Sunday, March 22, 2009

Ukhuwah Itu Indah!

Assalamualaikum wbt

Kerana ukhuwah itu sangat indah dan manis!

‘…merasa erti persahabatan yang dijalin kerana Allah SWT,bebas daripada apa2 kepentingan duniawi.Indahnya anugerah persahabatan itu terlalu bernilai…’

Kawan,teman,sahabat adalah seseorang yang mendapat tempat kedua selepas keluarga kita.Seseorang mungkin lebih rapat dengan sahabatnya berbanding keluarganya.Keluarga kita adalah harta yang bernilai yang kita ada di dunia ini sahabat2,jangan pernah berkata yang keluarga kita terutamanya ibubapa kita tak menyayangi kita.Mana mungkin kita tak disayangi mereka sedangkan kita berada di mana kita berada sekarang,maksud saya kita sekarang sudah besar.Kalau kita tak disayangi mereka sudah tentu kita ini dibuangnya masa kecil2 lagi.(^-^)Alhamdulillah kita sekarang berada di sini,cukup makan,pakai dan Alhamdulillah juga diberi peluang belajar.

Kembali kepada kisah ukhuwah dengan sahabat tadi.Unik kan kisah sahabat?Ukhuwah yang terjalin tanpa kepentingan duniawi, ikhlas semata2 kerana Allah SWT dan juga tanpa pertalian darah,sangatlah manis dan indah jika dapat dirasa.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis arbain yang ke 13:

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra.,pelayan Rasulullah saw,bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas dapatlah di fahami betapa pentingnya kita menyintai saudara kita sendiri,lebih2 lagi sahabat kita yang bersama2 dalam kehidupan kita.Mungkin hari ini kita tak memerlukan sahabat kita.Tapi esok,luse siapa tahu di saat kita dalam kesusahan,kesedihan sahabatlah yang menjadi tempat mengadu.Lebih2 lagi bagi kita yang belajar di luar negara.

Mungkin dalam mengejar cita2 dan sibuk dengan tugas2 seharian,kita lupa untuk menunaikan hak sahabat kita.Pernahkah terfikir mungkin ada sahabat kita yang pernah berkecil hati dengan kita?Mungkin perlakuan kita?perkataan kita?sampai hati kita berkata sesuatu yang boleh melukakan hati sahabat kita(^-^)

Pernah tak dengar ayat ni?. ‘Sahabat adalah cermin kepada sahabatnya’

Pernah tak terfikir yang selama ini kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang tak baik buat sahabat kita?Kesian sahabat kita..Jadi mulai saat ini marilah kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang paling baik buat sahabat2 kita!

Suatu ketika seorang Sahabat bertanya Rasulullah saw,'Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?'
Jawabnya:'Seorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt,apabila kamu dengar percakapannya,pengetahuan kamu tentang Islam bertambah,apabila kamu melihat kelakuannya,kamu teringat kepada kehidupan akhirat'

Hadiahkanlah senyuman yang paling manis buat sahabat kita(sesama jenis saja ye?=)

1)Maafkan saya sahabat2 semua andai saya pernah membuat anda terluka dengan kata2 saya.Saya hambaNya yang banyak khilaf.
2)Terima kasih kerana menjadi sahabat saya selama ini.
3)Ukhuwah fillah abadan-abadaa(~~,)!!

8 comments:

toybesh! said...

=)
uhibbuki fillah...

ummujannah said...

ukhti habibati!
ukhti tahirah(^-^)!!

uhibbuki fillah too!

pali said...

gapo dia sayo nak ghoyak..betul la awok kato.. semua mulo dengan niat. Samalah jugo kalau nak bersaing ni.

\(^;^)/

ummujannah said...

innama a'malu biniat!

pandai napok kecek kelate=)

anasolehah_7 said...

Salam~

Ukhti habibati(^_^)Y
Nikmat berukhuwwah,
Susah, tangis dan derita
Senang, tawa dan suka dikongsi
Semuanya dikongsi bersama
Melihat, berbicara, bertingkahnya sahabat, semuanya mendekatkan kita dengan Allah SWT

ummujannah said...

salam anasolehah.

thank aloot kerna sudi menjadi teman mendgr saya berceloteh!
susah senang kita harungi bersama!
ukhuwah fillah abadan abadaa=)

Alhamdulillah dihadiahkan oleh DIA sahabat seperti kalian semua~

Anonymous said...

hmm...sahabat tu mmg penting dlm hidup kita...lebih2 lagi yg tinggal jauh ngn family...dengan sape lg kita nk mntak tlg kalo bukan sahabat masa kita jauh dgn family kita...akibat slalu berjauhan dgn family, kdg2 sahabat la yang lebih nmpak perubahan yg berlaku kat diri kita dari keluarga sendiri..tak kira perubahan ke arah baik atau sebaliknya...sahabat la yg dapat beritahu kita ttg perubahan tu...jadi utk dpt teguran ke arah kebaikan pandai2 la kita pilih sahabat..yang elok dipereratkan ukhuwah..yang kurang semoga dpt diperindahkan bsama2...

ummujannah said...

Salam anonymous.
terima kasih komen nya menambah nilai arikel di atas.

molek lah sekiranya anonymous meninggalkan nama yang indah,tak lah sy meneka2 orang yg salah(^_^)!

thank for visiting!