Wednesday, December 23, 2009

Nikmat Al-Quran


Assalamualaikum wbt


Saya sangat tertarik dengan kisah s
eorang junior saya tulis di blognya, mengenai nikmat Al-Quran. Jadi saya kongsikan dengan rakan2 semua di sini.



Ini adalah coretan dari seorang ibu muda Ummu Ilham, di blognya, dhuhasakeenah:

Sedang memandu hari ini, aku melihat kembali hari-hari di bulan Disember yang telah aku lalui. Beberapa minggu lepas aku mengalami ketidakstabilan emosi yang menatijahkan banyak perkara yang tidak best -_-.. Pabila memuhasabah kembali, aku menyedari antara faktor yang mendorong perkara tersebut adalah kerana aku tidak membaca Al-Quran (kerana uzur syar'ie) - menyebabkan fikiran tidak jernih dan tindakan penuh emosi.

Aku cuba berfikir lebih jauh, alangkah berbezanya ketenangan yang dirasakan antara hari-hari yang dimulakan dengan membaca Al-Quran dengan tidak. Aku mula istiqamah membaca Al-Quran apabila suatu hari suamiku menegurku. Ketika itu, aku sedang menyiapkan desert untuk berbuka puasa pada Ramadhan lalu.

Kata abang, "Alangkah baiknya jika kesungguhan sayang mencuri masa membaca Al-Quran seperti kesungguhan sayang mencuri masa menyiapkan masakan".

Teguran itu sangat membekas di hati kecilku. Sejak memiliki anak, aku sering menggunakan anak sebagai alasan dalam membatasi aktiviti lain. Alangkah dangkalnya aku! Masakan anak penyebab tidak berusaha istiqamah dalam ibadah. Ini baru satu anak. Kalau sudah berderet entah bagaimana keadaanku nanti.

Sebelum abang terbang kembali ke Tanah Haram, beberapa kali abang berpesan supaya aku membaca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit. Kata abang lagi, lebih baik kalau meriba Ilham ketika membaca Al-Quran supaya kelak Ilham suka pada Al-Quran dan terdedah kepada kelaziman yang baik. Mengerti harapan abang, sejak hari itu aku melazimi membaca Al-Quran seusai solat Subuh sebanyak 2 maqra' (lebih kurang 5 muka surat). Aku menetapkan 2 maqra' tidak lebih dah tidak kurang agar aku istiqamah - kerana bagiku itu adalah had yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan untuk dilaksanakan. Alhasil, alhamdulillah kini aku telah membaca lebih 10 juz. Jika Ilham menangis ketika aku membaca pada waktu Subuh, aku akan berhenti dan menyambung baki bacaan setelah solat Maghrib.

Kini aku merasakan ketenangan di hari-hari yang dilalui. Aku lebih mudah bersabar dalam banyak hal dan kurang melatah. Pokoknya, perbezaan yang ketara dirasakan dengan Al-Quran. Merenung lebih jauh, aku jadi terfikir, kalaulah kita yang muslim ini pun merasakan perubahan baik yang ketara, apatah lagi sekiranya seorang kafir yang hebat memeluk Islam. Wow, pasti berganda-ganda kehebatannya!

No comments: