Tuesday, March 19, 2013

3 Bulan





Assalamualaikum wbt,

Nur Jannah dah 3 bulan. Lebih tepat lagi kalau tengok kat sebelah ni 3 bulan 2 minggu 1 hari :) Alhamdulillah sihat dan semakin membesar. Bulan ke 3 ni saya jadi semakin expert tentang Nur Jannah dan juga parenting tapi belum lagi perfect. Masih lagi belajar.

Dalam umur 3 bulan ni Nur Jannah dah :

  • Kenal Ummi dan Abi.
  • Senyum dan ketawa ( sejak umur 3 minggu dah pandai senyum)
  • Mula nak pegang barang-barang (boleh tarik baju dan makan ;)
  • Mula nak roll over (tapi belum berjaya)
  • Responds to voices especially when we call her name.
Semoga Allah SWT permudahkan kami untuk menjaga Nur Jannah dan dapat mendidik Nur Jannah menjadi generasi yang hafal Al-Quran, Hafizah. Amin! 


Tuesday, March 5, 2013

Anakku Nur Jannah

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Harapnya sihat sentiasa dan sentiasa diberkati oleh-Nya setiap detik dalam hidup ini. Sekali lagi tentang anak. 

Nama anak saya adalah:

Nur Jannah binti Ahmad Tarmizi

Nur Jannah maksudnya Cahaya Syurga

Tak lama nak pilih nama untuk anak perempuan kami. Sebenarnya apabila sudah tahu jantina masa tu dah ada nama. Nama untuk anak lelaki pun kami sediakan. Hehe. (in case it turns out to be boy)

Tak sangka kadang-kadang dah ada anak. Kehidupan setelah ada anak pasti berubah dan Alhamdulillah banyak perubahan ke arah yang lebih baik. Kami sekarang sudah bertiga.

Kalau waktu berdua dulu main redah sahaja. Ditambah kami berdua tengah dalam permulaan kerjaya. Apabila dah ada anak yang paling ketara adalah waktu tengah hari break untuk lunch pun suami balik rumah sebab nak jumpa baby Jannah :)

Anak melatih kami berdua, iaitu saya dan suami untuk menjadi lebih sabar. Rumah kami pun sentiasa kena pastikan bersih dari habuk, maksudnya saya sentiasa menyapu rumah (nampak sangat dulu tidak. haha. maafkan saya;)

Sekarang kena lebih menjaga nilai-nilai dalam diri, sebabnya supaya menjadi teladan yang baik untuk anak. Sebenarnya dari dalam kandungan lagi kena jaga. Saya ada baca buku panduan ibu hamil, 'what we feel, what we do, what we wear  will affect our baby(pregnancy)'. Saya masih ingat masa tu saya bersantai di depan TV, sebelumnya tengok movie tapi bila rancangan muzik keluar suami cepat-cepat tutup TV katanya tak elok tengok ini nanti baby dengar. 

Kerja saya boleh dikatakan stress kalau dilalui dengan stress. Heehee. Jadi HO katakan, tapi saya tak nak baby rasa stress jadi saya setiap hari berusaha untuk santai semasa kerja. Hasilnya baby Jannah tidak stress(macamane tu?) Hehe. Lagipun saya memang rancang untuk cuti 2 minggu awal dari tarikh bersalin. 

Dah cerita pengalaman mengandung pulak kat atas. Banyak pengalaman mengandung yang best. Ada baby dalam perut sentiasa teman ke mana-mana kita pergi. Pengalaman yang sangat indah! 

InsyaAllah nanti saya ceritakan pengalaman bersalin saya yang sangat sekejap di Labour Room. Alhamdulillah proses melahirkan dipermudahkan oleh-Nya. 

ps: baby Jannah tengah tido. Baby Jannah anak yang mudah dijaga.