Assalamualaikum wbt
Hampir seminggu tidak meninggalkan jejak..Sudah berjanji dengan diri untuk sentiasa update blog supaya tidak bersawang.Cuba untuk menulis dan menyampaikan yang terbaik.Hakikat kehidupan realiti tugas banyak menanti di hadapan menyebabkan hasrat untuk menulis sentiasa terbantut.Hari ini saya sampaikan saja cerita saya.
Minggu lepas adalah exam week,Alhamdulillah sudah selesai 2 paper tetapi tinggal satu paper lagi saya belum ambil iaitu paper GUS(genitourinary system)Kenapa laa tak ambil lagi?Bukan hari rabu lepas ke patutnya.Hee.Panjang ceritanya.
Rabu,11 Mac 2009
Malam sebelumnya selepas isyak saya sudah tidur,penat seharian mentelaah untuk exam pada hari ini.Jadi jam 3am saya sudah bangun memandangkan past year's question untuk paper GUS belum saya habiskan.Seperti yang selalu saya buat sebaik sahaja bangun saya akan buka tingkap bilik saya supaya saya dapat menghirup udara pagi yang segar!Selesai solat sunat saya langsung ke meja studi dan mula mengulangkaji.Mula terasa gatal di jari manis tangan kanan saya.Saya tak layan sangat sangkaan saya gatal biasa.Saya ambil minyak mestica(kelantan je ada minyak ni..hee) saya sapu di tangan.Lebih kurang jam 4.30am azan subuh berkumandang dari kampung belakang rumah saya.Selepas solat dan ma'thurat saya sambung lagi past year's tadi.Tanpa disangka jari-jari tangan kanan saya sudah jadi gemuk!hee.Merah disebabkan saya garu tadi dan mula merebak ke tapak tangan dan ke jari2 di tangan kiri.Ya Allah saya mula panik sebab gatal biasa yang saya sangkakan rupanya adalah allergic mungkin kesan dari gigitan ulat kecil.Huu.Saya keluar bilik dan terus mengadu ke teman serumah,Kem dan menunjukkan tangan yang bengkak.
"Boleh tak ni ambil exam?"tanya Kem.
"Badan sihat saja tapi tangan ni rasa tak mampu kot nak tanda 200 soalan sambil menggaru"sambil tersenyum saya membalas.
Lantas saya telefon Fazliana,bertanyakan prosedur untuk tidak mengambil exam dan susulan.Fazliana pernah sakit dan ambil susulan masa Respiratory sytem.
Jam 6am saya ke klinik dan ambil MC,terus saya makan antihistamine(side effect=mengantuk)..Jadi saya tidur saja selepas makan ubat kerana jam 1pm saya harus berjumpa doktor pembimbing untuk thesis..
Itulah peristiwa kenapa saya tak ambil exam lagi.Saya diberi masa seminggu sebelum ambil paper tersebut.Gembira juga sebab saya boleh mengulangkaji dengan banyak lagi!
Sesuatu perancangan kalau tak di 'approve' oleh Tuan kita Pemilik diri dan semesta alam tak akan terjadi.Kita hanya merancang dan yang menentukan adalah Allah Subhanahu wa taa'la(swt).Kalau sesuatu perkara Dia kata 'jadi' maka jadilah!
Ya ALLAH,rasa kerdil aku disisimu,mungkin aku dipandang ataupun tidak.Mungkin aku hanya sebutir pasir kecil dalam timbunan pasir,aku akan berusaha untuk menjadi mutiara berkilau!
Itulah kehidupan yang kita lalui setiap hari,banyak perkara yang mungkin tak pernah terfikir oleh akal pendek kita untuk terjadi sedemikian rupa akan berlaku.Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha untuk menjadi yang terbaik sebagai seorang hambaNYA di dunia yang fana ini.
Teman-teman yang dikasihi..
Dalam bersekolah dalam sekolah kehidupan ini.Sama-samalah kita menjadi 'pelajar' yang terbaik untuk mendapat markah yang terbaik untuk dipersembahkan di hari yang abadi kelak,iaitu di akhirat.Sesungguhnya dunia hanya singgahan untuk kita lalui.
"Dalam hal keduniaan,pandanglah orang yang lebih rendah dari kita,nescaya kita akan berasa cukup dengan apa yang ada.Dalam hal akhirat,ibadah,agama pandanglah mereka yang lagi banyak ilmu agamanya dari kita,dan berusahalah untuk menambah ilmu kita yang mungkin tak seberapa cuma"
Sedikit peringatan buat saya dan semua,yang baik bolehlah dibuat teladan dan yang buruk jadikanlah sempadan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment