Sunday, August 8, 2010

HARI AHAD

Assalamualaikum wbt

Harini adalah hari ahad yang ditunggu2. Gembira sebab harini tiba jua. Apa yang spesial harini? Mungkin biasa2 saja bagi orang lain. Bagi saya harini saya sangat gembira sebab banyak yang saya dapat buat dan merancang untuk buat. Seminggu minggu lepas saya bertugas di Rumah Sakit Bersalin Astana Anyar, jauh sedikit dari Rumah Sakit Hassan Sadikin tempat biasa. Mungkin rasa jauh sebab ini kali pertama kena bertugas jauh sedikit ataupun dipanggil rumah sakit jejaring, padahal perjalanan ke sana kalau naik kereta lebih kurang 15 minit saja. iskh..iskh.. nanti kalau dah kerja betul2 kat Malaysia ada ke hospital sebelah rumah? Nampak sangat suka balik rumah=) Ada ke orang tak suka pulang ke rumah? Sorry banyak pula soalan saya.


Semalam saya oncall sebenarnya. Seronok sebab banyak yang dapat lihat dan buat. Saya dapat lihat Caesarian Section (C-section). Seram dan seram rasanya bila tengok doktor yang pegang pisau dan dengan selambanya potong kulit perut seorang ibu tersebut. Seperti biasa berakhir dengan kegembiraan apabila selamat keluar seorang bayi yang sihat. Alhamdulillah. Petang semalam juga saya lihat Dilation & Curettage (D&C) procedure. D&C adalah prosedur untuk mengeluarkan janin yang keguguran. Saya tengok sambil tutup mata sebab tak sanggup tengok muka seorang ibu tersebut yang menahan kesakitan masa doktor tengah scraping uterus ibu tersebut. Tak sanggup nak tengok lagi dan saya tak tengok sampai habis pun. Oh ya, saya juga dah sambut bayi dan placenta (uri), tapi saya belum menyulam ibu kerana saya tak sanggup tengok ibu tersebut sakit. Nurse menyulam ibu tersebut dan saya tenangkan ibu. Banyak pengalaman di Astana Anyar yang saya dapat. Nanti saya ceritakan lagi ya!

Kembali kepada harini. Saya gembira kalau saya dapat buat banyak perkara dan banyak yang saya siapkan. Contohnya, pagi2 saya selesai tugas di Astana Anyar iaitu jam 6 am terus saya naik angkut dan pulang. Berhenti di ATM CIMB-syariah nak keluarkan duit, tapi tak dapat. Teruskan perjalanan ke PVJ dan saya sorang2 jalan2 sebab PVJ belum bukak. Terus ke ATM dan keluarkan duit berjuta2 banyaknya. Harini nak bayar sewa rumah. Naik angkut singgah di Pasar Sederhana dan beli barang2 yang nak dimasak. Balik rumah kemas2 rumah (bilik saya=) dan dapur. Blender halia dan bawang putih, lepastu perap ayam. Sekarang tunggu adik saya datang sambil tulis entri ni (^_^)

Gembira bila dengar suara ma, abah yang gembira sambil bercerita mengenai konvokesyen adik saya Nabila. Tahniah Nabila. Maaf tak dapat nak join.

Ma saya kata,

"Lepas ni tunggu adik ja lah yang konvo"

Saya sudah aneh dan berkata dalam hati,

"Masih ada saya dan adik lelaki yang akan selesai belajar sebelum adik bongsu"

Seketika ma berkata,

"Nanti angah dapat datanglah konvo adik kat m'sia nanti, satu2nya anak ma yang akan konvo di m'sia"

kata ma saya merujuk kepada saya dan adik lelaki saya yang akan konvo di bumi seberang.

InsyaAllah, saya akan menghadiahkan kejayaan buat ma dan abah.

Betul ke adik nanti konvo kat m'sia^_^ Adik baru tingkatan 4. Semoga adik dapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Hanya Dia yang tahu hari depan dan perkara2 yang masih belum berlaku.

Setakat ini dulu. Nanti saya menulis lagi.

Selamat bercuti! Senyum sokmo^_^


2 comments:

Unknown said...

ah...hari yg busy...tahniah juga ya ;D
Saya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)

ummujannah said...

Hari yang penuh dengan aktiviti.
Tahniah utk baby yang disambut ke:D

InsyaAllah saya akan lawat blog..