itulah saya macam 'back to back' pula oncall minggu ni. Saya tak kisah sebab minggu ni dah cuti. Jadi kerja penat2 dan cuti seminggu.
Setelah kami membahagikan tugas untuk follow-up, seorang rakan yang sama2 oncall memberitahu saya,
"Natasha, pasien yang di kamar 11/4 harus di follow-up setiap satu jam ya.."
"Setiap satu jam sampai besok pagi?!!"..saya buat ayat terkejut.
Terus Dr Melly, residen yang bertugas dengan suara sedikit berbisik memberitahu saya,
"Mungkin ngak sampai besok kok.."
"Kenapa doc? keadaannya teruk? sakitnya apa?.." rasa bersalah pula saya tadi mengeluarkan ayat terkejut, tapi ayat tersebut spontan keluar dari mulut saya.
Saya terus ke kamar 11/4 untuk melihat keadaan pesakit tersebut. Dia sudah memakai alat bantuan pernafasan dan keadaannya sudah terlihat parah. Di sisinya ada isterinya yang sedang membaca Al-Quran, Alhamdulillah.
Saya bertanya kepada seorang yang mungkin anaknya, yang turut berada di situ,
"Bapaknya umur berapa?"
"48 tahun.." jawab anak muda tersebut.
Dalam hati saya, umurnya lagi muda dari abah saya. Terus teringat abah di rumah. Dalam hati saya sungguh sayu melihatkan keadaan pakcik tersebut.
Saya baca medical record.
Diagnosis untuk pakcik tersebut: Sepsis, Adrenal crisis, DM type 2, Cushing's syndrome..saya rasa ada lagi tapi saya lupa.
Di sini, selalunya pesakit yang datang sudah dalam keadaan yang kronik, bukan sakit sedikit2. Tambahan hospital ini adalah hospital rujukan dari hospital kecil. Semua jenis pesakit ada di sini. Lagi pula orang2 yang tidak berkemampuan yang datang setakat sakit2 sedikit itu memang tak datang ke hospital. Selalunya kalau sudah di stage 3 atau 4 baru ke hospital.
Berbalik kepada pakcik tadi, bermula Jam 8pm saya follow up. Saya periksa tekanan darah, nadi, respirasi dan suhu. Tekanan darah (blood pressure) memang sudah rendah iaitu 80/60.
Jam 9.30 pm saya break sehingga jam 2.30am, (kes tertidur saya terlajak lama pula tidur, penat oncall malam sebelumnya belum habis sudahnya malamni oncall lagi). Tapi rakan saya sudah menggantikan saya untuk melihat keadaan pakcik tersebut.
Masa tu jam sudah menunjukkan pukul 4 am, saya ke ruangan pakcik tersebut lagi. Kali ini tekanan darahnya sudah turun ke 60/palpasi. Kiranya tekanan sistolik dan diastolik sudah tak dapat didengar dengan stetoskop lagi. Suhu badan meningkat dari normal ke 39.4 darjah celcius. Panas badan pakcik ni!
Jam 4 am baru masuk subuh di sini, saya berhenti untuk solat subuh dan masa saya turun lagi pada jam 4.30am, saya lihat 2 orang rakan saya sedang dalam keadaan bergegas menolak mesin EKG (elektrokardiogram) menuju ke kamar pakcik tadi.
"Kenapa??.."tanya saya.
"Pasien apnea.."jawab teman saya ringkas.
Terus saya letak beg kain sembahyang saya menuju ke tempat pakcik tersebut.
Apnea = cessation of breathing, penurunan kadar pernafasan.
Saya lihat pakcik tersebut sudah berhenti bernafas dan nadinya memang dari tadi sudah sangat lemah dan susah untuk diraba, memang sudah TIADA. Badannya masih panas. Rakan2 saya cuba untuk pasang EKG untuk melihat detak jantungnya masih ada atau tidak. Sudah flat juga!
Tidak lama kemudian residen datang dan pesakit sudah dinyatakan Meninggal.
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Isteri pakcik tadi yang dari tadi saya lihat sudah mengalirkan air mata, semakin deras air mata nya. Saya terus memakai sarung tangan untuk membantu menguruskan mayat arwah tadi. Infuse dan alat bantuan pernafasan perlu di cabut, mayat di bungkus sebelum di bawa pulang.
Selesai semuanya, saya menghampiri isteri pesakit tadi, saya pegang bahu makcik itu sambil menenangkan beliau. Terus makcik itu memeluk saya, dan esakannya bertambah kuat, dan dia seraya berkata,
"Ibu ada 5 orang anak neng, yang paling kecil umurnya 3 tahun.."
Neng adalah panggilan untuk anak di sini dalam bahasa sunda.
Hati saya semakin sebak dan air mata sebenarya sudah semakin tak tertahan tapi saya cuba kuatkan hati.
Dari ayat makcik itu kita faham kan apa yang dia fikirkan?
Saya cuma mampu menenangkan makcik tersebut dengan berkata,
"Ibu, rezeki itu dari Allah, insyaAllah nanti ada nanti yaa.."
Selepas itu saya tinggalkan makcik tadi sebab saya masih ada tanggungjawab untuk follow up pagi pesakit2 lain.
Saya doakan makcik tadi kuat dan semoga arwah suaminya dicucuri rahmat dari-Nya. Amin. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah suaminya.
Nota:
Kematian itu dekat kan? Sebenarnya sudah beberapa kali saya berhadapan dengan pesakit yang meninggal di hadapan saya, sama ada tiba2 ataupun memang sudah dijangkakan.
Jadi sudah bersediakah kita untuk mati?
Amalan kita?
Sama2 kita muhasabah diri kita semula...
5 comments:
Masih banyak yang perlu dipersiapkn..
Moga Allah kuatkan makcik itu jga..
sha:
Itulah kalo selalu fikirkan konsep sepuluh minit sebelum kematian mmg amalan sgt2 sedikit..
InsyaAllah semoga Allah memudahkan urusan makcik tersebut.
Jom kita:
"Bekerja keras ibarat kita akan hidup selamanya dan kita beribadah ibarat kita akan mati esok"
*tersentuh*
T.T
bukan mudah nk tenangkn orang kn?..
*moga terus thabat..
jazakalllah utk cerita ni..
aku bukan aku:
syukran!
perkongsian dari pengalaman yang Allah SWT berikan sebentar.
ya, tak mudah. padahal kalo nak ikutkan sudah ikut sama menangis bersama2 makcik tersebut. tapi kena profesional dan perlu kelihatan kuat utk makcik tersebut.
InsyaAllah..Jazzakallah juga kerana sudi baca.
mencabar emosi btol entri ko nih...
Post a Comment