Sunday, November 7, 2010

Semangat!

Assalamualaikum wbt.

Seminggu sudah bercuti. Sudah tamat cuti. Sudah buat semua perkara yang dirancang. Alhamdulillah dimudahkan oleh-Nya. Pekerjaan yang kalau waktu dah mula klinikal balik mesti tak dapat buat, pun dah buat. Aktiviti2 membaca, menulis dan memasak pun dah buat. Cuma tak banyak yang sempat baca. Nak baca novel tapi tak sempat :)

Seminggu yang digunakan untuk kumpul kembali kekuatan yang hilang, semangat yang pudar dan kerajinan yang menurun. Alhamdulillah di akhir cuti mendapat banyak pencerahan dan perkongsian yang bermanfaat. Semoga ini menjadi bekal untuk 3 minggu ke depan. InsyaAllah. Kalau panjang umur untuk waktu depan yang masih perlu ditempuh.

Beberapa perkara 'unexpected' berlaku. Contohnya, hari Jumaat lepas dapat berjumpa adik2 'keluarga' lama. Sama2 makan Pecel Lele dan murah rezeki bila salah seorang adik cepat2 membayar makanan saya. Terima kasih NIMY :)

Hari ini, tiba2 buka di FB lihat status Kak Kamariah. "Stranded in Bandung". Eh baru ingat yang Kak Kamariah kata nak datang Bandung. Keluar dengan Kak Kamariah dan Abang Amin dan juga adik saya Hafizi. Merasa makan di Hotel Arion Swiss. Makanan yang mahal bagi saya yang masih bergelar pelajar ini :) Banyak berkongsi pengalaman dan Kak Kamariah juga bagi nasihat yang sangat berguna. Terima kasih banyak2 Kakak :) Semangat! 

InsyaAllah akan konvo buat kali ke 2 pada 2011
Housemates saya :) Semoga nanti kita sama2 berkonvo lagi, saya, Yana, Nadia dan Siti :)

Kesimpulan saya

Matlamat yang dasyat sungguh penting supaya dalam perjalanan menuju matlamat tidak mudah jatuh dan rebah. Kalau kalau rebah pun  di tengah jalan senang nak bangun kembali. Waktu sekarang ini kena guna betul2 sebab waktu sekarang tak dapat ada  atau diulang lagi nanti. InsyaAllah usaha sungguh2 dalam semua perkara. Kena berusaha kalau nak rajin, nak bersemangat dan nak 'score' dalam exam. Enjoy student life!

**Nota :
  1. Esok dah mula rotasi baru selama 3 minggu ke depan. Mungkin aktiviti menulis kena kurangkan tapi mungkin juga tidak =) Oncall sudah bermula setelah 6 minggu lepas tidak ada oncall.
  2. Ada beberapa entri dalam draft. Ada juga hutang entri, insyaAllah akan saya tulis juga walaupun lambat.
  3. Gembira ramai nak datang sini =)
  4. Gambar konvokesyen setahun yang lepas. Eh di sini kalau selesai pre-klinikal ada konvokesyen. Nanti dah selesai semua pun ada satu lagi konvo. Saje letak supaya bersemangat.

Saturday, November 6, 2010

Untuk Kak Ana

Assalamualaikum wbt

Akhirnya entri ini dapat saya tulis. Berjanji dengan Kak Ana semalam tapi apakan daya internet tidak bisa disambung pula. Kak Ana ini adalah rakan sekolah lama satu batch dengan saya waktu sekolah di Klang dahulu. Kak Ana satu tahun di atas saya umurnya sebab itu saya panggil Kak Ana :)

Kali terakhir jumpa Kak Ana masa balik Malaysia bulan Julai haritu. Itupun waktu di lapangan terbang di Kelantan, tapi kami tak bertegur sapa. Hanya melihat dari jauh sahaja sambil berfikir, "Eh macam kenal". "Tapi betul ke?". Sampai ke sudah akhirnya kami tak bertegur sapa.

Waktu di ruang menunggu niat hati kalaulah nanti Kak Ana dekat dengan saya waktu beratur nak tegur. Tapi Kak Ana tempah 'hot seat', jadi dia diutamakan naik dahulu. Sewaktu di dalam pesawat saya lihat Kak Ana sudah duduk dan sedang buka buku bersedia untuk membaca. Muka serius. Sudah tak berani nak tegur. Tiba di LCCT sewaktu di tempat menunggu bagasi saya lihat sekeliling mungkin ada Kak Ana, tapi dah tak ada. Dalam hati, "Orang lain kot, tak mungkin dia."

Sampai sahaja di Bandung saya menulis status di FB, "Alhamdulillah selamat sampai di Bandung". Tiba-tiba sahaja dapat mesej di kotak mesej. 

Hye Tasha
*Kak Ana July 19 at 12:56am  
Assalamualaikum.....Tasha....sy rasa..kita naik flight yg sama td! sy nk tegur...tp...senyum tak jadi...adoiyaa...masih ingatkah sy?hehe... 
*Iman Aisyah July 19 at 12:58am
waalaikumsalam.....saya pun rasa dah..duk kelih2 banyak kali jugak..tapi awak pun dok senyum saya pun rasa salah ore doh la..hehe...awak pakai tdg biru kan td?kerja dah ke? 

Selepas itu kami pun chat panjang di ruangan chat dan juga YM. Kisah lucu betul. Dalam banyak-banyak perbualan kami seperti biasa saya sengaja buat soalan cepu emas,
Saya : Sorang je ke Kak?
Kak Ana : Aah tu yang sedih suami dengan anak tak balik sekali.
Saya : Oh akak kawen tak btau.
Kak Ana : Eh mana ada dah kawen, belumlah. Buat lawak je.
Saya : Oh yeke. Saya pun belum kawen.
Kak Ana : Tau sebab baca kat blog awak.
Saya : Aiksss? Ada ke entri saya kat blog macam yang cakap saya belum kawen?
Kak Ana : Kak suka baca blog awak dengan Sarah. Tapi silent reader, sebab tu tau perkembangan.
Saya : Oiccc. Peminat blog saya secara senyap ye :)
Baru-baru ini dalam pada sibuk2 saya sempat juga buka invitation dalam FB. Biasalah suka lihat siapa yang akan berkahwin. Eh eh. Kak Ana. Senyap2 Kak Ana jemput. Semalam baru berkesempatan bertanya Kak Ana secara lengkap dan menemuramah Kak Ana. Terima kasih cerita Kak Ana yang best! Boleh buat novel satu. Hehe. Semoga dipermudahkan semuanya Akak. Nanti jumpa akak insyaAllah saya tegur dulu, tapi lepas ni dah ada Puan dah. 

**Nota:
*Nama di atas yang ada star adalah bukan nama sebenar di FB :)

Thursday, November 4, 2010

Beautiful Pictures!




At first glance, it looks like a giant child armed with a box of crayons has been set loose upon the landscape.

Vivid stripes of purple, yellow, red, pink, orange and green make up a glorious technicolour patchwork.

Yet far from being a child's sketchbook, this is, in fact, the northern Netherlands in the middle of the tulip season.


Source:
**Notes:
  1. I always came across photos of my friends who study oversea, I mean the country where there are Tulips, I felt envy with them =) I wish to have photos with the tulips. The real one not fake!
  2. Tulips are very beautiful. Dont you think so?
  3. Ok ok I have finished my works and that's why I am writing about the flower, not writing actually but just collecting them from the web. 
  4. InsyaAllah ada rezeki bolehlah ke sana. Masa sekarang belajar rajin2 dan fokus apa yang di hadapan.
  5. Alhamdulillah a beautiful morning =)

Tuesday, November 2, 2010

Bercuti di Bandung : Kawah Putih

Assalamualaikum wbt dan salam ceria.

Sudah lama tak ada entri bergambar, jadi harini kita tengok gambar Kawah Putih, ini adalah sisa dari gunung berapi yang dah tak aktif lagi. Enjoy!

Macam pantai pun ada kan?
Sebenarnya kalau tengok di sekeliling sebenarnya di kelilingi oleh bukit2 yang tinggi
Cantik kan ^_^
Hafizi, saya dan Tho/Tahirah
Jejaka melayu terakhir. Hahaha
Ok. Sudah mulai berkabut. Sangat sejuk ok.
Husna sangat sejuk. Penuh gaya adik Tho yang comel ni =)
Husna kata dia ada tanduk rusa yang panjang =D
Cerah kembali suasana
Kabut sudah mulai berkurang
Kami pun dah penat, masa untuk pulang. Jom!
**Nota:
  1. Entri ini untuk orang yang sedang sibuk bekerja=) Tengoklah gambar ni dulu sebelum datang sini. Cantik kan? Nanti saya upload gambar tempat lain pulak lagi ya. Ni baru satu tempat.
  2. Kita lupakan isu entri Kelantan di bawah. Hot juga nampak gayanya. Hehe. Peace=D Rileks. Cool.
  3. Gambar kat atas masa Tho/Tahirah datang sini bersama mak dan adik Husna sebelum ke Jogja untuk berwisuda(konvokesyen). It was a great time!
  4. Saya dah banyak kali pergi ke Kawah Putih ini tapi tak penah jemu. Best dan sangat cantik pemandangan di sana.

Monday, November 1, 2010

Eh awak orang Kelantan?

Assalamualaikum wbt.

Saya jarang2 akan ambil pusing kisah orang2 yang memandang rendah orang Kelantan ni ataupun dalam kata yang tak enak didengar sedikit menghina orang dari negeri Kelantan. Sebelum final bola saya ada lihat suatu petikan akhbar kartun tentang red warrior. Lucu dan kesian pula rasa dekat orang yang suka hati sahaja buat kartun macam tu.

Klik kanan mouse untuk baca lebih besar

Diskriminasi sungguh. Tak begitu? Koya koya koya maju sangat dia tu*

Pernah saya mengalami sendiri semasa saya di sebuah kolej persediaan di Sepang. Seorang rakan bertanya kepada saya,

"Rumah awak mesti rumah kayu kan? Ada TV tak?" kata rakan tersebut(dengan nada yang serius), pada pendapat dia semua rumah di Kelantan rumah kayu yang buruk2.

Saya rasa nak tergelak pun ada. Mungkin dia tak pernah datang ke Kelantan rasanya. Saya balas dengan senyuman dan saya tunjukkan gambar rumah "kayu" saya.

Satu lagi ayat yang sering didengar,

"Eh orang Kelantan ke? Mesti tak reti speaking, biasanya orang Kelantan ni tak reti speaking" Merujuk kepada penggunaan bahasa Inggeris di kalangan orang Kelantan.

Koya koya lagi orang yang berkata tersebut. Senyum saja. Action speaks louder than words.

Kalau nak senaraikan satu2 pencapaian orang Kelantan nanti penuh satu blog ni pula =) 

Pertama kali saya keluar dari Kelantan untuk bersekolah adalah sewaktu tingkatan 1 di KYSM tapi tak lama hanya seminggu. Kali kedua adalah masa tingkatan 4 untuk bersekolah di sebuah sekolah di Klang. Di sana memang tak ada masalah sebab pengetua pun dari Kelantan. Malahan majoriti guru2 dari Kelantan dan Terengganu. Mungkin ada sedikit diskriminasi kepada yang dari negeri lain pula. Hehe =) 

Saya sayangkan Kelantan dan cintakan Negeri Sembilan. Saya juga bukanlah terlalu assobiyah ataupun fanatik terhadap negeri sampaikan kalau pasangan pun mesti nak dari Kelantan(tiba2 cam tak ada kena mengenalah pulak)

*Tiba2 rasa nak cakap pasal Kelantan sebab saya rindukan kampung saya. Rasa lama dah tak balik dah 3 bulan rasanya. Tahun ni dah tak ada plan balik. Tak apa sebab ramai nak datang sini. Yeay! Suka suka =)


Solat tetap diutamakan