Assalamualaikum wbt,
Tarikh yang saya nak letak dalam ✿moments to remember✿ :
1. Hari terakhir magang setelah 6 bulan. Hari teakhir jadi final year medical student. Perasaan sangat lega dan rasa nak tersenyum sampai ke telinga. Alhamdulillah :)
2. Hari pertama jumpa family kawan :) (cerita yang ni nanti kemudian-kemudian kita cerita, nanti waktunya akan tiba. InsyaAllah). Sangat senang hati dan lega. Gembira. Senyum sampai telinga juga. Alhamdulillah :)
ps:
- saya suka berangan, sejak dari sekolah rendah lagi rasanya. dan semalam saya teringat apa yang seorang sahabat baik cakap, "berangan, kalau kita fikirkan betul-betul boleh dianggap sebagai doa".
- banyak nak cerita, tapi entri kalini biar pendek dulu. mungkin isnin nanti baru mula kerja baru, full time blogger :) weekend yang penuh!
- harini ada majlis graduasi di ITB. seronok nak pergi!
- banyak dah Allah swt tunaikan 'angan-angan' saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah:)
2 comments:
tahniah, apa perangcangan lepas ni?? jadi MO ke??
Terima kasih. Jadi HO kat mesia dulu.
Post a Comment