Tuesday, August 31, 2010

31 Ogos 2010


Assalamualaikum wbt dan Salam Ceria

Ermm..Rasanya dah lama saya tidak menulis panjang di blog ini. Cuma menukar layout blog dan hasilnya semua bloglist kesayangan saya hilang='( Nak tambah balik tapi tak buat lagi. Aktiviti berjalan ke blog kawan2 yang best berkurang. Harini update sedikit sahaja sebab tiada cerita menarik dan seronok untuk dikongsi, kalau ada pun cerita yang tak best. Saya tak nak kongsi perkara tak best.

Cantik tak suasana baru di blog saya ni? Sudah mendapat pencerahan. hehe. Bak kata seorang kawan. Kalau sebelumnya hijau+hitam. Nanti ada masa saya hias lagi blog ini. Semoga semangat menulis terus ada. Insya Allah plan nak update tiap-tiap hari. Macamlah banyak masa saya ada. Banyak masa tapi saya yang tak susun betul2. Entri2 sebelum ini pun entri yang menggambarkan nak cepat.

Oh ya, harini 31 Ogos 2010. Cepat2 hari ulang tahun siapa? Harini hari kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Wah dah tua Malaysia kita! Alhamdulillah. Semoga Malaysiaku tercinta sentiasa dicucuri rahmatNya. Amin. Rinduu dengan Malaysia.

Abah suruh berhati2 sebab abah baca di berita tentang isu di sini. Saya beritahu abah tak ada apa2 di Bandung. Semuanya tenang saja abah. Tak suka isu yang tak perlu dibangkitkan, dibangkitkan dan menyebabkan ada pihak yang akan bertikam lidah dan tidak menampakkan apa2 faedah.

Kalau di rumah mesti sudah bergotong-royong membersihkan rumah dan juga halaman rumah! Rinduu lagi dengan kerenah dan telatah keluarga. Mesti nak imbau kenangan lalu="(

**Tak tau tajuk apa jadi saya letak date harini ye=)

**Nota saya:

1) Sekarang masih di OBGYN dan minggu ni rotasi di Rumah Sakit Daerah Cibabat. Saya belum lagi ke sana sebab semalam dan harini MC sebab flu & fever. Sian nanti baby dan ibu kena infection.

2) Sudah kemas semua buku, bilik, almari. Semangat dah!=)

3) Sudah 21 Ramadhan! Cepatnya masa berlalu.

4) Tadi Along dan Toy call! Banyak perkara sudah diberitahu dan disembang:) Terima kasih kakakku dan sahabat baikku. Sayang anda!

4 comments:

Muhammad Yasir said...

Hehe pencerahan. Update la jugak isu BENDERA di sana, isu terpencil atau mmg ramai org Indon menggelabah? Supaya kita di sini tak termakan fitnah media.

ummujannah said...

Encik Panglima Hikayat:

Pencerahan. ayat kamu tuh=)InsyaAllah nnt saya cuba menulis, tapi tak sepintar kamu mau menulis ayat2 yang power dan isu2 yang canggih. blog picisan je ni:D Banyak isu disini, dari "sweeping" kepada bapak kedutaan kita dilempar "sh*t". koran di sini juga tak kurang hebat encik panglima.

p/s:ingat siapalah tadi Panglima Hikayat ni. rupa2nya kamu ya:)ahaks. kecik dunia.Terima kasih lawat blog ini.

Muhammad Yasir said...

Koran itu Akhbar kan?

Ya kecik dunia. Terima kaseh jugak add di fb ;)

ummujannah said...

Ya betul koran itu adalah suratkhabar. dah terbiasa pulak dgn bahasa kat sini:)

Welcome juga! sudah menjadi follower blog Encik Panglima Hikayat;)