**Nota: Nak tau maksud? Tanyalah google.
Showing posts with label FIKIR DAN ZIKIR. Show all posts
Showing posts with label FIKIR DAN ZIKIR. Show all posts
Wednesday, June 29, 2011
Thursday, June 23, 2011
Cahaya
Setiap kali aku buka dan baca tulisan kakak ni memang rasa sangat terkena. Selalu terkena. Macam kakak tu tengah cakap depan-depan. Tengah cakap,
"Tolonglah sedar dan bangun. Tak sedar-sedar lagi ke?"
Pagi ini aku buka blog kakak tersebut, ayat pertama aku baca terus rasa dalam hati. Terasa sangat menusuk kalbu,
Bagaimana mampu kita memberikan cahaya buat manusia lain, jika cahaya kita sendiri malap?
Cahaya dalam hati aku bagaimana? Aku dah tahu dah jawapan dia. Rasa segar mata aku fikir balik. Aku juga harap jiwa aku juga segar. Rasa nak paksa diri. Suka manjakan diri tak pasal-pasal -__-
Penah aku tanya kakak ni kenapa dia tak balik Malaysia lagi. Kenapa kerja kat sana?
"Memang sengaja tak balik sebab nak buat kerja dakwah"
Dalam hati aku, memang aku jauh sangatlah dengan pengorbanan kakak tersebut.
"Setiap hari memang fikir nak buat ukhuwah dengan orang"
Ayat kat atas dia selalu juga letak dalam tulisan dia.
Aku suka baca tulisan dia sebab dia juga kerja sama dengan kerja aku. Kerja yang jumpa banyak orang. Orang sakit. Orang sakit ini selalu semangat dia tak banyak. Jadi aku yang sihat ni kena penuh semangat. Senyum bila jumpa diorang, bagi mereka nasihat. Paling penting cuba sampaikan sesuatu tentang Islam.
Cuba. Walaupun rasa tak banyak lagi ilmu. Nak tunggu cukup ilmu sampai bila-bila tak akan pernah dapat mula.
Bacalah tulisan kakak ni di sini : Menggapai Cahaya.
Aku suka selalu dapat nasihat dari sana. Terima kasih kakak. Syukran jiddan!
Aku berhenti setakat ini dulu.
Semoga harini lebih baik dari semalam :) Jangan lupa senyum dan terus fikir nak buat kebaikan
"Jangan lari dari kelompok yang baik, kerana jika kita tak bersama mereka, kita pasti bersama kelompok selain dari mereka(kelompok jahiliyah). Kerana itu, sedalam manapun jatuhnya kita, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan kita dengan usrah ataupun jemaah kita"
ps: ayat kat atas memang aku tak akan lupa, sebab aku pun pernah nak lari dari jemaah. peace sahabat:) sengaja guna "aku" kat atas. saya masih sama dengan aku :)
Labels:
FIKIR DAN ZIKIR,
ikhwah akhawat,
Peringatan
Thursday, March 24, 2011
Di Bawah Satu Cahaya
Kita adalah saudara
Asal dari adam dan hawa
Dibuai oleh gelombang
Dibesarkan zaman
Di bawah satu cahaya
Dulu kita ikrar bersama
Dari kalam dan sirahnya
Kita taat saling percaya
Yakin dalam melangkah
Lewati badai sejarah
Pada arah yang sama kita berdiri
Pada air yang sama kita bersuci
Pada takbir yang sama jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Sebarkanlah…Bersabarlah
Mari kita renungkan
Lalu kita bertanya
Benarkah kita manusia
Benarkah berTuhan
Katakanlah…Dialah tujuan
Pada arah yang sama…kita berdiri
Pada air yang sama…kita bersuci
Pada takbir yang sama…jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Bertekadlah, berdoalah, bersujudlah, bersyukurlah (sebarkanlah…)
Labels:
FIKIR DAN ZIKIR,
nasyid,
Peringatan
Thursday, February 10, 2011
Kisah ke? (mesir)
![]() |
| *Gambar ambil dari blog Sha |
Assalamualaikum wbt
Sewaktu sekolah di Klang dulu banyak dengar tentang Mesir dan cerita-cerita orang Arab. Tentang bahasa Arab pasar mereka. Ustazah Normah yang banyak cerita. Ustazah cerita pengalaman ustazah belajar di tanah arab. Suka dengar cerita ustazah.
Masa ma abah pergi buat Haji masa saya tingkatan 5 mereka cerita pengalaman buat Haji pula. Tentang orang Arab tapi itu di Mekah. Pengalaman duduk sebulan lebih di sana. Seronok!
Apabila selepas SPM pula ramai kawan-kawan satu batch yang pergi sana. Lebih-lebih lagi kawan-kawan yang mengaji agama tak kurang juga yang belajar medik. Memang kagum habis sebab mereka boleh belajar direct bahasa arab. Lagi jeles dengan orang yang belajar agama. Banyak juga dengar cerita dan tukar-tukar cerita dengan mereka.
Bila mula menulis dan juga membaca blog. Ramai jumpa sahabat dan junior/senior yang belajar di sana tulis tentang pengalaman mereka di sana. Memang saya peminat tulisan mereka. Memang respek dengan mereka sebab jauh dari tanah air dan balik Malaysia pun sekali setahun, kadang-kadang ada yang tak balik sampai habis belajar. Beza sangat dengan keadaan saya di sini.
Sekarang tengah hangat kisah Mesir(egypt) dan pelajar Malaysia di sana.
Waktu balik seminggu di Malaysia setiap hari berita di TV ada tentang Mesir. Memang tersentak saya lihat. Tempat-tempat yang pernah saya dengar ada reformasi, Cairo, Alexandria...Tempat kawan-kawan belajar.
Ada satu ketika tengah-tengah tengok berita tentang di Mesir, terus saya ambil HP dan cuba telefon Sha yang belajar di Cairo University. Masuk! Alhamdulillah lega dapat berbual dan tanya khabar juga dengar suara Sha. Sedih dengar bila dia kata, "Kami hanya duk dalam Malaysia Hall dan makanan kena catu, satu2nya cara berhubung adalah dengan HP". Sebelumnya sewaktu awal minggu balik Malaysia saya cuba sms Sha, tapi tak berbalas. Itu yang saya terus telefon.
Alhamdulillah selamat mereka. Banyak tahu kisah waktu tu baca di blog Fathiyyah juga. Lagi-lagi entri Darurat di blog dia. Rasa nak nangis sama. Sebelum ini memang banyak baca tentang pengalaman dia di tanah arab sana. Memang respek dengan kamu adik Puan Fathiyyah. Pelik pula panggil adik. Hehe :)
Pengalaman Sha di blog Sinar Islami dia pun banyak dapat tahu tentang keadaan di sana. Boleh baca entri Tuah di Bumi Mesir : Revolusi dan Sinar Baru. Jangan lupa sambung lagi Sha pengalaman kat sana! Sha sampai Malaysia lambat juga 6hb Februari kalau tak salah saya. Sha kita ni pun tak kurang mantap dia dari Fathiyyah.
Semoga keadaan di sana cepat OK dan korang semua dapat pulang kembali sambung belajar. Manfaatkan cuti sekarang sebaik-baiknya.
InsyaAllah one fine day we will meet each other :)
Labels:
berita dari malaysia,
FIKIR DAN ZIKIR,
kehidupan
Wednesday, January 19, 2011
LANGKAH
Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis.
Tapi ketahuilah dan renungilah kembali dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana Allah mahu kita jahit kembali sejadah iman yang terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.
Astaghfirullah hal a'zim
Astaghfirullah hal a'zim
Astaghfirullah hal a'zim
Labels:
FIKIR DAN ZIKIR,
Peringatan
Sunday, January 16, 2011
Hati-hati
![]() |
| BerHATI-HATI menjaga HATI -___- |
p/s: Separuh hati nak menulis jadi saya upload juga gambar ini. Gambar jalan saya ambil dari blog Nurul suatu ketika dulu.
*Ramai pula Nurul yang ada dalam hidup saya. Dari sekolah rendah lagi. Tambah nama jadi Nurul Natasha lah =) Tak ada kena-mengena -__-
*Ramai pula Nurul yang ada dalam hidup saya. Dari sekolah rendah lagi. Tambah nama jadi Nurul Natasha lah =) Tak ada kena-mengena -__-
Labels:
FIKIR DAN ZIKIR,
Peringatan
Friday, December 31, 2010
Ketenangan (Sakinah)
Assalamualaikum wbt
Hari terakhir dalam tahun masihi 2010, saya tutup dengan artikel di bawah. Semua orang mencari ketenangan (sakinah). Semoga kita semua bertemu dengan sakinah yang kita cari. InsyaAllah.
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra'd : 28)
Makna Mengingati Allah
Bersama Mohd Zawawi Yusoh
PADA suatu Subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah s.a.w menangis
teresak-esak. Apabila Bilal bertanya mengapakah baginda menangis, lalu
Rasulullah s.a.w menjawab baginda baru saja menerima wahyu (ayat 191
hingga 195 surah Ali-Imran).
Apakah kandungan ayat berkenaan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w
menangis? Dalam ayat pertama, Allah menerangkan mengenai sifat orang
yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring.
Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirnya, semua keadaan itu
(berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan
termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.
Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul,
berumahtangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati
Allah.
Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini
bermakna kita menyebut perkataan Allah, Allah, Allah, pada setiap masa?
Sebenarnya apa yang dituntut Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita lakukan mestilah:
- Untuk mencari matlamat Allah;
- Dilaksanakan mengikut syariat Allah; dan
- Meletakkan pengharapan kepada Allah, bukan kepada usaha kita semata-mata.
Ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita
seluruhnya berada dalam keadaan seperti di atas. Adakah kita telah
menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah dalam
pengertian di atas?
Dalam ayat seterusnya Allah menyebutkan sifat mereka yang berfikir mengenai keajaiban kejadian langit dan bumi.
Mereka berfikir sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa semuanya
dijadikan Allah bukan sia-sia. Kemudian mereka berdoa supaya
‘selamatkanlah’ diri mereka daripada api neraka.
Abdullah Yusuf Ali menafsirkan api adalah simbolik kepada hukuman
yang pedih. Apa yang penting di sini ialah hubungan antara berfikir
dengan selamat daripada api neraka.
Marilah kita bertanya diri sendiri adakah kita sudah berfikir dengan
bersungguh-sungguh sehingga kita merasai akan kehebatan ciptaan Allah?
Banyak perkara yang boleh kita fikirkan, misalnya penciptaan manusia
sendiri dan penciptaan unsur utama alam iaitu udara, air, tumbuhan dan
haiwan.
Kehebatan ciptaan Allah sepatutnya menjadikan hati kita tunduk pada
kebesaran Allah. Apabila kita tunduk pada kebesaran Allah, kita akan
mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Kita sedar kejayaan yang sebenar ialah apabila kita selamat daripada
api neraka. Allah menyebutkan dalam ayat di atas, sesiapa yang
dimasukkan ke dalam api neraka sebenarnya mendapat kehinaan.
Cuba kita fikirkan mengenai kegagalan yang dialami di dunia ini.
Sekiranya kita gagal peperiksaan pun kita berasa malu dan terhina.
Begitu juga dengan orang yang gagal dalam temuduga pekerjaan, berasa
malu dan hina. Apa lagi orang yang didapati bersalah dan dihukum masuk
penjara, mereka akan berasa kehinaan yang lebih besar lagi.
Jadi satu ciri azab akhirat ialah kehinaan. Kita terhina di hadapan
seluruh manusia, di hadapan Allah dan para malaikat-Nya. Bukankah ini
merupakan sumber motivasi yang terbesar untuk manusia mengabdikan diri
kepada Allah dalam pengertian sebenarnya?
Dalam ayat di atas juga disebutkan, mereka berdoa sekali lagi supaya
Allah tidak menghinakan mereka di akhirat. Ini menunjukkan betapa
beratnya seksaan menanggung kehinaan di akhirat nanti. Lebih berat
daripada segala bentuk kehinaan di dunia.
Akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.
Sekali lagi, Abdullah Yusuf Ali mengatakan sungai-sungai yang
mengalir di bawahnya ialah simbol kebahagiaan dan kemewahan yang tidak
terhingga yang sesuai dengan keadaan masyarakat Arab pada masa itu
(ketika wahyu diturunkan).
Ini kerana sungai satu nikmat yang tidak terhingga bagi masyarakat yang hidup di tengah padang pasir yang kering kontang.
Oleh itu, sudah tentu kita boleh membayangkan bentuk kemewahan dan
kenikmatan yang tidak terhingga itu. Malah Rasulullah s.a.w pernah
bersabda bahawa nikmat di syurga Allah adalah sesuatu yang tidak pernah
dipandang, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas di hati
manusia. Itulah nikmat dan kejayaan sebenar.
Apakah yang perlu kita fikirkan? Sebenarnya perkara yang disebutkan
di dalam ayat di atas itulah perkara pertama yang perlu kita fikirkan.
Selain itu, ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w pernah menceritakan mengikut apa yang
tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim a.s yang bermaksud: “Sewajarnya
setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, membahagikan
masanya kepada empat waktu iaitu:
- Waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah.
- Waktu untuk dia bermuhasabah terhadap dirinya.
- Waktu untuk dia berfikir mengenai ciptaan Allah.
- Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.
Adakah kita sudah memikirkan mengenai empat perkara di atas ataupun
kita menumpukan pemikiran kepada aspek tertentu sahaja? Dunia di
sekeliling kita hanya memikirkan mengenai perkara yang keempat.
Sekiranya kita tidak berhati-hati, suasana yang ada di sekeliling
kita boleh mempengaruhi kita sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin
secara tidak disedari kita hanya memikirkan persoalan yang keempat
sahaja. Rugilah dan malanglah kita.
Labels:
FIKIR DAN ZIKIR,
LIFE AND SMILE,
Peringatan,
perjalanan
Saturday, November 20, 2010
Bila hendak kahwin?
Bicara Murabbi : Bila hendak kahwin?
Oleh : BroHamzah
Nasihat, bicara dan tinta murabbi adalah perkara yang sangat penting dalam mengukuhkan diri kita di dalam memproses diri ini . Saya fikir, amatlah wajar untuk saya kongsikan dengan sidang pembaca dan sahabat-sahabat blogger sekalian bicara dan kalam mutiara murabbi-murabbi saya yang sempat saya tulis, rakam dan petik daripada blog mereka.
Semoga perkongsian ini bukan sahaja untuk diri saya. Tetapi untuk manfaat, peringatan, dorongan dan sokongan kita dalam mempertingkatkan kualiti diri kita semua. InsyaAllah.
Sebagai permulaan ini, saya memetik suatu artikel ringkas daripada seorang murabbi saya, Abu Umar berkaitan isu yang sangat sesuai buat para remaja, pemuda dan pemudi masa kini.
Artikel : Bila hendak kahwin?
Oleh : Abu Umar
http://my.opera.com/azmibhr/blog/
Ada seorang remaja yang bertanya pada saya, bilakah masa yang sesuai untuk dia berfikir tentang kahwin.
Jawab saya; bila kita mula rasa bertanggungjawab untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk itu. Itulah kunci bagi GERBANG PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB dan KEMATANGAN.
Kata saya lagi, selagi kita rasa duit kita adalah duit kita dan kos pengajian kita itu tanggungjawab ibu dan ayah kita maka tangguhkan dulu untuk fikir tentang kahwin. Memang saya perhatikan hari ini ada pelajar-pelajar yang terima biasiswa atau pinjaman lalu mereka gunakan sepenuhnya untuk memenuhi minat dan kesukaan mereka : tukar HP, beli kamera ribuan ringgit dan sebagainya. Bahkan tidak terlintas difikiran mereka untuk meringankan bebanan ibu ayah mereka .... “ Mereka ini, kata saya pada remaja yang bertanya tadi ; "Kalau kawin pun, bahagianya hanya sekejap saja."
Rumahtangga bukan senda gurau; tanggungjawab kita bertambah, amanah kita semakin berat bahkan bermacam-macam ujian yang sedang menunggu di perjalanan. Tetapi, jika kita mula serius memikirkan tanggungjawab kita sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah dan pemimpin umat maka anda sebenarnya sudah bersedia untuk memikirkannya walaupun umur anda masih terlalu muda.
Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang bercerai dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan pasangan muda.
Saya bukan ingin menakut-nakutkan, sekadar memberi peringatan supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.
Mungkin ada yang merasakan perkahwinannya akan melepaskannya dirinya dari masalah orang bujang. Ya, selesai masalah bujang dan kita perlu bersedia untuk masalah dalam hidup berumahtangga pula. Bukankah hidup ini merupakan ujian ?. Sebut tentang perkahwinan ini , terdapat 3 perkara yang dibincangkan oleh ulamak semasa :
(1) Mahar yang tinggi, bahkan bukan-bukan.
(2) Aurat, masa tulah nak dedah semuanya
(3)Tasyabbuh; bercampur perkara-perkara syubhah, meniru orang-orang kafir dan sebagainya. (Potong kek, pakai gaun ala kristian, bersanding ala hindu dan sebagainya)
“ Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dngan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan. Ketika perahu dilanda gelombang tak semua manusia dapat kembali pada rasa kehambaan untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya.” –
Abu Umar
Kesimpulan
(1) Kita harus melihat pembinaan dan pembentukan rumahtangga dengan pandangan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT
(2) Kematangan, kedewasaan dan kebijaksanaan kita di dalam mengemudi kehidupan terletak sepenuhnya kepada kita. Kitalah yang akan membuat keputusan dan pemilihan.
(3) Memelihara jalan-jalan menuju pembentukan baitul muslim dan aspek-aspek keberkatan di dalam pembinaan rumahtangga adalah sesuatu yang serius dan harus dilihat dengan penilaiaan syara’.
(4) Penyerahan kepada jalan yang syara’ dan berusaha untuk menepati kehendak Allah SWT dalam melaksanakan pembinaan “masjid” ini adalah suatu perjuangan yang suci. Kita lah yang akan melakukan pemilihan, sama ada ingin mengikut trend, rentak dan penilaian masyarakat semasa atau mengikut sepenuh segala acuan dan trend yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Tetapi, selalunya akan ada suara yang memberikan peringatan kepada kita :
“ Kamu ini, harus kita ikut perkembangan semasa. Jangan kolot dan berfikiran lama. Ingat itu.”

marriage,
muslimah
Monday, November 15, 2010
Friday, October 22, 2010
Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut
Allah SWT berfirman: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (QS. Al-Imran:185).
Saudaraku, siapa yang tahu kapan, dimana, bagaimana, sedang apa, kita menemui tamu yang pasti menjumpai kita, yang mengajak menghadap Allah SWT. Orang yang cerdik dan pandai adalah yang senantiasa mengingat kematian dalam waktu-waktu yang ia lalui kemudian melakukan persiapan persiapan untuk menghadapinya.
Orang cerdas adalah orang yang mengingat akan kematian. Bila kita akan 'berangkat" dari alam ini, ia ibarat penerbangan ke sebuah negara. Dimana informasi tentangnya tidak terdapat dalam brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Qur'an dan Al-Hadist. Di mana penerbangan bukannya dengan Garuda Airlines, Singapore Airlines, atau US Airlines, tetapi Al-Jenazah Airlines.
Read more : Setiap yang bernyawa pasti akan mendapat maut
Cukuplah kematian sebagai peringatan. Mari kita muhasabah diri.
Labels:
FIKIR DAN ZIKIR,
Peringatan
Wednesday, September 22, 2010
A Happy Ending:)
A Happy Ending:)
Alhamdulillah, after all the sweats, late nights and heartaches, all of us success in this O&G department. It is so relieved to know that all of us passed and no one has to re-sit the paper.
Today is a happy day! Alhamdulillah:)
Actually, I want to write more but I have other work to be done first. Insya Allah, I will write consistently and also study very2 consistent and also do the prayers very2 consistent. Yesterday, as usual before I went to the hospital I will listen to IKIM.fm. There will be a slot that I love to listen which is MOTIVASI PAGI. One of the topic that really touch me is about the things that we want so much. The Ustaz ( I am sorry I cant remember the Ustaz name) told that if we wanted something so badly, just pray to Allah SWT by doing QIAM early in the morning. I have heard before about a hadith or the verse in the Quran saying that, our prayer will be granted by Allah SWT if we prayed during our QIAM. I know that I seldom did this. I am not consistent!
Ok, my next target is to do QIAM consistently=) In order to clean my heart and also that to revitalising myself (Am I using correct word? revitalising?=D
I have to stop. I have to go to Hospital to do fingerprinting for the attendance.
Have a great day ahead and may today is better than yesterday. InsyaAllah=)
Don't forget to smile (Thanks alot to this one person who told me to do so before. today is the person birthday=) I consider the person as, 'Anak Muda Gigih Berusaha'=)
Iman Aisyah is in her last week in OBGYN Department and she is very happy with OBGYN rotation that end with happy ending=)
Labels:
5th year,
clinical,
FIKIR DAN ZIKIR,
LIFE AND SMILE
Tuesday, September 21, 2010
Berkata Yang Baik atau Diam
HADITS KELIMA BELAS
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ
الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ
بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ
بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari
Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan
barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia
memuliakan tamunya
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Pelajaran :
1. Iman terkait langsung dengan kehidupan sehari-hari.
2. Islam menyerukan kepada sesuatu yang dapat menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang dikalangan individu masyarakat muslim.
3. Termasuk kesempurnaan iman adalah perkataan yang baik dan diam dari selainnya .
4. Berlebih-lebihan dalam pembicaraan dapat menyebabkan kehancuran,
sedangkan menjaga pembicaraan merupakan jalan keselamatan.
5. Islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat
dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap kondisi.
6. Tidak memperbanyak pembicaraan yang diperbolehkan, karena hal tersebut
dapat menyeret kepada perbuatan yang diharamkan atau yang makruh.
7. Termasuk kesempurnaan iman adalah menghormati tetangganya dan memperhatikanya serta tidak menyakitinya.
8. Wajib berbicara saat dibutuhkan, khususnya jika bertujuan menerangkan yang haq dan beramar ma’ruf nahi munkar.
9. Memuliakan tamu termasuk diantara kemuliaan akhlak dan pertanda komitmennya terhadap syariat Islam.
10. Anjuran untuk mempergauli orang lain dengan baik.
Sumber : Hadits Arba'in
**Nota saya: Saya sangat terkesan dengan hadis di atas. Entah mengapa semenjak dua menjak ini mungkin cukup terkesan dengan kata2 orang2 di sekeliling. Kadang2 terlintas di fikiran mungkin juga kata2 saya yang keluar dari mulut saya juga memberi kesan yang tidak baik kepada orang di sekeliling.
Astaghfirullah hal a'zim...
Astaghfirullah hal a'zim...
Labels:
FIKIR DAN ZIKIR,
Hadith,
Peringatan
Wednesday, September 15, 2010
Friday, September 3, 2010
Penat
Dosa terkumpul di hati ibarat kotoran degil & karat di belakang kuali, perlu DISENTAL KUAT yg menagih tenaga & sabun yang terbaik. Jika ingin hatimu bersih, SENTALANNYA adalah IBADAHMU, lebih kuat rasa letih & sukarnya, lebih BERSIH hasilnya, khususnya berkat ‘sabun’ terbaik, 10 terakhir Ramadan. Moga berjaya mengilatkannya sebelum kehabisan sabun..
Ustaz Zaharuddin.http://www.zaharuddin.net/
**Iman Aisyah
Penat rasa nak cuti dah dan duduk rumah saja, tapi jangan pernah putus asa. Teruskan ibadah dan amalanmu. Semoga diberi kekuatan!
Selamat Hari Jumaat!=)

positif
Sunday, May 30, 2010
FIKIR & ZIKIR

Seorang murabbi berkata:"Ada 2 perkara di dunia ini yang harus kamu ingat dan kamu lupakan, yang pertama lupakan segala keburukan orang lain ke kamu, dan ingatlah semua kebaikannya. Yang kedua, lupakan semua kebaikanmu kepada orang lain, tapi ingatlah keburukan yang pernah kamu perbuat ke orang lain"
{Sang murabbi-mencari spirit yang hilang}
Saidina Umar pernah berkata: “Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah ia bersungguh-sungguh”.
"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu(agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu”
Surah Muhammad ayat 7.
Labels:
FIKIR DAN ZIKIR,
Peringatan
Subscribe to:
Posts (Atom)