Monday, May 10, 2010

Public Health

Assalamualaikum wbt

Today is my first day in Public Health department. Public health or in Indonesia we called "Ilmu Kesihatan Masyarakat" . Introduction by Dr Denni the head deparment of P3D, about "Important and Urgency". I have already read that in the magazine and motivational book before this. I know the topic does not included in the syllabus for the public health but Dr Denni just wanted to emphasis on how important to manage our daily activities according to their "importance and urgency".

It has been so long since me and my batch mates have lectures. I mean long lectures that start early in the morning and finished in the afternoon! Long hours of lectures:)

Good Luck to me and my friends^_^

There will be pre-test tommorow. I have not finished the book yet. huhu.

In this rotation, only 20 of us! We will not see any patients within 4 weeks and we will not going to the hospital. Only the Eckyman Building opposite the hospital.

Saturday, May 8, 2010

Part 2 : Selesai Exam & PASS

Buat semua adik2 tahun 4 dan kepada yang exam


Assalamualaikum wbt dan salam semua!

Sambungan dari entri Part 1 : Selesai Exam Paediatric.

Dalam rotasi paediatric ini ada 2 kali exam, satu exam bertemu pesakit dan satu lagi adalah exam MCQ (multiple choice question) yang macam masa pre-klinikal dulu. Soalan MCQ hanyalah 50 soalan, tapi sudah cukup membuatkan saya merasakan sangat2 bimbang akan reputasi saya sepanjang rotasi paediatric ini akan jatuh tergolek diakibatkan oleh kertas MCQ tersebut (metaphora melampau ni^_^) Susah! huhu.

Selesai2 saja saya jawab dan keluar dari dewan peperiksaan, saya dah check yang saya mungkin salah 10 soalan. atau mungkin lebih? siapa suruh saya rajin check. Ya Allah! Careless pun ada. Perasaan waktu itu sangatlah risau dan macam2 saya fikir, dan akhirnya saya fikir2 balik dah lepas pun. Sekarang kita usaha lagi! Usaha berdoa banyak2! Judicium adalah hari khamis. Judicium adalah hari keputusan diumumkan. Bertawakkal setelah berusaha. InsyaAllah walau apa2 pun keputusan kena terima dengan hati yang terbuka.

Masa ma saya call petang rabu saya paksa ma saya buat solat hajat untuk saya, saya pesan lagi dekat ma saya supaya semua orang yang di rumah masa tu pun kena buat solat hajat dan doakan saya. Selamba saya paksa semua doakan saya^_^ dan malamnya ma saya call, ma kata ma baru saja selesaikan buat solat hajat untuk angah. Senyum pulak bila ingat balik ayat saya petang tadi.

Hari khamis yang ditunggu tiba jua, tapi Judicium tak jadi! Kami iaitu saya dan kawan2 tunggu sampai petang, menurut bahagian administrasi semua nilai(markah) belum masuk lagi. Jadi mungkin hari Jumaat, dan Jumaat esoknya kami tunggu lagi sehinggalah jam 9 am lebih. Tiada judicium juga tapi nilai kami ditampal di dinding papan kenyataan. Saya terserempak dengan siti waktu nak melihat keputusan.

"mung tau dok, ado judicium tadi, abeh doh" kata siti dengan muka serius!

"Yeke?" kata saya dengan muka tidak percaya.

"dok eh, takdok pung judicium. nilai die tampal. Semua lulus " kata siti lagi.

Saya terus ke bergegas nak melihat keputusan yang ditampal. Alhamdulillah!:)

Natasha A.Hadi PASS

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

All praises to HIM!

Hati pun tersenyum riang^_^



Wednesday, May 5, 2010

Part 1: Selesai Exam Paediatric

Assalamualaikum wbt

2 minggu terakhir untuk posting paediatric ini adalah minggu exam. Isnin lepas adalah exam bertemu pesakit. Giliran saya adalah pada hari pertama dan saya adalah orang kedua pada hari tersebut selepas Verena Sesilia, kawan dari Indonesia. Penguji saya adalah Prof Herry Garma, dr., SpA(K), Ph.D dari subdivisi infeksi. Kasus yang saya dapat adalah demam tifoid sesuai dengan Prof dari subdivisi tersebut yang menjadi penguji saya. Pesakit saya untuk ujian pada hari tersebut adalah seorang anak perempuan berumur 10 tahun. Adik Yuliana sangatlah co-operative!

Selepas selesai membuat history taking dan physical examination (PE) kepada pesakit saya, saya diminta menulis resume tentang pesakit tersebut. Bermula dari anamnesis, PE head to toe, differential diagnosis, diagnosis, pemeriksaan penunjang (labs exam and others needed to confirm the disease), treatment dan prognosis. Lebih kurang sama sahaja dengan Internal Medicine (Ilmu Penyakit Dalam) dahulu tapi yang penting untuk kanak2 ini adalah berat badan dan tinggi badan mereka. Berat badan dan tinggi badan diperlukan untuk mengira status gizi dan juga penting untuk memberi ubat nanti. Bagi bayi dan kanak2 dosis ubat yang diberi adalah berdasarkan berat badan mereka. Berbanding dewasa dosis ubat sama sahaja.

Alhamdulillah semasa membuat physical examination saya dapat melakukan semuanya, tapi semasa menulis resume sedikit gelabah sebab masa yang diberikan hanyalah 10 minit. Masa untuk berfikir tentang diagnosis, ubat, status dan usulan pemeriksaan. Kelam kabut sekejap^_^

Selesai menulis semuanya, Prof Herry memanggil 3 orang yang diuji beliau ke dalam pejabatnya untuk berdiskusi tentang hasil pertanyaan dan pemeriksaan saya kepada pesakit. Kertas yang saya tulis tadi sudah berada di tangan Prof. Masuk2 sahaja ke pejabat beliau, saya, Verena dan Haliaida diminta duduk. Kami akan diuji 3 orang bersamaan.

Sampai kepada giliran saya,

"Ok, Natasha sila buat resume tentang kasus kamu" Prof Herry.

"Nama pasien..., berumur ... datang dengan keluhan panas badan sejak 10 hari sebelum masuk rumah sakit dan demam terus menerus, panas badan sore lebih tinggi dari pagi hari....." saya

"Sila terangkan pathophysiology tentang penyakit demam tifoid ini?" Prof Herry

"Bakteri yang berada dalam makanan dan minuman di bawa masuk melalui mulut melalui perut kita....(sambung sendiri)" saya

"Apakah komplikasi penyakit ini?"

"Sekarang tulis resep untuk pesakit ini"

Itulah antara soalan2 dari Prof Herry. Semasa terangkan pathophysiology penyakit saya tertinggal nak sebut tentang bakteremia primer dan sekunder. Terima kasih Prof sebab Prof tetap cool dan tidak marah. huhu. Alhamdulillah saya dapat tulis resep ubat(prescription), yang baru pagi2 sebelum ujian saya hafal sediaan ubat. Chloramphenicol in 250 mg and 500 mg capsule -tak ada dalam bentuk tablet.

Selesai sesi tanya jawab lebih kurang satu jam lebih. Terima kasih Prof sebab sangatlah baik dan tidak marah walaupun ada yang tak dapat jawab. Saya tak rasa down dan tidak rasa inferior setelah selesai semuanya. Pengalaman di Internal dulu, selesai saya ujian saya rasakan sangat2 down sebab rasa macam tak tahu semua perkara.

"Now you know your level of knowledge" kata penguji saya dahulu kepada saya semasa saya tak dapat terang definisi setiap murmur dengan lengkap.

Sampai di sini dahulu untuk waktu ini, saya kena ke hospital sekejap lagi:) InsyaAllah nanti saya sambung lagi ya^_^

Doakan saya, doakan saya dan doakan saya! (^_^)


Sunday, May 2, 2010

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

(Right klik utk lihat dan baca dengan jelas)

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.


"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.


"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.


Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)


Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.


"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"


Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"


Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?


Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :


"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)


Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.


Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.


Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :



إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار


Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )


Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.


Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW


من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )


Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.


Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Baca artikel penuh di:
Aurat : Apa Sudah Jadi ?
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

1 Mei 2010

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Sihat? Mari kita jawab macam ni nak tak?

Alhamdulillah Luar Biasa Tetap Semangat Allahu Akbar !

Sebenarnya jawapan kat atas adalah jawapan yang banyak saya dengar di sini. Terutamanya, di pengajian. Semangat tak bila jawab macam tu? Cuba ya. Jangan tak cuba^_^

Dah lama cuba untuk menulis di blog. Banyak perkara yang nak dikongsi, tetapi masa sangatlah mencemburui saya. 2-3 minggu terakhir ini terasa sangatlah pack. Lagi-lagi selepas keluar dari berehat di Rumah Sakit tempoh hari. Banyak yang perlu di recover dan di catch up. Alhamdulillah, masih bisa berdiri dan melalui hari2 yang ada dan semoga terus kuat. Saya boleh!-semangat2 dan jangan putus asa diri.

Kenapa tajuk kat atas 1 Mei 2010? Sebenarnya saya nak cerita sedikit tentang semalam. Sengaja supaya nanti kalau saya rasa penat atau rasa malas boleh saya baca kembali dan bersemangat kembali. Semalam adalah hari pekerja kan? tapi di sini bukan public holiday. Saya pun kurang tahu kenapa. Kalau tanya dari teman2 Indonesia, katanya kenapa harus ada liburan, kita harus kerja juga kok. Kalau tak kerja mana bisa dapat makan, merujuk kepada yang kurang bernasib baik di sini. Kalau di Malaysia pun merekalah yang ramai bekerja yang memerlukan tenaga manusia. Tenaga manusia di sini murah! Contohnya, pembantu rumah.

Semalam saya oncall di emergency. Sangatlah seronok oncall semalam. Penat tetap penat dan buktinya niat nak tulis di blog semalam tergendala sampai ke pagi ini. Seronok banyak sebabnya, semalam adalah oncall terakhir saya sehinggalah bulan Julai nanti, dan lebih khusus sehingga 19 Julai mungkin. Yeay! Bukan seronok tidak bekerja tapi seronok sebab nanti boleh tidur pada malam hari di rumah dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan waktu lebih teratur. Sebab seronok yang kedua adalah, residen2 baik dan friendly sampai sudi nak ajar saya cara masukkan NGT (nasal gastro tube) , iaitu tiub yang kita masukkan ke perut melalui hidung untuk makan. tapi yang paling kelakarnya adalah elok2 saja saya dah berjaya masukkan dengan beberapa doktor residen lain tengok, anak kecil yang memang manja dan sedang menangis itu menarik keluar tiub tersebut dengan jayanya. Ermmm...tapi yang penting terima kasih residen yang ajar semalam. Jarang2 berlaku apabila di emergency.

Sebab seronok yang lain adalah saya bekerja dengan orang2 yang best! Mesti perasan kalau orang yang oncall dengan saya semalam baca. hehe. Kalau kita senang hati dan bahagia dengan apa yang kita lakukan, kerja kita jadi senang dan tidak stress. Betul. Sila cuba! Penat itu akan jadi perkara kedua. Kisah lucu semalam adalah apabila, kami menjadi terlebih rajin sampaikan seorang baby tu di masukkan 2 kali antibiotik (ampicillin) melalui intra-venous. Pertama saya yang masukkan dan kedua teman saya. Nasib baik antibiotik saja, takut juga terjadi apa2 kepada bayi tersebut. Saya pesan kepada teman saya sebelum keluar sebentar supaya jangan lupa masukkan antibiotik kepada seorang bayi ini, tapi terjadi tersalah mendengar mungkin dan silap masuk. Haih! Harap2 residen tak baca ini. Jangan lakukan kesalahan memasukkan ubat lagi.

Dan semalam setelah selesai saya pulang ke rumah dengan tersenyum di hati:)

Kepada yang sudah bekerja: Selamat Hari Pekerja!

Nota:
Maaf dalam entri di atas banyak bahasa2 di sini saya guna.

Salam ceria! Jangan lupa senyum selalu atau orang kampung saya cakap senyum sokmo(^_^)