Monday, December 27, 2010

Amanah

Assalamualaikum wbt

Apa khabar? Bagaimana kita di pengakhiran tahun masihi ini?

Alhamdulillah saya sihat dan masih diberi peluang oleh-Nya berada di bumi wali songo ini untuk menghabiskan pengajian dalam Tibb.

Minggu ini sudah masuk minggu ke 5 di bahagian Bedah(surgery). Cepatnya setelah penat dan stress, dan sekarang kembali seperti biasa :) Betul kan? Hard times never last forever.

Harini hari pertama di subdivisi Urologi(urology). Jam 5 am dah kena ada di wad. Hari masih gelap di sini. Lebih kurang jam 4 am di sini subuh sudah masuk. Jadinya selepas subuh ada 1 jam untuk bersiap campur dengan sarapan pagi(selalunya pagi sangat jarang dapat ada selera makan ditambah kena bergegas). 

Sampai di wad sudah ada residen(saya ketua untuk subdivisi kalini jadi kena awal dan tepat waktu). Sebelum masuk urologi sudah dengar mereka kata residen urologi baik-baik belaka. Saya setuju! Mbak yang menjadi sekretari di bagian sekretariat juga sangat baik, lembut hati saya sebab buka sahaja pintu nak lapor sudah tersenyum. Terlupa tentang subdivisi sebelumnya yang berbeza sekali.

Selesai follow-up sekitar jam 6 am. Tunggu residen ramai2 datang untuk ward round . Lebih kurang jam 6.50 am turun dari tingkat 4 wad dan terus ke Ruang Kuliah untuk morning report yang panjang juga sebab kasus yang dibahas meliputi kasus sepanjang hujung minggu. Duduk di sebelah Siti(housemate saya). Sambung cerita tentang amanah dan perasaan yang tidak best. Di akhir cerita kita mendapat pengajaran dan pengalaman. Kan Siti? Amanah yang kita pegang kita laksanakan dengan baik. Semoga apa2 yang tidak baik biar Allah swt sahaja yang balas.

Selesai morning report ke poliklinik urologi. Banyak tengok patients dan penyakit harini :) Sangat best! Berehat jam 12 pm selama 1 jam. Masuk poliklinik lagi dan discuss dengan Dr Vijay (spesialis yang membimbing kami) dan sambung dengn residen. Sampailah lebih kurang jam 3 lebih dan pulang.

**Amanah dalam kehidupan ini banyak. Dari sekecil perkara kepada sebesar perkara. Semuanya tanggungjawab kita kena laksanakan dengan baik. Lagi2 berada dalam dunia Tibb ini memang penat dan kerjanya tak terduga jadi kalau berkira2 sangat dengan kerja memang tak akan ke mana. Apa kata kita buat yang terbaik setiap amanah yang ada mesti semuanya lancar dan tenang dan senang :) InsyaAllah. 

**Nota saya : Chayyokk untuk saya dan Siti ! Kita kena buat yang terbaik dalam bedah dan buat sehabis baik :) Semangak! Jange putuh aso.

Sunday, December 26, 2010

Cerita Bahagia

:) Assalamualaikum wbt 

Harini saya banyak baca blog orang. Niat di hati nak tulis blog sendiri. Saya suka petikan ayat dari blog Bunga dan Coklat. Comel kakak ni tulis blog. Anak kakak ni nama Iman :) Suka dengan nama Iman. 

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.


Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.


Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.


Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.


Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.


Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.



Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

BUNGA DAN COKLAT


**Nota saya: Tiba-tiba ada ayat terakhir di atas :) Siapa yang tak nak masuk syurga kan? Saya nak(jawab dengan penuh semangat). Mari kita bina jalan ke syurga bersama. InsyaAllah..

Saturday, December 25, 2010

23 / 12 / 2010

Assalamualaikum wbt

23 / 12 / 2010 bersamaan dengan hari khamis lepas. Titik permulaan yang ringkas untuk saya mula mencoret satu tulisan cerita yang insyaAllah kali ini akan saya tulis sampai selesai. InsyaAllah target saya untuk tahun depan supaya cerita ini selesai dengan pengakhiran yang baik dan gembira. Sebuah cerita tulisan saya yang akan menjadi hadiah yang paling besar dan berharga  buat ma abah, kakak dan juga adik-adik yang sangat saya sayangi. InsyaAllah niat saya untuk membahagiakan semua orang :)

Sengaja saya tulis tajuknya menjadi '23 / 12 / 2010'. Semoga saya terus ingat akan tarikh ini. Supaya saya ingat tujuan saya menulis cerita ini. Niat sebenar dan mengapa saya ingin memulakan cerita ini. Saya ingin dan sangat berharap dalam perjalanan saya menulis cerita ini akan sentiasa mendapat panduan dari-Nya. Semoga Allah swt tidak akan membiarkan saya membuat keputusan ini sendiri. Semoga dia membimbing saya. Keputusan ini keputusan besar. Ini baru langkah pertama saya dalam menulis. InsyaAllah.

Saya hanya merancang tapi segalanya terletak pada-Nya. Semoga niat baik ini dan perkara baik ini akan mendapat redha-Nya. Saya hanya berdoa semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

**Orang yang sama dari dua pihak yang berbeza :) Sungguh kecil dunia ini dan betapa Tuhan itu bekerja di luar pemikiran kita. Ini peluang yang saya anggap titik tolak saya untuk menjadi lebih baik, peluang untuk lebih mendalami bidang agama, peluang belajar banyak perkara lagi terutama mendalami bahasa Arab yang saya sangat teringin untuk lebih menguasai lagi :) 

**Setakat ini dahulu. Lagu sekarang saya letak kerana lirik dan lagunya best , "Karena Hati Bicara":) Pertama kali dengar waktu di Saphire 5 nyanyian Kang subi dan Teh Ina (suami isteri yang sangat sweet) 

Thursday, December 23, 2010

"Enti yang tak nak"

Assalamualaikum wbt.

Perbualan dengan bekas pendidik (murabbi) dari sekolah di Klang (bumi waqafan) membuatkan saya terkesan dan berfikir.

Ustaz : Salam. Kaifa halluki Ya thobeebah?

Ana : Salam. Ustaz, ana bikhoir Alhamdulillah. Kaifa halluka Ya ustaz? Ustaz masih ingat saya budak nakal zaman sekolah dulu?

Ustaz : Ingat. Nakal sikit je. 

Ana : Alhamdulillah saya banyak belajar dari KI dulu, dan datang sini sahabat2 dari KI memang sentiasa ada mengajak ke arah kebaikan. 

Terus saya bercerita tentang 'geng2' zaman sekolah di Klang dahulu.

Ana : Ustaz masih ingat teman baik saya? NH (singkatan nama dia). Dia dah nikah dan dia dengan suaminya banyak berubah. Suaminya ikut T(singkatan lagi :) Dia pun sama ikut suami dia dalam T. Ana pun penah sekali ikut taklim T. Sungguh zuhud sekali mereka.

Ustaz : Oh dia yang ada sepupu tu ya? Bagaimana sepupu dia?

Ana : Ya betullah tu. Tapi ana rapat dan still kontek dengan dia saja. Sepupu dia pun dah nikah dengan dak 5/8 dulu. M(singkatan lagi:) pun dah nikah dengan orang lain. Semua dah nikah tinggal saya je belum ustaz.

Ustaz : Bagus dah nikah semua. (ustaz meneruskan ayat seterusnya)... Enti tu belum nikah sebab "Enti yang tak nak" 

Erkkk. Terdiam saya dengan ayat ustaz tersebut.

Terus berfikir kisah2 lepas dan soalan seterusnya kepada ustaz adalah,

Ana : ustaz nak tanya kalo kita tolak risikan orang takpa ke? ana takut juga kdg2.

Ustaz : kalau dia tak ok, takpe.

Ana : bukan sekali.

Ustaz : kalau ok, tp kita tolak sebab yg tak munasabah,,tak berapa kena.

Perbualan seterusnya dilanjutkan dengan perkara lain. Perbualan di pagi hari itu membuatkan saya terfikir tentang apa yang saya dah lalui. Memang ayat yang ustaz bagi kena sungguh dengan saya. Menusuk kalbu! 

**Nota saya: Teringat satu hadis tersebut yang saya sudah lupa matannya. Isinya masih ingat. Nanti dah jumpa saya letak di sini ya. Itu saja perbualan yang akan saya fikirkan dalam lagi. Saya menolak bukan bermakna anda ada kekurangan tapi mungkin kekurangan ada di pihak saya. InsyaAllah saya doakan yang terbaik. Semoga Allah swt berkati dan redhai usaha kita. 

Friday, December 17, 2010

Rindu (-__-)"

Assalamualaikum wbt

Sekarang rindu masa-masa yang tak sibuk dahulu.

Rindu nak menulis panjang dan rindu nak membaca.

Paling penting rindu dekat orang di rumah malaysia. Rindu Iman yang bulat dengan adik dia yang katanya bulat juga. Kali terakhir jumpa bulan 6 yang lepas. Lama dah ni!

Sebenarnya keluarga baru sahaja datang :) tapi rasa tak lama mereka di sini. Rasa nak suruh mereka tinggal lama-lama.

Oklah tak boleh tulis panjang kena masuk rumah sakit sekejap lagi.

**Inna Ma’al ‘Usri Yusra (Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan).