Sunday, October 31, 2010

"Awak Jadi Cermin Saya"


Semalam tengah hari seorang kakak senior datang ke rumah untuk melihat tudung. Oh ya kakak ini datang ditemani suaminya. Kakak senior ini sedang membuat magang di rumah sakit luar bandar Bandung. Dia telah selesai rotasi di Rumah Sakit Hassan Sadikin. 

Berbalik kepada cerita tudung tadi, sewaktu kakak tadi hendak mencuba tudung. 

Saya berkata kepada kakak tersebut, 

"Akak cermin ada di belakang, nak tengok cermin tak?"

Sewaktu itu kami berada di ruang tamu rumah saya.

Lantas kakak tersebut memandang suaminya dan berkata,

"Eh takpe, ni ada cermin", merujuk kepada suami yang duduk di depannya.

Kakak tersebut mencuba dan menggayakan tudung di hadapan "cerminnya" yang boleh bercakap.

Saya pun tersenyum dan berkata dalam hati, "Sweetnya"=)

Ok tamat cerita hari ini. 

**Nota : Bestnya ada cermin boleh bercakap dan boleh di bawa kemana2. Senanglah nak bershopping2 mesti tak payah susah mencari cermin sebab dah ada cermin yang bergerak dan boleh bagi pendapat lagi. 

Tahniah Pasukan Kelantan!


Assalamualaikum wbt.

Semangat sungguh tentang bola ni. Saya tak adalah minat sangat bola, minat sedikit sangatlah tapi sangat suka bila semua ahli keluarga berkumpul di depan TV untuk menonton bola dan sama2 sokong siapa nak menang. Semangat itu yang saya sangat suka. Apabila pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan ke final, abah pasti sokong negeri kelahiran dia dan ma yang dari Kelantan dah serba salah nak sokong siapa. Kami anak-anak pasti akan konon2 akan sokong siapa yang menang. 

Semangat sungguh orang Kelantan ni. Mesti ramai yang cakap macam tu kan? Saya rasa semangat bola tu sampai ke sini sebab adik saya yang laki memang minat bola sangatlah semangat semalam mencari TV online nak tengok bola. Saya tumpang tengok saja.

Sensitif pasal Kelantan ni, nanti saya sambung lagi tentang tajuk ni ya. Selamat bercuti untuk warga Kelantan. Semangat Red Warrior!

Saturday, October 30, 2010

Taking Time Off

“The art of doing nothing is really something”
Sure, it means something to be efficient and productive, but we all have to draw a line somewhere.  After all, we are not robots.

Clearing your mind is not only good for reducing all the stress that you accumulate during everyday life, but it is also useful in terms of taking a step back and re-assessing what you are doing and what direction you are undertaking.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------

Gembira keluar dengan adik-adik (ramainya adik awak ada kat sini?). Kalau adik Najeeha baca ni mesti jeles ni. Nanti adik datang kita jalan-jalan ye =)

Anak muda gigih berusaha suka dengan lagu Senyum. Saya pun suka juga=) Oh dah lama tak bercerita pasal anak muda gigih berusaha. Sibuk sibuk. Mungkin dia pun tak sempat nak baca tulisan saya lagi. Rindu pula zaman semasa masih tidak sibuk dahulu. Senyum sokmo!

Wednesday, October 27, 2010

Exam lagi?

Assalamualaikum wbt.

Petang semalam bercakap-cakap dengan ma saya menerusi telefon, bertanya khabar dan seperti  biasa saya akan beritahu tentang kehidupan di sini dan peperiksaan esok.

ma : exam lagi? bukan baru je ke haritu?

saya : haritu angah exam final mata. kalini exam gigi mulut department sekarang.

ma : exam sokmo.

saya : doakan angah. 

Semenjak dua menjak ini agak kerap saya ada exam. Mungkin baru sahaja 2 minggu lepas saya exam final di mata. Masuk di department gigi mulut ini ada exam lagi. Selasa semalam mini CEX dan esok compre exam, exam bertulis. 4 minggu ke depan ada exam lagi, insha Allah kalau panjang umur dan sempat masuk department ENT (ear nose & throat) exam lagi.

Sekarang saya berada di rotasi yang minor jadi paling lama 3 minggu setiap department. Cuma department gigi & mulut sahaja 2 minggu. Semoga bermanfaat. 2 minggu yang sungguh pantas dan tak terduga kerana berlaku perkara yang tak tersangka. 

Exam dan exam ini mungkin akan berhenti bila sudah selesai saya belajar. Itupun kalau umur masih panjang untuk sempat habis belajar. Begitulah kalau bergelar seorang pelajar. Lagi-lagi sekarang tengah klinikal.

Saya ada baca mengenai Antara "BukuWajah" dengan  "BukuQalbu". Membuatkan saya berfikir panjang. Jemputlah baca ke sana :)

**Nota:
  1. Banyak perkara yang kena fikir betul-betul dan tak boleh nak ikut ramai orang buat dan tak boleh nak setuju dengan apa yang datang. Kena fikir betul-betul dan dalam-dalam. Lagi pula bukan perkara main-main. Semoga Allah swt tidak membiarkan saya membuat keputusan sendiri walaupun sesaat.
  2. Beragama itu yang penting. Insha Allah akan berusaha menjadi yang terbaik dalam agama.
  3. Sejak berlaku perkara yang mengejutkan saya dan semua orang minggu lepas. Saya rasa tidak perlu ada perasaan marah kepada orang. Buat baik dengan semua walaupun orang tersebut berlaku sebaliknya dengan kita. Sebabnya kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Mungkin esok?
  4. Lebatnya hujan di luar. Semakin sejuk cuaca sekarang. Musim sejuk sudah tiba di Bandung :)

Tuesday, October 26, 2010

Menuju Cahaya



**Nota: Tengok video ni di blog Kak Sharifah Natasha. Terima kasih kak:) *Tekan pause  lagu di kanan sebelah atas blog ini sebelum tekan play =)