Monday, October 11, 2010

Aku Ingin Mencintai Mu

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

 aku ingin mencintaiMU
  setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Sunday, October 10, 2010

Cerita Lucu Di Bandung Games


Di petang yang sudah hendak gelap semalam, datang beberapa orang ke gerai kami. Membeli dan bercakap2 dengan kawan saya yang sedang sibuk memotong brownies. Tiba2 seorang dari pembeli bertanya,

Pembeli : Eh duk kecek2 namo gapo?(sebelumnya dia sudah tahu saya dari negeri mana mungkin dengar dari sembang2 saya sebelumnya.

Saya : Natasha.

Pembeli : Nok panggil gapo?

Saya : Tasha.

Pembeli : Aiks bakpo tok panggil Na, kalu ore Kelate gak kena panggil Na lah, kalo Tasha supo ngn dok ore Kelate.(dengan selamba die berkata)

Saya : Na? Erkk.. Tak penah lagi orang panggil.

Saya pun terasa geli hati, sebabnya kalu Na tu nama Ma saya orang panggil Na. Haha. Buat lawak sungguh pembeli tersebut=)

Semalam Bandung Games! Seronok. Alhamdulillah murah rezeki.
Setakat ini dahulu tidak berniat untuk menulis panjang, nanti saya sambung lagi mengenai Bandung Games ini.

Wednesday, October 6, 2010

Langit dan Tiada Kata

Assalamualaikum wbt

Lama juga blog tidak ditulis apa2 jika nak dibandingkan dengan hasil tulisan di bulan September lepas. Hampir setiap hari menulis di sini. Sudah kurang idea atau tidak rajin atau sibuk? Lebih sibuk bulan lepas rasanya-_-"

Saya menulis tentang aktiviti belajar di Tumblr sambil mengasah "English" yang sudah hendak tumpul. Kalau rajin jenguklah ke sana andai kata lama senyap di sini=)

2,3 hari lepas mungkin saya bertemu dengan satu blog yang bergambar dan menulis sedikit sahaja. Saya pun dah lupa bagaimana saya boleh sampai ke blog beliau. Mungkin link dari FB saya tak pasti. Ayatnya ringkas tapi cukup padat makna dan memberi kesan ke hati. Tulisan pertama beliau yang buat saya terkesan ada gambar langit. Ya saya suka gambar langit yang biru! Sama macam layout blog ni. 

Hasil tulisan terbaru beliau mengenai satu hadis yang saya kongsikan di bawah ini. Mari sama2 kita hayati:


Rasullulah s.a.w pernah bersabda :-
كل أمتيمعافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه


Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam,berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.

( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Gambar langit


Rasa tenang melihat ke langit biru yang sangat indah. Tak caya? Cuba buat. Di saat anda rasa stress atau tertekan dengan kehidupan atau banyak kerja atau ada masalah, cuba mendongak sebentar ke langit yang berwarna biru muda. Luas kan? Tak tahu di mana bermulanya langit. Samalah macam lautan luas. Kebesaran ciptaan Allah SWT. Kita hanya hamba-Nya tumpang berjalan di bawah payung langit-Nya. Rasa kecil sangat diri. Sangat kecil menumpang berjalan di bumi luas dipayungi langitnya yang indah.

Ok. Sampai di sini dulu. 

Mari muhasabah diri.

Sunday, October 3, 2010

MASA TERBANG


Assalamualaikum wbt

Masa terbang sangat cepat. Sampai tak sempat nak kejar dan sampai tak sempat nak buat semuanya hari esok dah sampai. Kadang2 penat balik dari rumah sakit nak tidur sekejap tapi sampai esok pagi. Semakin lama semakin cepat masa terbang. Rasa tak? Rasa baru saja semalam saya bersungguh2 belajar OBGYN untuk exam final 2 minggu lepas. Sekarang dah habis minggu pertama kat bahagian Mata pun. 

Ya Allah! Sekali fikir sukanya masa cepat terbang=) Tapi fikir sekali lagi, rasa takut pula. Rasa banyak tanggungjawab yang tak buat lagi. Tanggungjawab sebagai hamba-Nya terutamanya. Adoi Adoi, bila fikir guna hati(ada ke fikir guna hati?huhu) rasa banyaknya dosa bagai gunung menghempap diri. Sedih sebak pula rasanya. Hati ni selalu kena sental kuat2 biar bersih supaya pandangan hati itu benar dan tepat. Astaghfirullah hal a'zim susahnya nak jaga hati ni.

Masa belajar kat sini tinggal setahun saja lagi. Saya suka sebab dah nak habis nak balik Malaysia tercinta buat selama2nya. Mesti saya akan rindu zaman belajar ini nanti(kalau panjang umur). Jadi saya tak akan sia2kan peluang belajar ni. Lagi2 belajar jauh dari tempat sendiri. Merantau sudah hampir nak masuk 6 tahun termasuk tahun ni. Banyak pengalaman sudah lalu. Sudah banyak orang yang jumpa. Sudah banyak kisah yang dirasai. Ada yang best dan ada yang tak best. Biasalah inilah dinamakan hidup. Kan Kan?

Saya ada 2 minggu lagi untuk belajar dengan jayanya di Mata. Cepatnya! Baru nak faham dan suka dah nak habis. Semalam saya kata nak belajar rajin2 tapi tak belajar pun sibuk buat perkara lain. Sibuk ke? Atau rehat2 sahaja layan perasaan=D Tak apa perkara yang lepas usah dikenang. 

Nurul, kawan baik saya dan juga Hawa selalu bagi nasihat kepada saya, nak apa2 semuanya minta dengan Allah SWT. Semuanya minta dengan Allah SWT, nak hati bersih, nak rajin, nak pandai dan nak jadi baik semuanya minta pada DIA. Kerana DIA lah pemilik hati kita.

Sudah jauh malam dan mari kita tidur dan bermimpi yang indah. 

Pulanglah wahai hamba kepada Pemilik hatimu agar kekuatan yang engkau cari hadir dalam hidupmu... 

 

"Demi massa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal sholih dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran.”  

[ al-Ashr [103]: 1-3 ]

 

Saturday, October 2, 2010

Oktober Bermula

Assalamualaikum wbt dan salam.

Apa khabar semua? Semoga kita semua sihat hendaknya dan semakin bersemangat menjalani hidup kita dalam bulan yang baru ni. Saya tunggu Oktober untuk datang. Bukannya ada sesuatu yang besar akan berlaku, tapi mengingat2 yang nanti sahabat baik, Puan Hawa dan Cik Tahirah akan datang membuatkan saya gembira. Boleh banyak bertukar cerita dan melihat kehidupan bersama2 dari sudut pandang masing2 dan bercerita-cerita^__^

Sudah setahun saya melakukan rotasi klinikal di sini. Alhamdulillah banyak susah senang pahit manis dan cabaran yang ada. Alhamdulillah masih juga di sini tetap berdiri. Banyak juga berlaku dalam kehidupan, tapi saya anggap itu semua rempah dalam kehidupan. 

Tahun ni juga saya ada adik saya, Hafizi di sini. Hidup semakin menarik dan yang penting kalau susah ada keluarga di sini selain kawan2. Lagi2 tak perlu risau kalau tidak ada duit atau kad bank tak boleh guna, adik kan ada? Terbalik pula kakak minta duit kat adik. Kad bank tak dapat guna lagi. Harap2 dapat guna cepat ya.

Sekarang saya di bahagian Mata atau Ophthalmology. Menarik!

Oh ya sekarang saya ada ✿moments ✿

Hari sabtu rancang nak buat banyak perkara dan nak ulangkaji banyak2. Hari cuti dan tak sibuk ni jom kita buat solat Dhuha. Semoga dimurahkan lagi rezeki kita.