Thursday, May 5, 2011

Hari ini (sebelum magang)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Kemas buku tebal dan berat - Done!

Gembira masuk bilik dan tengok tersusun kemas buku. Kalau lepas ni masuk posting mana2 boleh ambil terus. Dengan kata lain senang nak cari. Bahagia rasanya. Bukan lama pun nak kemas buku tadi. Sambil bersembang dengan kakak Nurul dah selesai. Itulah sejak selesai exam final bertangguh. Jangan bertangguh nanti bersepah bilik dan juga rumah anda.

Pernah tak dengar atau terbaca? Saya tak pasti saya baca atau dengar dari orang. Katanya kalau kita lihat keadaan sepah2 atau berselerakan tempat seseorang itu tinggal(bilik/rumah) itu menggambarkan keadaan di dalam kepala seseorang itu. Menggambarkan peribadi seseorang tersebut. Mungkin juga. Ini konklusi saya saja ok. Jangan percaya bulat2. Sila buat pemerhatian dan penelitian anda sendiri. 

*Teori di atas tidak benar untuk keadaan tertentu, especially selepas exam :)

Kemas tak? (bukan bilik saya)

Bukan bilik jugak (tak mainlah warna pink)

Kak Nurul

Semalam lepas usrah di masjid as-syifa' dalam rshs, kami (saya dan kak nurul) solat maghrib di mesko(bilik masa zaman klinikal). Bunyinya dah lama selesai saja klinikal padahal sebulan pun tak sampai lagi. Perasan! Makan pecel lele disimpang 3 dan ikut kak nurul ambil buku2 sebelum pulang ke rumah. Kak nurul ikut balik rumah dan petang tadi baru balik ke pangkal jalan(sorryyy sebab menyebabkan tengok banyak episod CSI dan rancangan masak memasak). Ada berdiskusi tentang perkara2 tertentu sambil2 saya kemas buku. Sambil tengok tv sambil saya baca buku merah buku ajaib juga. Kepunyaan kakak nurul. Dalam hati berharap kak nurul offer buku tu. 

*Kak nurul offer! Hehe(malu nak cakap belum habes baca lagi).

Macam mengarut pun ada pulak dah cerita kat atas, tapi ada konklusi saya nak catat pada hari ini,

Jangan lari dari kelompok yang baik, kerana jika kita tak bersama mereka, kita pasti bersama kelompok selain dari mereka(kelompok jahiliyah).
 Kerana itu, sedalam manapun jatuhnya kita, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan kita dengan usrah ataupun jemaah kita.

Terima kasih yang banyak kepada kak aisyah untuk tulisan tentang istiqamah yang sangat bermanfaat :)

Komunikasi

Selain dari pelajaran medik yang sangat mencabar yang saya belajar, satu perkara yang paling penting dalam bidang ini adalah komunikasi. Patutlah dulu masa preklinikal, zaman belajar di jatinangor ada subjek komunikasi. Komunikasi antara dokter-pasien. Penting ilmu bercakap ni. Terima kasih ma abah kerana ajar saya bercakap(tiba2 teringat wajah2 mereka). Kembali kepada komunikasi. Kawan saya pernah cerita kepada saya ada seorang residen(orang yg belajar lagi nk jadi specialist) kena buang kerja sebab selalu marah pesakit. Kiranya cakap tak elok. Kalau pesakit tersebut sihat mungkin tak datang berubat kan? Hehe. Tiba2 lagi sokong pesakit.

Kembali kepada alam realiti. Hari ini ada orang bercakap dengan saya tanpa pandang saya pun. Dari jauh. Adoi~ Saya tak dengar dengan jelas pun apa ditanya kawan. Minta maaf banyak2 tak dapat nak tolong jawab. Lagi pula tak molek kata orang kampung saya cara bercakap macam itu. Kembali lagi cara bercakap melalui telefon, cara bertanya, cara meminta tolong dengan orang dan macam2 lagi. Semuanya ada adat kata orang melayu yang penuh adat. Betul kan? 

Mungkin ini pembelajaran hari ini :) 

Esok

Esok akan dibagi penempatan untuk magang dan siapa ahli kumpulan. Seram! Rancangan Allah swt itu adalah yang terbaik. Usaha kita berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah.

Belum waktunya bercakap tentang magang. Esok mungkin, sebab tajuk kat atas "Hari ini". 

Jom kita lihat video tentang tawakkal, khas untuk adik yang sangat disayangi, 



2 comments:

Ummu 'Aisyah said...

Assalammualaikum Tasha,

Ah, memang akak setuju pasal pentingnya komunikasi dokter-pasien. Ada seorang dr yang akak biasa jumpa, she's a very friendly lady, most of the time tu belum habis sesi rawatan pun dah rasa sihat! Subhanallah, sebab dia bersembang dengan kita macam kawan lama. And she remembers most of her regular pasiens punya details.


Semoga Tasha dan rakan2 akan jadi macam tu bila dah bertugas nanti ek. You must love the profession, then only it will become less of a "job" and more of a passion.

Iman Aisyah said...

Waalaikumsalam Ummu 'Aisyah :)

InsyaAllah Tasha akan mulakan practice dari sekarang. Communication skill :) Thanks akak utk doa akak jugak. Sangat suka ayat yg last.