Sunday, March 28, 2010

I Miss Home!

Assalamualaikum wbt...

I miss home!

When I woke up this morning, I have this feeling of missing home. I miss to see my mommy, my daddy and of cause my sisters and brother.

I miss to talk to my only grandmother I have!

I miss to see my nephew Iman and the newest one Ikram:)

It has been almost 6 months since I go back to Malaysia.

Ermm..takde la lama sangat kalo nak compare dgn org yang dah setahun tak balik kan?

All in all, I miss Malaysia a lottt.

I will go back soon (^_^)

Note:

1)Lets convert this missing feeling into a lott of hardwork and study:)

2)I will write again later, insyaAllah!


Thursday, March 18, 2010

KISAS lahirkan ramai pemimpin

Bangunan istana lama, Istana Jemaah masih kekal (kiri) dan bangunan sekolah di kompleks KISAS, Jalan Kota Raja, Klang.

KETIKA ditemui pada Khamis lalu, raut wajahnya masih bersisa kepenatan. Ini kerana semalamnya merupakan hari terakhir beliau menjalani Program Latihan Khidmat Negara. 

Namun, Fatin Syahirah Mohamad Nawi 17, merupakan remaja yang paling gembira dan begitu bersyukur ke hadrat Ilahi. 

Manakan tidak apabila anak keempat dari 10 adik beradik ini tergolong antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Beliau beroleh keputusan yang sangat cemerlang iaitu pangkat A+ untuk kesemua 11 mata pelajaran yang diambil. 

"Walau sebijak mana pun seseorang pelajar itu, tetapi dia masih memerlukan bimbingan dan sokongan pihak sekolah bagi mencipta kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan," ujar Fatin Syahirah.

Beliau yang sebenarnya masih terkejut dan menganggap keputusan yang dicapai sebagai satu keajaiban.
Katanya, selain fokus atau tumpuan sepenuhnya dalam kelas, menjaga hubungan baik dengan guru adalah amat penting bagi mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.

"Saya sedih dengan keadaan semasa di mana ramai pelajar yang tidak menghormati guru seperti dilaporkan media kerana ia satu perbuatan yang begitu biadap dan derhaka.

"Saya lekas meminta maaf kepada guru sekiranya menyedari ada terkasar bahasa atau tersilap kata, kerana dalam hayat seseorang itu, guru merupakan ibu bapa kedua kita, maka wajib kita menghormati dan mentaati mereka," katanya.

Begitu sekali beliau menghormati guru yang masing-masing merupakan warga bertuah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang genap 55 tahun penubuhannya pada 8 April tahun ini.

Peranan yang boleh kita lihat pada KISAS adalah sangat luhur dan unggul di negara ini dalam menerajui legasi pendidikan Islam. Kini, sebahagian besar bekas pelajar KISAS menjadi pemimpin-pemimpin utama negara dalam pelbagai bidang.

Sama ada dalam kerajaan mahupun swasta, bekas pelajar mereka benar-benar mengukir nama di persada negara dan antarabangsa. Kesemua mereka mencorakkan negara dan mereka jugalah yang begitu banyak memberikan sumbangan terhadap bangsa dan agama. 

Ini termasuklah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang dikira antara pelopor sebagai pelajar kolej (ketika itu dikenali sebagai Kolej Islam Malaya), iaitu dari tahun 1959 hingga 1962.

Ulama terkenal, Datuk Dr. Harun Din al-Hafiz, bekas duta negara ke Mesir yang juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Pengerusi FELDA yang pernah menganggotai Kabinet, Tan Sri Dr. Yusuf Noor sehinggalah, Dr Bukhari Lubis (UPSI), Zahazan Mohamad, Idris Ahmad (PAS). Dr. Lo'lo' Mohd. Ghazali (PAS), Datuk Rosol Wahid (UMNO), Datuk Shahaniza Shamsuddin (UMNO), mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, penggiat seni, Allahyarham Zubir Ali dan Faisal Tehrani (sastera dan teater). 

Sehinggakan gambaran yang diberikan jika kita melontarkan batu tanpa mengira tempat di negara ini, batu itu pastinya mengenai bekas pelajar KISAS yang jika kita dapati masing-masing tidak sahaja memegang jawatan penting dalam pengurusan Islam negara malah dalam bidang kehakiman, perundangan, ekonomi, doktor perubatan, pensyarah sehinggalah kepada usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.

Begitu sekali KISAS yang telah melahirkan beribu-ribu bekas pelajar 'menakluk' negara ini. 

Lahirnya KISAS ini adalah dari sejarahnya yang tersendiri. 

Penubuhannya mendapat restu seluruh warga Islam tidak sahaja dari Malaysia, malah disambut gembira oleh penduduk Islam Singapura dan Brunei. 

Lebih-lebih lagi Kolej Islam Malaya dirasmikan penubuhannya dalam suatu istiadat diraja, istiadat yang dimulakan selepas solat Jumaat di tapak Istana Jemaah, Kampung Jawa oleh Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj, iaitu Sultan Selangor yang ke VI. 

Almarhum merupakan Sultan yang menjadi kesayangan rakyat atas keprihatinan tinggi baginda dalam soal pendidikan dan dakwah Islam di negara ini.

Keprihatinan tinggi itu apabila kolej ini pada asalnya merupakan sebuah istana yang kemudian diwakafkan berserta tanah yang seluas 5.78 hektar oleh baginda. 

Lantas itu KISAS juga dikenali sebagai Bumi Wakafan ekoran kemuliaan baginda untuk mewakafkan istana dan tanah itu yang diharapkan oleh baginda pada masa itu dapat melahirkan para ulama yang bertakwa. Seterusnya menerangi masyarakat negara ini dengan roh-roh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada. 

Pelajar awalnya terdiri seramai 43 orang yang datang dari seluruh pelosok Tanah Melayu, Singapura dan Brunei dengan tenaga pengajarnya ketika itu terdiri tokoh-tokoh pengajar akademik terkemuka tempatan dan dari luar negara terutamanya dari Universiti al Azhar, Mesir.

Pengambilan pelajarnya terus ditingkatkan setiap tahun khususnya dengan memberikan tawaran kepada bekas-bekas pelajar terutamanya dari Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dari seluruh negara untuk menyambung tingkatan empat dan lima di kolej. 

Pada tahun 1967, kolej ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan yang dikenali sebagai Kolej Islam Kelang (KIK). 

Diikuti pada tahun 1972, KIK mencapai taraf Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan diberi pelbagai kemudahan dan kelengkapan sekolah dan asrama para pelajar. 

Pada tahun 1989 KIK kemudiannya bertukar nama kepada Kolej Sultan Alam Shah (Kisas) oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ini bagi mengenang dan menghargai sumbangan besar ayahanda baginda dalam penubuhan kolej itu. 

Kisas terus mengukir kejayaan apabila kelulusan para pelajarnya dalam SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sering dinobatkan menjadikan Kisas antara Sekolah 10 Terbaik Negara.
Sehinggalah baru-baru ini Kisas antara 20 sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) cohort yang pertama. 

Justeru, sejarah dan perkembangan Kisas sehingga hari ini mungkin dapat dikongsi dalam suasana yang nostalgia dan ukhuwah apabila Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kisas dan Persatuan Alumni Kisas (Alkis) menganjurkan Majlis Makan Malam Perdana KISAS 2010 di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor, 20 Mac ini.

Pengarah projek, Baharom Kassim berkata, majlis tersebut dijangka dapat mengumpulkan sehingga 800 tetamu terutamanya bekas pelajar KISAS tanpa mengira tahun kemasukan.

"Majlis ini sangat bermakna lebih-lebih lagi bakal dirasmikan oleh Dr. Yusuf Noor sebagai salah seorang pelajar generasi awal Kolej Islam Malaya," katanya. 

Menurut Baharom, majlis yang julung-julung kali itu juga diadakan bagi memberitahu masyarakat mengenai Kisas dan bagaimana mereka sama-sama membantu dan menyokong sebuah institusi pendidikan Islam yang bertujuan untuk melahirkan modal-modal insan di negara ini. 

"Kami berharap dapat mengumpulkan seramai mungkin tetamu yang terdiri dari para ibu bapa, para pelajar, alumni, guru-guru dan bekas guru bagi menjadikan malam tersebut adalah malam untuk mengenang semula Kisas dan menyuntikkan semangat dan dorongan untuk mereka terus bersama Kisas," katanya. 

Walaupun tidak dapat hadir, mereka masih boleh memberi sumbangan menerusi akaun simpanan bank iaitu BIMB 12-010-01-001168-2.

Maklumat lanjut mengenai majlis ini boleh menghubungi Baharom di talian 019-3799101, Wan Abdul Rahim di talian 012-3923171 dan Azmi 013-3840710 atau melayari blog http://makanmalamperdanakisas. blogspot.com.

Tuesday, March 16, 2010

Siapa Suruh Ambil Medik?

Assalamualaikum wbt...

Malam ni saya singgah di blog saya yang ada gambar rama2 ni. Melihat komen2 baru di entri. Ada satu komen yang membuatkan mata saya yang layu ni menjadi segar dan tidak mengantuk lagi. Rasa bersemangat nak belajar bersungguh2 dan menjadi anak gadis yang gigih berusaha(^_^)

Wah2! Membinanya komen siapa tu? Mula2 baca komen ni, rasa macam entah apa2 ja komen dia, tiba2 datang blog saya dan bagi komen:

"padan muka"

Aikss...saya jemput pun tak datang ke blog saya, lagi lah pula saya paksa. Adat bertandang ke rumah orang, bagilah salam dan perkenal diri. Kalau tak suka baca hasil tulisan saya ini, saya terima dan beritahu saja perkataan mana ataupun entri mana yang buat anda terasa. Ermm..

sambalgorengikanbilismakchah said...

padan muke..sape suh amik medik sgt..belajar susah. keje lagi susah. gaji kecik..ha..amik2..

March 15, 2010 9:29 PM


Lucu pun ada nickname yang diguna. Maaf sambal goreng, kita kenal ke?

Saya reply di sini ya komen encik/cik sambal goreng.

Padan muka saya?kenapa ya kata macam tu?sebab saya ambil medik ke?

Buat pengetahuan kamu saya buat keputusan ambil medik ni sejak dari Tingkatan 5 lagi sebelum ambil SPM, di awal tahun lagi rasanya dengan dibantu oleh ahli keluarga saya yang tersayang.

Belajar susah?

Ya. Saya akui susah.

Study about the highest magnificent of Allah swt's creation which is human is very difficult.

Alhamdulillah tahun ni sudah masuk tahun ke-5 saya belajar tentang manusia, penyakit dan ubat2. Pada pendapat saya, semua bidang pun ada susah dan senangnya. Saya pernah berkongsi cerita dengan teman yang dalam bidang lain tentang perkara ini.

Semasa SPM dulu pun saya ambil Sains Agama. Susah juga saya rasa sebab saya ni tak pandai subjek2 agama dulu macam Bahasa Arab, Syariah dan Quran Sunnah. Siap masuk ICU(intensive class unit) lagi. hehe. Sebab masa tu saya rasa tak berapa minat subjek2 tersebut. Pecah rahsia! tapi sekarang saya kembali mempelajari subjek2 tersebut sebab sudah nampak kepentingannya. Alhamdulillah sudah berjaya melepasi semua itu. Alhamdulillah!

Dan sekarang saya seronok dan sangat2 bersyukur berada di bidang ini. Selain dapat jumpa pesakit, saya banyak dapat pengalaman dalam kehidupan sehari2 dan dalam menghadapi mehnah kehidupan. Pengajaran yang saya dapat sungguhlah banyak, dari sekecil2 ilmu tentang kehidupan kepada sebesar2 kebesaran Allah swt.

Kerja susah?

Pada saya tak ada la susah sangat kerja doktor ini. Cuma kena jadi tak berprikemanusiaan sedikit saja sebab nanti selamba ja nak masukkan tube ke dalam mulut atau hidung, nak belah2 badan manusia. hehe..Kena tahan tengok darah semua dan terpaksa tahan bau2 yang tak enak di bau. Seronok juga kadang2 dan mencabar jiwa raga. Saya akui tidaklah begitu selesa kalau nak dibandingkan dengan bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin dan berada di atas kerusi empuk bertemankan rakan2 pejabat. Bagi saya, ucapan dari seorang pesakit ataupun penjaga pesakit.."Terima kasih doc" dan senyuman gembira dari wajah mereka sudah cukup buat hati saya tersenyum gembira.

Gaji kecik?

Ermm..awak sudah bekerja ke?saya rasa awak bukan doktor, tapi kalau awak adalah seorang doktor sungguhlah awak terasa terpaksa berada di bidang ini. Teman2 saya sudah ramai yang bekerja. Disebabkan meraka adalah sahabat2 baik saya, saya dengan selambanya bertanyakan gaji mereka. hehe. Kakak saya juga seorang doktor, tengah MO baru selesai HO. Mengikut kata adik saya di bawah saya yang suka kacau kakak saya yang serius ni, kakak saya tak sempat2 nak guna pun gaji dia:) Bagi sayalah, besar2 atau kecil gaji tu tak menjadi masalah. sebabnya manusia ni tidak pernah puas dengan apa yang kita dapat, tapi tak salah untuk terus berusaha menjadi kaya dan memperbaiki kehidupan supaya dapat membantu semua.

Saya berkongsi sedikit pengalaman dalam blog saya ini. Apa2 yang baik bolehlah diambil jadi pengajaran, yang tak elok jangan diambil buang jauh2.

Saya manusia biasa yang masih belajar dan terus belajar. Kalau dalam perjalanan ini saya ada salah bolehlah tunjukkan dan betulkan saya.

Saya ingin menjadi seorang muslimah professional yang berguna untuk agama tak kira bidang apa pun yang saya ambil. InsyaAllah.

Saya ingin jadi anak gadis yang gigih berusaha (^_^)

Sunday, March 14, 2010

Penat Jadi Doktor !

Assalamualaikum wbt...

Sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan saya menjalani rotasi klinikal di sini. Hampir 6 bulan juga saya tak pulang ke Malaysia tercinta. Ermm..rindu juga hati nak pulang bertemu keluarga di kampung halaman tercinta. Tanggungjawab di sini masih belum selesai, insyaAllah tak lama lagi saya akan pulang.

Kalini saya nak berkongsi tentang pengalaman menjadi intern ataupun menjadi pelajar klinikal di sini. Kami di sini di panggil ko-ass, singkatan kepada co-assisstant. Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung adalah sebuah Teaching Hospital. Jadi ramai jugalah resident yang juga bekerja sambil belajar untuk buat spesialis.

Penat Jadi Doktor

Sewaktu awal2 di tahun klinikal dan sekarang pun dengar2 juga beberapa teman saya yang merungut:

"Aku rasa aku berada di bidang yang salah"...

"Tensen lah belajar ni, penat pulak. Saya rasa menyesal ambil medik ni"...

"Aku rasa tak ada life la"...

Itu adalah rungutan2 negatif yang pernah saya dengar. Ada juga respon positif dari teman2 yang semangat.

Bagi saya pula, kalau nak dibandingkan semasa di Sarjana Kedokteran, sewaktu tahun 1 hingga tahun ke-4, saya lebih suka sekarang. Kenapa?

Kalau dulu kena banyak membaca, buat Learning Issue (LI) dan hafal2 skills lab dan pada akhir setiap tahun pengajian kena ada SOCA (oral case) dan OSCE (clinical exam) untuk setahun yang kita pelajari. Theory is very important during that time!

Sekarang pula saya kena banyak praktikkan teori yang saya belajar dulu, kalau dulu setiap perkataan dalam buku OSCE kena hafal dan kalau diluahkan balik sewaktu exam, insyaAllah lulus:) tapi kini kalau hafal2 sahaja tanpa mengetahui cara melakukan sesuatu klinikal skills memang tidak berguna. Bukan sahaja kita kelihatan tidak kompeten dihadapan pesakit tapi mungkin tidak lulus rotasi yang kita lalui.

Saya suka sekarang sebab berhadapan dengan pesakit sebenar. Bertemu dengan pelbagai ragam orang dan pesakit. Berpeluang mempraktikkan komunikasi dan belajar menghadapi kehidupan di alam nyata.

"Best ke jadi doktor ni kak?"..seorang junior bertanya kepada saya.

Susah juga nak jawab, nak kata best atau tidak itu bergantung kepada definisi individu. Kalau saya kata tak penat, tipulah saya. Kalau kata banyak masa juga tipulah saya. Pada saya setiap sesuatu ada waktunya, maksudnya waktu belajar, bekerja, berehat untuk diri dan waktu ibadah semuanya ada waktu tersendiri. Semuanya bergantung kepada diri kita.

"Jadi betul ke kalau ambik medik dan jadi doktor ni tiada life?"

"Tiada life? Tak hiduplah kita. Sebab kalau sudah tiada life maksudnya sudah berada di alam lain kan?:)"

Selagi kita merancang dengan baik dan membuat sesuatu mengikut kepentingan perkara tersebut, insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan kehidupan akan terasa lebih bermakna.

Dalam bidang apa pun kita, kalau kita tidak menggunakan masa dengan baik dan merancang sesuatu dengan baik, banyaklah perkara yang akan kita ketinggalan.

Waktu sekaranglah masanya untuk kita melangkah selaju mungkin dan mengutip sebanyak mungkin ilmu. Selagi nyawa di kandung badan selagi itu kita mesti kutip sebanyak mungkin pengalaman dalam hidup.

Buatlah sesuatu dengan bersungguh2 dan jangan pernah putus asa.

Senyum selalu dan hadapi hari2 yang bakal mendatang dengan penuh semangat.

Semoga Allah swt terus melimpahkan kepada kita rezeki dan rahmat-Nya. Amin


Iman Aisyah in Paediatric Department

Saturday, March 13, 2010

Menjadi Hamba yang di Cintai-Nya

Assalamualaikum wbt...





Saya ingin kongsikan sedikit ayat2 Cinta dari Pemilik diri kita Allah swt untuk renungan kita semua teman2 dan sahabat2...

Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, jauhilah daripada banyak berprasangka,sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah pula ada daripada kamu yang mengumpat sebahagian yang lain..." (Al-Hujurat: 12)



Ketahuilah bahawa syaitan itu akan menjadikan firasat, prasangka anda sebagai jalan pertama untuk melaga-lagakan anda dengan masyarakat sekeliling!




Akhi wa ukhti fil Islam, Allah itu sangat dekat dengan kita, Tetapi kita sering lupa kepada-Nya, sedangkan Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun...

Kita hayati ayat2 di bawah ini.

"Sesiapa yang bersyukur, maka Aku akan tambahkan untuknya (nikmat), sesiapa yang kufur, ketahuilah bahawa azab-Ku adalah amat pedih." (Ibrahim:7)

"Dan ingatilah Aku, maka Aku akan mengingati kamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan jangan kamu kufur." (Al-Baqarah:152)

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan." (Al-Mukmin:60)

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberikan jalan keluar, dan memberikan nya rezeki dari arah yang dia tidak sangka..." (At-Talaq:2-3)

"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah amat dekat, Aku menjawab permintaan yang diserukan kepada-Ku, jika mereka menyeru, maka terimalah segala arahan-Ku, dan berimanlah kepada-Ku, agar mereka beroleh kemenangan." (Al-Baqarah: 186)...

Marilah kita sama2 bermuhasabah diri, dan kita berusaha untuk menjadi hamba yang di Cinta-Nya..

Mari sama2 kita bernafas dalam jiwa hamba!

Sedikit perkongsian dari saya yang masih belajar dan belajar...Sama2 kita ingat-mengingati sesama kita kerana saya sayang semua saudara2 fil Islam, akhi wa ukhti(^_~)!


1)Lelaki dan perempuan yang bukan mahram(belum nikah) naik motor berdua, itu salah, dosa..orang2 kampung saya kata tak manis..anak teruna bawak anak dara orang...tapi kalo dah nikah sweet je ( tingat Ma ngn Abah kat kampung selalu naik motor bersama..hehe)

2)Bergurau senda-cubit2 dan bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan yang belum nikah haram juga!Bukan tak boleh cakap langsung, boleh cakap, tapi tak perlulah nak cubit2, nak bergurau macam dengan kawan2 sejantina.

3)Sebagai manusia biasa kita sentiasa lupa. Jadi sahabat anda tegur anda bukan sebab bencikan anda, tapi sebab sayangkan anda(^_~)!


*Entri ini adalah entri Jun 2009 yang saya pos kembali*