Monday, July 14, 2014

study

salam,
dah lama tak menulis di blog. haha. rasa pelik pon ada sebab selalunya menulis dlm bht atau pun kalau rajin buat nota (sangat jarang sebab selalu berebut dgn Jannah).

tgh study sebab esok ada exam. haha. sudah mengantuk jadi jenguk ke blog yang sangat lama ditinggalkan. saya masih suka menulis cuma masa sangat diperlukan untuk bersama keluarga dan hal yang lebih penting.

insyaAllah selepas ini akan/mungkin lebih ada masa. insyaAllah. akan menulis lebih kerap supaya nanti anak-anak boleh baca bila dah besar catatan ummi dia sewaktu sekarang. 

alhamdulillah dapat cuti 9 hari dalam bulan puasa ini. 

oklah doakan saya berjaya esok dan seterusnya. amin!

Monday, February 17, 2014

updating life

Lilypie Second Birthday tickers
  • The last time I wrote was, Nur Jannah still 3 month old. Now Nur Jannah already 1 year old ++
  • Life is busy. Full with ups and downs. 
  • Work: I am still a houseman. Finishing soon. InsyaAllah. 
  • Can't wait for another month to go because I'll work at 8am :) 1 hour difference mean a lot to me, my husband and Jannah.

Tuesday, March 19, 2013

3 Bulan





Assalamualaikum wbt,

Nur Jannah dah 3 bulan. Lebih tepat lagi kalau tengok kat sebelah ni 3 bulan 2 minggu 1 hari :) Alhamdulillah sihat dan semakin membesar. Bulan ke 3 ni saya jadi semakin expert tentang Nur Jannah dan juga parenting tapi belum lagi perfect. Masih lagi belajar.

Dalam umur 3 bulan ni Nur Jannah dah :

  • Kenal Ummi dan Abi.
  • Senyum dan ketawa ( sejak umur 3 minggu dah pandai senyum)
  • Mula nak pegang barang-barang (boleh tarik baju dan makan ;)
  • Mula nak roll over (tapi belum berjaya)
  • Responds to voices especially when we call her name.
Semoga Allah SWT permudahkan kami untuk menjaga Nur Jannah dan dapat mendidik Nur Jannah menjadi generasi yang hafal Al-Quran, Hafizah. Amin! 


Tuesday, March 5, 2013

Anakku Nur Jannah

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Harapnya sihat sentiasa dan sentiasa diberkati oleh-Nya setiap detik dalam hidup ini. Sekali lagi tentang anak. 

Nama anak saya adalah:

Nur Jannah binti Ahmad Tarmizi

Nur Jannah maksudnya Cahaya Syurga

Tak lama nak pilih nama untuk anak perempuan kami. Sebenarnya apabila sudah tahu jantina masa tu dah ada nama. Nama untuk anak lelaki pun kami sediakan. Hehe. (in case it turns out to be boy)

Tak sangka kadang-kadang dah ada anak. Kehidupan setelah ada anak pasti berubah dan Alhamdulillah banyak perubahan ke arah yang lebih baik. Kami sekarang sudah bertiga.

Kalau waktu berdua dulu main redah sahaja. Ditambah kami berdua tengah dalam permulaan kerjaya. Apabila dah ada anak yang paling ketara adalah waktu tengah hari break untuk lunch pun suami balik rumah sebab nak jumpa baby Jannah :)

Anak melatih kami berdua, iaitu saya dan suami untuk menjadi lebih sabar. Rumah kami pun sentiasa kena pastikan bersih dari habuk, maksudnya saya sentiasa menyapu rumah (nampak sangat dulu tidak. haha. maafkan saya;)

Sekarang kena lebih menjaga nilai-nilai dalam diri, sebabnya supaya menjadi teladan yang baik untuk anak. Sebenarnya dari dalam kandungan lagi kena jaga. Saya ada baca buku panduan ibu hamil, 'what we feel, what we do, what we wear  will affect our baby(pregnancy)'. Saya masih ingat masa tu saya bersantai di depan TV, sebelumnya tengok movie tapi bila rancangan muzik keluar suami cepat-cepat tutup TV katanya tak elok tengok ini nanti baby dengar. 

Kerja saya boleh dikatakan stress kalau dilalui dengan stress. Heehee. Jadi HO katakan, tapi saya tak nak baby rasa stress jadi saya setiap hari berusaha untuk santai semasa kerja. Hasilnya baby Jannah tidak stress(macamane tu?) Hehe. Lagipun saya memang rancang untuk cuti 2 minggu awal dari tarikh bersalin. 

Dah cerita pengalaman mengandung pulak kat atas. Banyak pengalaman mengandung yang best. Ada baby dalam perut sentiasa teman ke mana-mana kita pergi. Pengalaman yang sangat indah! 

InsyaAllah nanti saya ceritakan pengalaman bersalin saya yang sangat sekejap di Labour Room. Alhamdulillah proses melahirkan dipermudahkan oleh-Nya. 

ps: baby Jannah tengah tido. Baby Jannah anak yang mudah dijaga.


Monday, February 25, 2013

Lovely Daughter :)

Alhamdulillah I have safely delivered a lovely and adorable baby girl. She was born on the 4th of December 2012 (041212), 20 Muharam 1434, tuesday at 9.23 am via normal spontaneous vaginal/vertex delivery (SVD). She weighed 3.2 kg. Her length was 47 cm and her head circumference was 34 cm.


at 1 hour of life




Alhamdulillah the delivery process was very short and smooth because I arrived at the hospital with already 9 cm opening :) No show and no waterbroke before that. As I wished no man except my husband will involve in my delivery process. Allah SWT granted my wish. Alhamdulillah. 


She is now 84 days of life/ 2 months plus

I am very passionate about my baby and breastfeeding. Insya Allah I will breastfeed her exclusively for 6 months and fully breastfeeding up to 2 years old. Pray that I can do this! :)