Tuesday, December 13, 2011

Kerja

Assalamualaikum wbt,

Lama saya tak update secara panjang, kalau perasan sebelum ni terutama entri yang ada gambar dan pendek sahaja pada tarikh tertentu sahaja. Tarikh yang saya nak ingat pada masa depan. Dah lama tak update tetiba tajuk "kerja" pula harini. Saya belum kerja lagi tapi insyaAllah hari Ahad atau Isnin dah bermula alam pekerjaan. Banyak saya nak kongsikan kat sini tapi saya cerita secara ringkas saja sebabnya harini saya kena hadiri kursus induksi.

Balik
Saya balik Malaysia pada 10 November dengan tiket free sampai ke Kelantan ( sengaja nak beritahu balik dengan tiket free sebab seronok sangat dapat free disponsor oleh pakcik jpa hehe) Terima kasih sangat kepada pakcik jpa. Memang banyak perkara dapat kelebihan kalau ada biasiswa jpa, anda akan diutamakan lebih-lebih lagi tentang kerja cepat yang saya dapat ni. Kembali kepada cerita balik ni, saya balik selama 10 hari saja sebabnya saya kena ke Bandung semula untuk majlis konvokesyen. Saya ke Bandung semula pada 21 November - 30 November. Lama kan? Sampai saya demam dan baik demam saya berada kat Bandung. Saya ke Bandung dengan abah, alang dan sepupu. Lama sebab adik saya pun ada kat sana lagi. 
Selama saya balik 10 hari tu, Alhamdulillah satu kerja dah selesai. Satu langkah baru sebelum membina keluarga besar :)

Sebelum Kerja
Balik saja dari Bandung, 1 Disember saya terus ke MMC, KKM, JPA dan SPA. Saya senaraikan tempat yang saya pergi mengikut urutan. Nanti saya akan cerita lagi supaya senang junior saya terutama dari Bandung untuk buat panduan dan dapat gambaran. Saya memang sengaja nak setelkan sebelum saya balik ke Kelantan. Jauh nak datang balik nanti. Tempat terakhir yang saya pergi iaitu SPA, yang uruskan penempatan saya dah dapat surat perlantikan. Pegawai yang bagi surat kepada saya ucapkan "Selamat berhousemenship". Waktu itu tak ada perasaan langsung sebab penat baru balik dari Bandung. Saya ada tanya dia bila induksi, dia kata minggu kedua bulan 12. Memang betul kata pegawai tersebut.

Interview
Interview SPA saya di Bandung pada 13 Oktober. Pegawai SPA dari Malaysia datang untuk interview semua pelajar dibawah biasiswa jpa. Seronok kan? Mereka yang datang cari kita dan interview. Jadi untuk adik-adik yang masih belajar di sekolah menengah. Belajar all out dan betul-betul biar dapat biasiswa. Banyak kelebihan yang kita dapat. Kalau saya memang tak mampu untuk belajar sendiri dengan duit dari keluarga. Yuran untuk buat medik memang mahallah jugak. Saya masih ingat dengan jelas 2 soalan pegawai yang tanya masa interview, nanti nak buat specialist apa dan dah ada calon ke belum? Masa tu saya hari kedua interview jadi saya dah tahu 'soalan bocor' tersebut. Memang dah buat persediaan awal. Hehe.

Tawaran
Saya ingat lagi, jumaat lepas 9 Disember. Waktu itu saya tengah potong sayur untuk buat ulam nasi kerabu. Saya baru sahaja guna telefon waktu itu, jadi terus saya letak tepi saya masa nak potong sayur. Jadi masa telefon berbunyi dan nombor pegawai induksi keluar terus angkat. Nombor dia banyak nombor 8, jadi memang saya dah agak itu dari pegawai untuk induksi. Hehe. Iyelah nombor dari Putrajaya memang banyak nombor 8. Hari jumaat lepas ada kenduri untuk anak Along saya yang baru lahir, jadi rumah agak riuh sedikit sampaikan Cik Betty pegawai bahagian induksi tanya bisingnya bunyi suara kanak-kanak. Saya ada 3 orang anak saudara sekarang mana tak riuh.

Cik Betty tanya, nak induksi tak? Macam tanya nak pergi bercuti sahaja. Dia memang kata last minute tapi saya offer untuk beberapa orang juga kawan-kawan saya. Saya pun kata ok, tapi waktu saya baca surat tawaran induksi, dalam surat ada tertulis yang kalau nak tangguh kena ada sebab yang kukuh. Saya memang tak ada sebab nak tangguh pun. Seronok dapat. Memang dah rasa dah akan dapat pada minggu tersebut. Saya suka ikut rasa hati. Hehe. Banyak yang betul sebelumni. Memang sudah perancangan dari Dia.

Induksi
InsyaAllah harini 13-16 Disember saya akan ikut induksi. Kalau dah habis induksi selalunya hari Ahad atau Isnin berikutnya akan mula kerja. Hohoho. Kerja sebagai HO. Seram tak? Layan sajalah. Hehe

Bersedia?
Beberapa orang tanya dah bersedia ke nak kerja? Ermmmmm...kalau nak tunggu bersedia sampai bila-bila tak bersedia. Betul kan? Jadi saya mengambil keputusan untuk menyediakan diri saya, kalau nak tunggu mesti sudah terlambat. Betul tak? Saya berharap saya sihat dan tidak malas untuk belajar lagi. Semalam saya pergi kedai buku Kamal yang seberang Hospital Kuala Lumpur. Saya beli handbook. Sudah boleh guna handbook. Sebelum ni Dr. Nadia marah saya guna handbook. Hehe. Peace along :) Waktu nak balik terserempak dengan junior UKM-UNPAD twinning. Diorang buat klinikal di HUKM, tempat yang saya suka juga.

Petang masa nak balik dah, tetiba dapat call dari Nurul. yey! Jumpa Nurul di KLCC. Nurul ni deskmate masa kelas 4/3 dan 5/7 di kisas dulu. Sahabat baik juga. Banyak cerita kami kalau dah jumpa, Nurul memang stay cute walaupun dah sarat mengandung anak ke-2. Nurul agak cepat dah nak masuk anak ke-2. Nampak perbezaan yang kami cerita berbanding zaman sekolah. Iyalah, sekarang Nurul kongsikan tentang kehidupan berkeluarga dan pengalaman jadi ibu. Nurul belanja sebab saya tahu saya belum kerja lagi pula Nurul offer awal-awal. Lepasni Tasha pulak belanja Nurul sebab Tasha dah kerja. Oh ya, Nurul ni dari Perak (tetiba lagi.hehe)

Panjang saya tulis kalini dan saya tak tahu bila lagi dapat tulis panjang, tapi saya akan terus menulis. InsyaAllah. Sehingga kita jumpa lagi. Doakan saya masuk alam baru ni.

ps: Saya pernah plan untuk kerja pada tahun ini dan Alhamdulillah, Allah swt kabulkan impian saya. Saya ni memang banyak dreams. Dah banyak tercapai. Saya jugak suka berangan. hahaha!

No comments: