Showing posts with label Al-Mar'ah As-Solehah. Show all posts
Showing posts with label Al-Mar'ah As-Solehah. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Happily in ♥


Gembira, hati mereka kanak-kanak suci :)

22. 8. 2005
My first step to Indonesia 6 years ago! Alhamdulillah I survived after lots of ups and downs here:) Another 2 months to go and I will go back for good. Good Luck friends! Happily in ♥ 

-Status FB- Setahun yang lalu pun status sama, ubah jadi 6 years ago je. dengan ganti 2 months-

22. 8. 2011
H I L (Happily In Love)

Everyone has their own story and path in life. So, dont get jealous with anyone. 

**Nota: Harini terfikir dalam kepala tajuk "rezeki", insyaAllah nak tulis. Dalam hidup ni jangan terlalu nak berkira sangat. Rezeki semua milik Dia, sekali Dia nak tarik memang tak pernah terfikir oleh kita. Jadi janganlah terlalu berkira sangat. 

Rezeki nak datang juga di luar pengetahuan kita. InsyaAllah semakin kita banyak memberi(sedekah) dan jadi pemurah, akan lebih bertambah rezeki kita. Mungkin harini kita tolong orang, esok siapa tahu kita yang susah? (memang tak mengharap balasan sebab nak mencapai ikhlas itu susah). Tak perlu sebut, "aku ikhlas tolong", ikhlas tak perlu ucap dengan kata-kata. 

Takkanlah semua pun nak dihitung? Meraikan tetamu dan memuliakan tetamu ada dalam ajaran Islam. Cerita lain pula bab "tetamu".


Kena berhenti untuk tidur dahulu :) 

*letak entri ni bawah tag "Al-Mar'ah As-Solehah", dah lama tak ada entri yang bawah tag tersebut.

Tuesday, May 10, 2011

Nasihat Seorang Kakak Tentang Jodoh



Setiap perubahan yang dilakukan biarlah kerana-Nya.

Nak jadi solehah bukan semata-mata nak dapatkan yang soleh. 

Target utama tetap nak dapatkan cinta Allah swt.

Sabar itu indah.

(ps: terima kasih kakak a.k.a ummi :)

**********************************************************************************

Ringkas dan padat nasihat seorang kakak, terharu -__-"

Semoga Allah swt memberi ganjaran yang terbaik buat akak. InsyaAllah :) 

Ini pula perkongsian dari kak aisyah,


**********************************************************************************

Sewaktu tengah membantu seorang adik memasak bercerita tentang jodoh dan perkahwinan. (ps:sedap karipap dan kerabu awok;)

Dua orang adik :) 

Pengalaman dikongsi (mcmlah byk sgt).

Tapi tersenyum waktu jalan balik, 

"saya jadi semangat dgr cerita akak" 

Sama-samalah kita berkongsi pengalaman dan cerita.


“Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time.”
— Sheikh Mamdouh


Saturday, December 25, 2010

23 / 12 / 2010

Assalamualaikum wbt

23 / 12 / 2010 bersamaan dengan hari khamis lepas. Titik permulaan yang ringkas untuk saya mula mencoret satu tulisan cerita yang insyaAllah kali ini akan saya tulis sampai selesai. InsyaAllah target saya untuk tahun depan supaya cerita ini selesai dengan pengakhiran yang baik dan gembira. Sebuah cerita tulisan saya yang akan menjadi hadiah yang paling besar dan berharga  buat ma abah, kakak dan juga adik-adik yang sangat saya sayangi. InsyaAllah niat saya untuk membahagiakan semua orang :)

Sengaja saya tulis tajuknya menjadi '23 / 12 / 2010'. Semoga saya terus ingat akan tarikh ini. Supaya saya ingat tujuan saya menulis cerita ini. Niat sebenar dan mengapa saya ingin memulakan cerita ini. Saya ingin dan sangat berharap dalam perjalanan saya menulis cerita ini akan sentiasa mendapat panduan dari-Nya. Semoga Allah swt tidak akan membiarkan saya membuat keputusan ini sendiri. Semoga dia membimbing saya. Keputusan ini keputusan besar. Ini baru langkah pertama saya dalam menulis. InsyaAllah.

Saya hanya merancang tapi segalanya terletak pada-Nya. Semoga niat baik ini dan perkara baik ini akan mendapat redha-Nya. Saya hanya berdoa semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

**Orang yang sama dari dua pihak yang berbeza :) Sungguh kecil dunia ini dan betapa Tuhan itu bekerja di luar pemikiran kita. Ini peluang yang saya anggap titik tolak saya untuk menjadi lebih baik, peluang untuk lebih mendalami bidang agama, peluang belajar banyak perkara lagi terutama mendalami bahasa Arab yang saya sangat teringin untuk lebih menguasai lagi :) 

**Setakat ini dahulu. Lagu sekarang saya letak kerana lirik dan lagunya best , "Karena Hati Bicara":) Pertama kali dengar waktu di Saphire 5 nyanyian Kang subi dan Teh Ina (suami isteri yang sangat sweet) 

Wednesday, May 19, 2010

Trend Baru di Malaysia, Tudung Macam Bonggol Unta


It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all. I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.


I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab. However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.



Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupun dah belajar. I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.


Anyway, in wearing hijab, niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab. However, at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.


Tulisan ini ialah hasil nukilan: Haslinda binti A. Karim.

Thanks for the article Haslinda!

"Ad-dunya mata’ , khoirul mata’ al mar’atus sholihah".
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita solehah


Sunday, May 2, 2010

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

(Right klik utk lihat dan baca dengan jelas)

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.


"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.


"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.


Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)


Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.


"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"


Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"


Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?


Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :


"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)


Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.


Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.


Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :



إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار


Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )


Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.


Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW


من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )


Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.


Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Baca artikel penuh di:
Aurat : Apa Sudah Jadi ?
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Monday, April 19, 2010

MARI SOKONG SAYA NAK BERKEMPEN


Assalamualaikum wbt

Petang tadi masa saya tengah buka akaun FB, KakChik Niza ajak saya untuk berkempen. Jadi saya dengan semangatnya sekarang nak berkempen, terutamanya kepada semua wanita saudara se-agama saya yang menjadi kesayangan saya fillah^_^

Jom sokong saya berkempen. Join Kempen Menutup Aurat:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (an-nur 24:31)


Dalam solat kita menutup aurat, begitu juga di luar solat. Jadi kita hendaklah bawa KETAATAN dalam SOLAT(menutup aurat,membaca Al-Quran,berzikir). DAN MEMBAWANYA DILUAR SOLAT, dan amalkan dalam kehidupan seharian kita, seperti yang diperintahkan oleh ALLAH. Mudah2an kita berjaya di dunia & di akhirat. AMIN.


Tuesday, April 13, 2010

12 APRIL 2010

Assalamualaikum wbt

Semalam genaplah saya berumur 25 tahun.

25 tahun menjadi Natasha adalah suatu pengalaman yang sangat berharga yang pernah saya lalui. Dari semanis-manis pengalaman kepada sepahit-pahit pengalaman. Alhamdulillah diberikan nikmat kehidupan dari-Nya untuk menempuhi semuanya dengan gembira dan sedih.

Semuanya membuatkan saya tersenyum mengenangkannya dan lebih kuat dalam menjalani hidup ini.

Ya Allah terima kasih di atas nikmat umur yang diberikan.

Terima kasih yang mungkin tak terhingga saya ucapkan kepada ma saya yang melahirkan saya dan membesarkan saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang diberikan. Terima kasih yang tak terhingga juga buat abah saya yang sentiasa memberi dorongan dan juga didikan selama ini. Terima kasih sebab membesarkan Angah selama 25 tahun ini. Pengorbanan ma dan abah tak akan dapat terbalas. InsyaAllah Angah berusaha menjadi anak yang solehah.

Buat kakak sulong saya, Nadia terima kasih menjadi kakak yang sangat baik selama ini, walaupun kadang-kadang kita nangis sama-sama. Adik saya Nabila, yang sentiasa mendengar cerita saya dan membuatkan saya ketawa dengan cerita-cerita lucunya. Satu-satunya adik lelaki saya, Hafizi yang sentiasa melindungi kakak-kakaknya dan suka menyanyi juga. Adik paling bongsu saya, Najeeha yang suka bercerita juga dan suka paksa angah dengar cerita adik^_^ Majalah anime adik buat angah tak bosan kalau dah tak ada kerja sangat nak buat di rumah. Adik-beradik saya adalah pelangi dalam hidup saya. Warna-warna gembira yang membuatkan saya tersenyum gembira apabila teringatkan mereka.

Semoga tahun ini kehidupan saya lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga rezeki saya bertambah. Semoga kehidupan semakin tenang dan ibadah saya sebagai hamba-Nya semakin terjaga dan juga bertambah baik. Semoga diberikan kesihatan yang baik dari-Nya untuk terus menjalani tanggungjawab sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Semoga saya lulus semua rotasi klinikal saya dan pulang ke Malaysia tercinta tepat pada masanya.

Amin Ya Rabb

"Ad-dunya mata’ , khoirul mata’ al mar’atus sholihah".

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita solehah



Wednesday, March 10, 2010

Ujian Yang Paling Besar Bagi Laki-Laki Adalah Wanita


Ujian yang paling besar bagi laki-laki adalah wanita. Demikian Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam telah mengingatkan dalam sebuah haditsnya. Karena itu Islam memberi rambu-rambu yang sangat ketat dalam mengatur hubungan dua lawan jenis ini. Tujuannya, tentu, untuk memuliakan kedua belah pihak, laki-laki dan wanita.

Allah Subhanahu wa Ta`ala menciptakan dua jenis manusia, Adam (pria) dan Hawa (wanita), yang secara fitrah keduanya saling tertarik satu dengan lainnya. Si pria tertarik, cenderung dan senang dengan wanita. Sebaliknya, wanita juga punya ketertarikan, kecenderungan dan kesenangan terhadap pria. Bapak manusia, Nabi Adam `alaihis salam, merasa kesepian tatkala Allah Subhanahu wa Ta`ala belum menciptakan Hawa sebagai pendamping hidupnya. Yang demikian ini juga menimpa anak cucu Adam. Ketika usia dan kebutuhan telah menuntut, mereka saling membutuhkan teman hidup dari lawan jenisnya, dan ini fitrah manusia.

Karena kuatnya daya tarik pria dan wanita, agama yang samhah – agama yang mudah dan tidak memberikan beban yang berat bagi pemeluknya – ini menetapkan aturan-aturan agar keduanya terjaga dan tidak melanggar batasan Ilahi. Bila aturan itu tidak diindahkan, maka yang terjadi adalah fitnah. Fitnah ini bisa menimpa pihak pria, bisa pula menimpa pihak wanita, atau bahkan kedua-duanya. Yang dimaksud dengan fitnah di sini adalah sesuatu yang membawa kepada ujian, bala, dan adzab.

Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda tentang fitnah wanita:

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian berketurunan (regenerasi) di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” (Shahih, HR. Muslim)

Shahabat Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bernama Abdullah bin Mas‘ud radhiallahu `anhu berkata: “Ada seorang laki-laki mencium seorang wanita yang bukan mahramnya. Dengan penuh sesal laki-laki itu mendatangi Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam mengadukan maksiat yang telah diperbuatnya. Maka turunlah ayat Allah:

“Dirikanlah shalat pada dua ujung siang dan akhir dari waktu malam. Sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan kejelekan. Yang demikian itu adalah peringatan bagi orang-orang yang mau berdzikir (mengingat).” (Hud: 114)

Laki-laki tadi berkata kepada Rasulullah: “Apakah ayat ini untukku?” Rasulullah menjawab: “Ayat ini bagi orang yang berbuat demikian dari kalangan umatku.” (Shahih, HR. Bukhari)

Karena terfitnah dengan wanita, seorang laki-laki ingin berzina; dan karena fitnah wanita, seorang laki-laki melakukan perbuatan yang mengantar kepada zina (mencium), padahal Allah Subhanahu wa Ta`ala telah memperingatkan:

“Janganlah kalian mendekati perbuatan zina. Sesungguhnya zina itu merupakan perbuatan keji dan sejelek-jelek jalan.” (Al Isra’: 32)

Karena begitu besarnya fitnah antara lawan jenis ini, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam telah memberikan bimbingan kepada umatnya agar mereka terjaga hingga tidak terjatuh kepada fitnah tersebut. Di antara bimbingan tersebut adalah:

Firman Allah dalam Surat An-Nuur:30-31 yang artinya: “Katakanlah (ya Muhammad) kepada orang-orang mukmin: “Hendaklah mereka menundukkan pandangan-pandangan mata mereka dan hendaklah mereka menjaga kemaluan-kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah akan mengabarkan apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah: “Hendaklah mereka menundukkan pandangan-pandangan mata mereka dan hendaklah mereka menjaga kemaluan-kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa tampak darinya (tidak mungkin ditutupi). Hendaklah pula mereka menutupkan kerudung-kerudung mereka di atas leher-leher mereka dan jangan mereka tampakkan perhiasan mereka kecuali di hadapan suami-suami mereka, atau ayah-ayah mereka, atau ayah-ayah suami mereka (ayah mertua), atau di hadapan putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau di hadapan saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka (keponakan laki-laki), atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau di hadapan wanita-wanita mereka, atau budak yang mereka miliki, atau laki-laki yang tidak punya syahwat terhadap wanita, atau anak laki-laki yang masih kecil yang belum mengerti auratnya wanita. Dan jangan pula mereka menghentakkan kaki-kaki mereka ketika berjalan di hadapan laki-laki yang bukan mahram, agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan hendaklah kalian semua bertaubat kepada Allah, wahai kaum mukminin, semoga kalian beruntung.” (An Nur: 30-31)

“Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu dan putri-putrimu serta wanita-wanitanya kaum mukminin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka di atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih pantas bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita baik-baik) hingga mereka tidak diganggu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.” (Al Ahzab: 59)

“Apabila kalian meminta sesuatu kepada para istri Nabi maka mintalah dari balik tabir. Yang demikian itu lebih suci bagi hati-hati kalian dan hati-hati mereka.” (Al Ahzab: 53)

Rasulullah mengajarkan kepada para shahabat beliau untuk memberikan hak pada jalan bila mereka terpaksa duduk-duduk di pinggirnya untuk berbincang. Beliau bersabda:

“(Hak jalan adalah) kalian menundukkan pandangan, menahan gangguan, menjawab salam dan amar ma’ruf nahi munkar.” (Shahih, HR. Bukhari)

Beliau menuntunkan kepada para wanita:

“Apabila salah seorang wanita dari kalian hadir di masjid untuk shalat Isya, maka ia tidak boleh menggunakan wangi-wangian pada malam itu.” (Shahih, HR. Muslim)

“Wanita mana saja yang memakai wangi-wangian kemudian ia melewati sekelompok laki-laki agar mereka dapat mencium wanginya, maka wanita itu pezina.” (Shahih, HR. Ahmad. Lihat Ash Shahihul Musnad mimma Laisa fish Shahihain 2/9, karya Syaikh Muqbil t)

Beliau mengajarkan kepada para laki-laki:

“Hati-hati kalian dari masuk menemui para wanita yang bukan mahram!” Lalu ada seseorang dari kalangan Anshar bertanya: “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu dengan ipar?” Beliau menjawab: “Ipar itu maut.” (Shahih, HR. Bukhari)

“Jangan sekali-kali seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali wanita itu didampingi oleh mahramnya.” Maka berdiri seorang laki-laki untuk bertanya kepada beliau: “Wahai Rasulullah, istriku keluar untuk melaksanakan ibadah haji sementara aku telah tercatat untuk ikut dalam peperangan ini dan itu.” Beliau berkata: “Kembalilah engkau temui istrimu dan berhajilah bersamanya.” (Shahih, HR. Bukhari )

“Ditusuk kepala salah seorang dari kalian dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Shahih, HR. Ath Thabrani dalam Al-Mu`jamul Kabir . Lihat Ash Shahihah no. 226)

Aisyah mengabarkan tentang keberadaan Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam yang selalu menjauh dari hal-hal yang dapat mengantarkan kepada fitnah:

“Demi Allah, tangan beliau tidak pernah sama sekali menyentuh tangan seorang wanita yang bukan mahramnya ketika beliau membaiat mereka. Tidaklah beliau membaiat mereka kecuali dengan ucapan: “Sungguh aku telah membaiatmu dalam perkara itu.” (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)

Ummu Salamah, salah seorang Ummahatul Mu’minin berkata: “Apabila Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam telah salam dari shalatnya (secara berjamaah di masjid, pent.), berdirilah para wanita (untuk kembali ke rumah mereka, pent.) segera setelah selesainya salam beliau, sementara beliau tetap tinggal sebentar di tempatnya sebelum akhirnya beliau berdiri.” (Shahih, HR. Bukhari)

Rawi hadits ini berkata: “Kami memandang, wallahu a`lam, beliau melakukan hal tersebut agar para wanita yang ikut shalat berjamaah dapat kembali pulang ke rumah mereka tanpa sempat berpapasan dengan laki-laki.”

Pernah suatu ketika Rasulullah secara tidak sengaja melihat seorang wanita maka beliau segera mendatangi istrinya Zainabx untuk mengajaknya jima‘. Setelah selesai menunaikan hajatnya, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam keluar menemui para shahabat beliau, lalu beliau berkata:

“Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam bentuk setan dan membelakangi dalam bentuk setan. Maka apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita hendaklah ia ‘mendatangi’ istrinya, karena dengan begitu dapat menolak apa yang ada di hatinya.” (Shahih, HR. Muslim)

Allah Subhanahu wa Ta`ala dengan rahmat-Nya menetapkan adanya pernikahan juga dalam rangka menjaga timbulnya fitnah. Rasul-Nya yang mulia bersabda memberi tuntunan kepada para pemuda :

“Wahai sekalian pemuda, siapa di antara kalian yang telah memiliki kemampuan hendaklah dia menikah karena dengan nikah itu dapat lebih menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan, adapun yang belum mampu maka hendaklah dia puasa karena puasa itu merupakan tameng dari syahwat”. (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam naungan rumah tangga, seorang suami dan seorang istri diharapkan dapat saling menjaga kehormatan masing-masing. Suami dapat menjaga istrinya dan sebaliknya istri dapat menjaga suaminya. Dan masing-masingnya mencukupkan diri dengan pasangan hidupnya yang sah, tidak berpaling kepada apa yang tidak halal baginya.

Ketahuilah, fitnah lawan jenis pada akhirnya dapat mengantarkan kepada zina, padahal Allah telah mengharamkan perbuatan keji ini. Dan yang perlu diketahui zina itu tidak hanya sekedar apa yang diperbuat oleh kemaluan, karena Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas anak Adam bagiannya dari zina. Dia pasti akan mendapati hal itu. Maka zinanya mata dengan melihat, zinanya lidah dengan berbicara, sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan. Dan nantinya kemaluanlah yang membenarkan itu seluruhnya atau mendustakannya.” (Shahih, HR. Bukhari)

Kita katakan dalam perkara ini “menjaga diri lebih baik daripada mengobati”. Sebelum jatuh sakit karena penyakit yang ditimbulkan oleh fitnah kemudian nantinya sulit untuk diobati, lebih baik menghindarkan diri dari fitnah tersebut dan tidak dekat-dekat dengannya. Semoga Allah menjaga diri kita… Amin!

Wallahu a‘lam bish shawwab.

(Catatan: susunan hadits-hadits yang ada dalam tulisan ini diambil dari kitab Tahdzirul Fataatil ‘Afifah min Talbisaat Az-Zindaaniil Khabitsah, hal. 31-37, karya Ummu Salamah As Salafiyah salah seorang istri As Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi‘i rahimahullahu ta`ala)

Dikutip dari: http://www.asysyariah.com Penulis : Ummu Ishaq Al-Atsariyyah Judul: Fitnah Antara Dua Insan

Monday, February 22, 2010

Keindahan dan Kemuliaan Kaum Perempuan

Setiap taman mempunyai hembusan angin. Hembusan taman dunia adalah kaum perempuan. Mereka, saudara laki-laki. Ibu para pahlawan. Penuh lembut, indah, rahim orang-orang besar, melahirkan para ulama’, membesarkan orang-orang tangguh, mendidik para pemikir.


Perempuan, itu perasa. Menyakitinya adalah dosa. Memarahinya adalah cela. Barangsiapa yang mencederainya, maka ia tak lagi punya hak mendapat kasihnya. Andai engkau berikan untuknya simpanan mahar, kemudian anda mengabdi kepadanya selama satu bulan, lalu ia melihat ada kekeliruan sedikit dari dirimu, ia mungkin akan berkata, “Aku tak melihat kebaikan apapun darimu.”


Perempuan, di dunia ini adalah hiasan, keindahan dan pemberi inspirasi. Dia adalah pakaian bagi kaum laki-laki. Teman intim dalam kehidupan. Ia juga ibu yang sangat kasih. Sahabat bagi yang bersedih. Lebih baik dari meratap dan menangis. Tapi lebih merisaukan dari rasa sakit dan lara.



Air susunya adalah makanan yang paling tulus. Perlindungan yang diberikannya, benar-benar tulus. Air susunya adalah sumber kasih sayangnya. Di matanya tersimpan rahsia. Di keningnya terdapat banyak cerita. Air susunya menyimpan makna kedermawanan. Dalam pelukannya ada kasih sayang. Rasa laparnya, bererti ia tidak lapar seorang diri. Ketiadaan perempuan dari kehidupan adalah kehilangan banyak kebahagiaan. Ketersembunyian perempuan dalam pentas dunia, adalah membunuh keindahan.


Ia adalah rumah bagi rantai keturunan. Penghimpun banyak prosa dan seni bahasa. Emas tanpa perempuan adalah arang. Mutiara tanpa perempuan adalah selonggok batu. Pendapat dan pandangannya memuat bahasa hati yang boleh anda baca. Anda mengetahui kadar cintanya, dari perempuan yang ditinggal kekasihnya. Dengan perempuan, dipahamilah erti kepergian dan perambungan, pertemuan dan perpisahan, kerugian dan kebingungan, ketidakpedulian dan tuduhan.


Argumentasi perempuan boleh berakibat pada pembunuhan. Hanya kata-kata yang disampaikan kepadanya bisa bermakna meminangnya. Perkataan perempuan adalah sihir yang halal. Kalimat-kalimat dari lisannya mengalir seperti madu. Senyumannya lebih lazat daripada anggur. Perempuan lebih mampu menyihir beranding Harut dan Marut.


Di antara perempuan-perempuan, terdapat Khadijah yang menjadi simbol etika. Khadijah mempunyai istana di syurga. Tak ada kebisingan dan keletihan di sana. Di antara perempuan-perempuan, ada Aisyah binti As-Siddiq. Ia pemilik ilmu, ketelitian dan kredibiliti. Ia disucikan dan suci. Ia mempunyai kelembutan yang luar biasa dan keterpujian yang menonjol. Di antara perempuan-perempuan ada Fatimah Al batul, binti Rasul. Ibu dari Hasan dan Husin. Pemimpin wanita dunia, yang diterima di sisi Rabbul ‘Alamin.



Perempuan adalah kertas putih. Di atasnya laki-laki menulis apa yang ia mahu. Dari kecintaan dan kebencian. Dari kemarahan dan penghinaan. Ia adalah taman yang hijau. Kebun yang menawan. Di dalamnya semua tumbuh-tumbuhan begitu indah dengan segala jenisnya. Pisau mereka adalah cinta, yang mampu menyungkurkan orang yang mempunyai fikiran, dan melemahkan orang yang tangguh, bila berhadapan dengannya. Orang yang berakal di sisinya menjadi tak berdaya. Anda melihat seorang laki-laki melawan singa, bertempur melawan pasukan bersenjata. Tapi orang itu ternyata dikalahkan oleh perempuan! Anda lihat seorang laki-laki sangat hati-hati dan zuhud dalam soal harta. Mampu berpuasa dari makan dan minum. Tapi orang itu juga ditaklukkan oleh perempuan. Anda lihat seorang laki-laki pemberani bisa rebah tidak berdaya, dan dikalahkan tanpa mampu melawan, jika ia menginginkan perempuan. Perempuan, dalam kebenciannya tidak terlihat jelas. Air matanya adalah petunjuk paling nyata bagi yang mencintainya. Rahsia kekuatannya adalah, justeru sebenarnya ia lemah.


Orang-orang kafir ingin agar perempuan bebas berhias dengan fitnahnya. Sedangkan Islam inginkan keterlindungan dan ketertutupan, ketakwaan dan kebersihan. Agar perempuan menjadi bukti keindahan dan penerimaan. Orang-orang kafir menginginkan perempuan tampil dengan pakaian menawan. Jika laki-lakinya terfitnah oleh dirinya, dan anak-anaknya membangkang kepadanya, maka generasi keturunannya menjadi sia-sia. Islam ingin agar perempuanterlindung dengan benteng yang sungguh mahal.


Adalah Adam a.s. di syurga tanpa teman dan tanpa pendamping. Lama berlalu masa itu, dan kesepian membuatnya semakin sulit. Maka Allah S.W.T. menciptakan untuknya Hawa. Lalu terciptalah antara keduanya kebersihan dan kesetian. Pertemuan yang baik, perlakuan yang baik. Laki-laki tanpa perempuan bak sebuah buku yang tak berjudul. Raja tanpa kerajaan. Sedangkan perempuan tanpa laki-laki adalah ibarat padang pasir yang tak bertumbuhan dan tak ada pepohonan. Kebun tanpa bunga dan buah.


Terima kasih wahai Aminah binti Wahab. Engkau telah menghadiahkan kepada kemanusiaan. Engkau telah mengajukan pengorbananmu untuk manusia. Seorang anak yang memancar kehormatannya sebagaimana pancaran matahari di waktu dhuha dan bulan saat benderang. Seorang anak yang mengatakan kepada kepercayaan berhala, “Demi jiwaku yang berada di Tangan-Nya. Jika kalian meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku takkan pernah meninggalkan agamaku. Sampai seluruh desa dan seluruh daratan ini terwarnai oleh agamaku.”


Perempuan-perempuan telah memberikan dunia, para pemimpin di masa khalifah Ar-Rasyidin. Mereka mempersembahkan para pahlawan dan para mujahidin, para ahli dunia dan agama. Perempuan, jika baik perilakunya, suci hijabnya, penuh kasih hatinya, maka rumah akan penuh keridhaan dan dunia menjadi tenteram. Rumah tanpa perempuan adalah mihrab tanpa imam, jalanan tanpa petunjuk. Andai perempuan tersembunyi dari kehidupan, tak ada pelukan dan senyuman, tak ada kata-kata dan ungkapan. Andai perempuan tak wujud di dunia, tak ada keturunan dan kelahiran. Hanya ada para bujangan.


Dalam hadis disebutkan, “Nikahilah perempuan yang kasih sayang dan banyak melahirkan anak.” Rahsianya adalah untuk memperbanyakkan pasukan, menambah jumlah tentera, dan agar Rasulullah s.a.w. membanggakan jumlah yang banyak di hari akhirat.


Kempen menutup aurat


Di saat perempuan melucuti hijab, melepaskan jilbab, melawan hukum Islam, keluar dengan liar, katakanlah selamat tinggal kesucian. Bagaimana rumah tanpa pintu boleh terpelihara. Bagaimana istana boleh terlindungi tanpa penjaga. Air akan dijilat dan diminum oleh anjing. Maka, penghuni rumah haruslah menjaga dan melindungi.


Petikan tulisan Dr. Aidh bin Abdullah Al Qarni

ZIKIR & FIKIR