Sunday, July 3, 2011

Impian:)

Assalamualaikum wbt.

Setiap orang mesti ada impian dalam kehidupan. Betul kan? Impian saya dalam masa terdekat ni nak lengkapkan orang dalam gambar  kat bawah ni, saya di tengah-tengah dengan  ma dan abah kat tepi saya. Gembiranya kalau impian menjadi kenyataan. InsyaAllah awal november nanti.


Saya pernah letak gambar ni di blog, tapi nak letak lagi=)

Awal november nanti baju wisuda(graduasi) adalah baju warna yang sama, cuma yang berbeza adalah jalur di  lengan kiri akan ada 2 jalur. Cuba tengok kalau dulu hanya ada 1 jalur. Kira kalau 2 dah selesai semua agaknya. Tak sabarnya! Alhamdulillah :)

Impian yang ke 2 saya juga adalah waktu wisuda nanti akan ada orang bagi bunga yang besar. Orang yang saya sayang. Masa saya wisuda, dia dah wisuda. Jadi macam saya kena bagi dulu bunga dekat dia. Nanti masa tu baru boleh ambil gambar dengan keluarga sama-sama. InsyaAllah impian akan jadi kenyataan:)

Nanti nak beritahu ma abah, 

"ini hadiah untuk ma abah" (masa tulis ni pun dah sebak)

Nak beritahu dia juga nanti, 

"terima kasih sebab lengkapkan impian saya" (senyum:)


Saya nak gembirakan hati semua orang terutama keluarga dan orang yang sayang saya sangat. 

Terima kasih sebab ada dalam hidup saya dan bahagiakan saya, kepada orang yang saya sayang. I love you so much :)

Semoga impian kita menjadi kenyataan.

**Nota:

  • Masih di Banjar tapi happy sebab tinggal beberapa hari saja lagi. Khamis dah balik Bandung!
  • Sepatutnya tulis report tapi sebab tertengok gambar masa wisuda Sarjana Kedokteran berangan sekejap untuk wisuda nanti.
  • Saya ada dua hadiah untuk ma abah sebenarnya! =)

8 comments:

Panglima Hikayat said...

Wisuda itu dipendekkan daripada perkataan apa ya?

Iman Aisyah said...

wisuda tu memang root word dah. rasa tak dipendekkan dari perkataan lain dah. sudah bercampur dgn bahasa di sini BM :)

tarmizi said...

wah.. berbunga-bunga..... like.

bintang27 said...

bila nak balik m'sia

nurira ~* said...

kak tasha...ada bau2 nasik minyak doh ni...hehe :D
wisuda november ni eh? fi sedang bergelut wi dey grad disember ni huhu.. (ktorg takde magangg..)

btw, hopefully dpt gi kenduri akk nanti ;) psstt ore klate ko ore mano tu kak? ;P hehee

Sakinah Omar said...

dah on cloud 9 ni..
bila nak perkenalkan 'orang tersayang'?

Iman Aisyah said...

tarmizi,

Terima kasih :) dekat sebulan baru nk reply.

bintang27,

insyaAllah 3 bulan lagi di sini. doakan semoga dipermudah semuanya.

Iman Aisyah said...

nurira/fir,

InsyaAllah nov wisuda. bolehnye! semangat:)

InsyaAllah boleh sgt mesti kak jemput nnt. heee. ore mesia yg pastinye =)

Ummi Sakinah,

Cloud 9 sebab ummi tgk layout blog Tasha ke?mmg dh lama dh ummi. InsyaAllah ada rezeki boleh kita jumpa sama-sama. mmg bila balik for good salah satu agenda jumpa ummi :)