Sejak masuk bulan Mac ni banyak berita tentang kematian yang saya terima..
Masa tengah chatting dengan emi yang berada jauh di Russia:
5 Mac
"Tasha,mak arwah ayah aku meninggal semalam"..
"Innalillah..."balas saya."kenapa mi?"tanya saya
"hypertension aku rasa"kata Emi..
Emi baru sahaja kehilangan ayahnya kerana COPD(chronic obstructive pulmonary disease) kalau tak silap saya 2 tahun lepas masa tahun 2007.Pada tahun yang sama,iaitu pada awal tahun saya sempat berjumpa dengan ayah Emi yang datang bercuti di Bandung bersama ahli keluarga emi yang besar.Best sangat masa jadi tour guide masa tu.Seronok bersama keluarga Emi.Bukan pertama kali keluar bersama keluarga Emi,yang pertama masa kat Mid Valley dulu kan mi?Comel je masa tu..Iskh sedih sebab terbayang arwah ayah Emi..Allah swt lebih sayangkan ayah mung mi!
11 Mac
"Salam.Saudari Ida(jogja) telah kehilangan ibunya pada jam 6.30pm(waktu malaysia).Doakan arwah ibunya.ini no Malaysia Ida..."lebih kurang begitu lah bunyi sms yang saya terima.
Ida adalah teman saya yang belajar di Jogjakarta,kami sama2 pelajar tajaan JPA yang 1st batch dihantar ke Indonesia..Ida sedang bercuti sebelum masuk Koas(gelaran untuk intern di sini).
Saya langsung sms Ida..Saya tahu Ida kuat.Tabahkan hati Ida.Jaga diri(~~,)!
Mana mungkin hati saya tidak tersentuh dengan kematian ibu Ida..Mak,Ummi,Ibu,Mama kita yang meninggal.Cuba bayangkan mungkin pada suatu hari kita tengah bergelak tawa,kita tengah sibuk belajar,datang sms dari kampung yang menyatakan mak kita meninggal..Doakan semoga saya dan kita semua kuat untuk menerima ketentuan dari Illahi.
17 Mac
Hati saya tergerak untuk menegur Ninie di YM.
"Tak tdo lagi ninie?" tanya saya memandangkan kalau di Malaysia jam sudah 2.30am
"Dop lagi."balas ninie.
"Tasha,toki aku meninggal td.. tlg doakn k"kata Ninie lagi.
"Ya Allah..Innalillah.."Lepas tu mung balik ke dop ganu?mung duk mano?tanya saya lagi.
"Aku balik esok Tasha,tengah siapkan keje ni."
Ninie kuatkan semangat ye!Saya beritahu Ninie yang saya sejak saya belajar di sini,saya dah mengalami situasi yang macam Ninie alami tapi Ninie bernasib baik kerana dapat pulang untuk melihat arwah tokinya buat kali terakhir.Sekarang hanya tinggal nenek di sebelah mak saya saja,Ninie kata sama lah kita.Huu.Pemilik kita lebih sayangkan mereka..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.Ameen!
Dalam kenangan
Sejak saya di sini sudah dua kali saya tak pulang di saat hati saya memang meronta2 untuk pulang ke Malaysia.
Pertama kali adalah pada malam 12 April 2007.Sms yang membuatkan air mata saya tak berenti mengalir dari kakak saya Nadia.."Nenek dah tak da".
Sms kedua yang menyebabkan hati saya sebak adalah pada 20 Oktober 2008,iaitu selepas lebih kurang 2minggu selepas pulang dari Malaysia.Saya sempat bertemu atuk saya buat kali terakhir.Sms dari adik saya,"atok dah meninggal"..Rasa tak percaya sebab baru saja jumpa atuk.Tuhan lebih sayangkan atuk dan nenek saya..Atuk dan Nenek sebelah ayah saya yang tinggal di Seremban,dua2nya berasal dari Padang,Indonesia.Kisah atuk pernah saya coretkan di multiply. klik~*moment to remember*~
Hargailah kedua ibubapa dan atuknenek anda sekiranya meraka masih di dunia.Berbuatlah sehabis baik yang anda mampu lakukan kepada meraka.Balaslah jasa mereka kerana membesarkan anda dan berkorban untuk anda.
Allahyarhamah Abidah Adam
Pertama kali juga teman baik yang pernah belajar bersama,classmate masa di Kisas,kelas 5/7,pernah makan bersama,pernah hidup susah senang di asrama meninggal dunia.Satu batch saya terkejut dengan

Allah swt lebih sayangkan arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman.Semangat arwah dalam bidang pelajaran akan saya teruskan dan tak akan saya lupakan.InsyaALLAH.
Saat ini
Sahabat2 sekalian pernah tak terfikir yang mungkin ajal kita sampai takat harini saja,mungkin tinggal sejam,sehari,sebulan atau setahun lagi?Ajal,jodoh,rezeki adalah rahsia Allah swt.Mungkin tak sempat berbuat apa2,mungkin kita tak bersedia untuk mati,tapi mati itu pasti!Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati!Bersediakah kita teman2 dan sahabat2?Dah banyakkah amalan kita yang kita ingin bawa menuju alam yang abadi?Sudah bersediakah kita?atau masih kita fikirkan hal remeh-temeh?Cukupkah amalan kita selama ini?Ingatlah teman2 bahawa kematian itu pasti,pertemuan dengan Pencipta kita adalah pasti.
YA ALLAH
Ampunilah segala dosa2 ku yang umpama buih2 di lautan.
Matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah...Ameen.
Daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita pasti kembali!
3 comments:
Kematian adalah satu-satunya jalan atau pintu untuk melanjutkan destinasi menemui Allah SWT.
Maka pada hati-hati yang cintakan dunia, mereka akan akan lupa akhirat sekaligus gerun menghadapi mati.
Na'udzhubillah
Semoga kita bertemu di akhirat dan menerima "ijazah" kita sebagai golongan Ashabul yameen(^_^).Ameen:)
to aimi:
Ameen..jom sama2 jadi 'pelajar' terbaik dalam sekolah kehidupan sebelum menuju alam yang abadi nanti=)
kematian memang tak kenal usia..mungkin beberapa hari lagi atau beberapa saat lagi kita menemui kematian kita...sbb tu jgn kita lupa utk sentiasa berdoa semoga kita dimatikan dgn jiwa yg beriman kepada Allah dan Rasul Nya....jgn la kita buang masa mencari sesuatu yg tak pasti di dunia ni...kerana akhirat itu mmg pasti berlaku..itu janji Allah pada kita...
Post a Comment