Tuesday, August 30, 2011

Tak Jadi Raya Harini

Assalamualaikum wbt, 


Semalam dah semangat harini nak raya, siap keluar nak beli barang untuk masak-masak, tetiba terpandang TV di Pasaraya semalam. Majlis Ulama Indonesia (MUI) masih berbincang tentang tarikh penetapan raya. Akhirnya diputuskan Hari Raya Eidul Fitri di sini adalah pada hari rabu. 


Semalam, 

"kak kita nak raya bila jadinya?" Hani :)

"kita ikut pemerintah(kerajaan) di sini". 

Tepon Abah cerita. Abah kata ikut sana. Abah kata boleh buat Qiam malam ni. Ada kesempatan Ramadhan lagi. Alhamdulillah:) Tak semua dapat berada dalam bulan Ramadhan Kareem. Peluang! 

Nabila tepon juga nak ucap selamat hari raya. Raya bertiga nampak tahun ni ? ;) ehehehe. Nabila raya di Terengganu. 

Pagi ni,

Farahain tepon, 

"tasha kau puasa lagi ke? sebab kat sini(garut) dah ada orang takbir raya"

"esok kite raye" :)

Along tepon,

"Selamat Hari Raya!" 

"Angah belum rayalah kat sini" :)

"laaa yeke, along kat penang ni" 

Ma tepon, 

"kita dah raya kat sini" dengan nada yang seronok dan gembira :)

"Angah tak masak ke?" dah kali ke berapa ma tanya.

"ok angah masak petang ni" :)

Kat rumah di kampung, 

Ada Hafizi dan Najeeha sahaja dengan Ma dan Abah. 4 orang. Along balik Penang ikut suami dan Nabila juga balik Terengganu ikut suami. Saya pula di Bandung. 

Seronok tengok gambar keluarga hari raya kawan-kawan dan keluarga. Gembira semuanya. Saya pun gembira di sini -__-

Raya tahun lepas,

Raya tahun 2009 sebenarnya ni :) Semua ada. 

Raya 2010, saya takde. Fizi ada je cuma takde dlm gamba.

Monday, August 29, 2011

Raya Kat Mana?

Assalamualaikum wbt,

Tahun ini sekali lagi saya akan berhari raya di sini, di negara seberang Indonesia. Kenapa tak balik? Buat dalam entri berikutnya kenapa tak balik. Tak rajin nak tulis dalam entri kalini. 

29 hari sahaja Ramadhan Kareem kita pada tahun ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasakan nikmat puasa dan insyaAllah kalau panjang umur esok akan menyambut Hari Raya Puasa/Eidul Fitri.

Saya lebih suka untuk menyebut Eidul Fitr (ada perkataan fitrah di akhir sebutan) -__-

Bagaimana sebulan di bulan Ramadhan? 

Banyakkah perubahan? (sila banyak-banyak muhasabah)

Kali ke- 3

Masuk kali-3 saya berhari raya di perantauan. Jauh dari kampung dan keluarga. Kali pertama adalah masa di tahun ke-2 saya menyambut lebaran di Jatinangor waktu pre-klinikal. Kali kedua di Bandung, waktu klinikal dan kali ke tiga insyaAllah esok rencana ke Jakarta. Pertama kali akan berhari raya di kedutaan Malaysia di Indonesia bersama rakan-rakan.


Salam Eidul Fitri dari Bandung :) Maaf Zahir Batin. 


ps: Riuh rasanya di rumah dengan pertambahan ahli keluarga baru! Tahun depan insyaAllah akan bertambah lagi:) Bandung pun best jugak raya!  


Friday, August 26, 2011

.....


Isn't it strange how people will listen to a doctor & will follow his instructions immediately because they believe he knows whats good for them yet lag in following the orders of Allah & his Messenger?

Isn't it strange how people will watch what they eat for fear of harm to their bodies yet commit sins & have no fear of what the hellfire could do to their bodies?


PRODUCTIVE MUSLIM

Thursday, August 25, 2011

Baju Raya



Assalamualaikum wbt,

Tahun ni baju raya pertama saya dapat warna pink. Cantik! Dapat baju raya maksudnya ada orang bagi. Hehe. Tak payah beli sendiri. Seronok! Sebab baru saja nak pasrah nak pakai saja baju kurung yang sedia ada dalam almari untuk Hari Raya. Alhamdulillah dapat baju raya.

Baju raya kedua ma yang beli, tapi saya belum dapat. Ma kata warna hitam-kelabu, ma beli yang dah siap. Tak sabar nak tengok! Seronok dua kali. Rezeki dapat dua pasang baju raya. Hadiah lebaran. Sayang ma:)

Baju yang dalam gambar kat atas pun baru sekali saya pakai. Mulanya nak pakai baju kat atas saja untuk hari raya dan juga untuk wisuda nanti. Memandangkan dapat baju kurung baru, nanti bolehlah pilih nak pakai baju mana untuk wisuda nanti. Dah setel baju wisuda!

Baju dalam gambar kat atas semua made in Bandung kecuali baju Iman dan Danish. 

ps: Sape tanya saya balik raya ke tak dia wajib bagi duit raya! ;)

pps: Adik laki dah balik mesia dah pagi tadi untuk liburan yang panjang sampai 11 September. 

*Sorry terpaksa baca entri baju raya. Jangan jeles!

Tuesday, August 23, 2011

Happily in ♥


Gembira, hati mereka kanak-kanak suci :)

22. 8. 2005
My first step to Indonesia 6 years ago! Alhamdulillah I survived after lots of ups and downs here:) Another 2 months to go and I will go back for good. Good Luck friends! Happily in ♥ 

-Status FB- Setahun yang lalu pun status sama, ubah jadi 6 years ago je. dengan ganti 2 months-

22. 8. 2011
H I L (Happily In Love)

Everyone has their own story and path in life. So, dont get jealous with anyone. 

**Nota: Harini terfikir dalam kepala tajuk "rezeki", insyaAllah nak tulis. Dalam hidup ni jangan terlalu nak berkira sangat. Rezeki semua milik Dia, sekali Dia nak tarik memang tak pernah terfikir oleh kita. Jadi janganlah terlalu berkira sangat. 

Rezeki nak datang juga di luar pengetahuan kita. InsyaAllah semakin kita banyak memberi(sedekah) dan jadi pemurah, akan lebih bertambah rezeki kita. Mungkin harini kita tolong orang, esok siapa tahu kita yang susah? (memang tak mengharap balasan sebab nak mencapai ikhlas itu susah). Tak perlu sebut, "aku ikhlas tolong", ikhlas tak perlu ucap dengan kata-kata. 

Takkanlah semua pun nak dihitung? Meraikan tetamu dan memuliakan tetamu ada dalam ajaran Islam. Cerita lain pula bab "tetamu".


Kena berhenti untuk tidur dahulu :) 

*letak entri ni bawah tag "Al-Mar'ah As-Solehah", dah lama tak ada entri yang bawah tag tersebut.