Tuesday, January 17, 2012

30 Hari Menjadi HO

Assalamualaikum wbt,

Entri pertama dalam tahun 2012. Entri pertama juga saya tulis masa saya menjadi seorang yang bekerja, bukan lagi pelajar. Hehe. Dah lama rancang nak  menulis dan juga dah rindu nak menulis di sini. Masa saja tak sempat. Sekarang dah tak sama macam belajar dulu, kalau dulu setiap hari boleh online. Sekarang 3, 4 hari atau seminggu baru online. Itupun kalau saya tak penat dan tak rasa bosan. Paling lama online pun tak sampai satu jam dah. Ada perkara yang lebih penting sekarang yang perlu diutamakan.

Alhamdulillah dah masuk sebulan saya menjadi seorang pekerja. Saya lapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri pada 18 Disember tahun lepas. Harini dah 17 Januari 2012. Saya lapor diri di bahagian pembedahan pada 20 Disember yang lepas dan masih lagi di bahagian pembedahan. Alhamdulillah semakin beradaptasi dengan keadaan di sini dan semakin jatuh cinta :)

Memang waktu awal masuk kerja rasa agak susah nak biasakan dengan keadaan. Lagi pula sejak umur 16 tahun lagi dari zaman bersekolah, sambung persediaan dan masuk universiti di luar Kelantan dan juga ke luar negeri. Memang seronok sebab berada di tempat sendiri dan negara sendiri. Tapi sistem yang berbeza semasa belajar medik di negara orang memang mengambil masa untuk kita biasakan diri. Saya kata dalam hati saya boleh buat. Saya bukan jenis orang yang mudah putus asa dan suka berhenti setengah jalan. Ramai pakar perubatan wanita yang berjaya dalam kerjaya dan juga sangat baik dalam agama yang saya kenal. Mereka juga berjaya dalam membina keluarga. Saya boleh! Insya Allah.

Graduan dari Indonesia memang tak ada masalah dalam skills sebab kita memang dah buat semua skills yang nurse buat kat sini. Kita kan dulu masa koas buat kerja nurse. Jadi masalah yang ada, sebenarnya bukan masalah pun adalah untuk biasakan dengan sistem dan term yang mereka gunakan di sini. Saya bagi masa kepada diri sendiri sebulan! Kena berkorban sedikit sahaja. 

Hospital saya sekarang kebanyakan houseman yang kerja di sini dari luar negara, terutama Rusia, Moscow, Ukraine, Indonesia, UK, Ireland dan lain-lain. Setakat yang saya jumpa hanya sedikit jumlah mereka yang dari dalam negara. Memang lain diorang dan boleh nampak diorang belajar dekat mana. Korang semua akan faham apa yang saya tulis bila korang semua pun kerja nanti dan jumpa diorang semua. Hehe. 

Sepanjang sebulan di sini banyak ragam orang yang saya jumpa dan banyak perkara yang saya lalui. Banyak tentang kehidupan saya lihat. Banyak cerita saya dengar dari pesakit. Realiti kehidupan sebenar. Sekarang kehidupan di kelilingi oleh semua lapisan umur dan golongan. Bukan lagi zaman belajar dengan kawan-kawan yang sebaya sahaja. Belajar tentang kehidupan. 

Ramai orang nasihat saya banyak bersabar bila sudah bekerja. Memang kena banyak bersabar, dengan banyak perkara. Saya rasa masa ini lah nak latih sifat sabar dan kawal kemarahan. Memang orang yang mudah marah, menengking dan suka cakap dengan suara tinggi wujud di tempat kerja. Saya sangat bersyukur sebab bilangan mereka hanyalah beberapa orang boleh dibilang dengan jari sahaja. Masih ramai orang yang baik, cakap sangat lembut dan sungguh sabar mengajar saya yang baru masuk. 

Alhamdulillah syukur jumpa mereka yang baik. Terutamanya yang baik akhlak. Tak rugi baik akhlak :)

Bulan ini juga saya agak sibuk, bukan sibuk dengan kerja sahaja tetapi sibuk merancang membina sebuah perkara yang besar. Alhamdulillah tarikh dah ada. Awal bulan 2 nanti saya pasti akan umumkan perkara besar ini. Sekarang masih merancang untuk menunggu umumkan secara formal. Perkara yang pasti menggembirakan semua orang dan kami sekeluarga.

Setakat ini dahulu. Bekerja bersungguh-sungguh  dan kena banyak doa. Memang Allah swt akan tolong kita. Insya Allah.

Nota saya:
Nota 1: Awal bulan haritu saya ambil cuti sehari sebab nak pergi ke Taiping. Jadi cuti saya tinggal 7 hari sahaja lagi. Kena jimat cuti sebab satu posting hanya boleh ambil 8 hari cuti. Saya pun tak nak ada masalah untuk posting pertama ini.

Nota 2: Setiap orang mesti ada wedding dreams kan? Dreams saya SIMPLE YET MEANINGFUL. SIMPLE AND SWEET :)

Nota 3: Ada jodoh jumpa lagi! Bulan kedua kerja kena jadi lagi tere. Tak kira dari universiti mana kita datang . Selamat belajar untuk junior di Bandung dan selamat bekerja untuk kawan-kawan yang baru bekerja!


4 comments:

Nazihah zakaria said...

Happy working Tasha...n happy for you!!

Dr. Mahyuddin said...

Salam,

Kerja di hospital mana skrg ni?

hana said...

Tolong jawabkan, Hospital Kota Bharu.

Iman Aisyah said...

Nazihah,

Thanks!


Dr Mahyuddin,

Salam. Kerja di Kota Bharu, HRPZ II.


Hana,

Thanks :)