Thursday, October 27, 2011

Tinggal 3 Hari

Assalamualaikum wbt, 

Awal bulan haritu saya ada tulis entri: Tinggal 3 Minggu

Cepat masa berlalu. Sebenarnya tak sampai 3 hari dah, sengaja saya tulis 3 hari lagi. Kalau nak kira tinggal sehari lagi sebabnya sekarang dah masuk 27 Oktober, magang akan tamat riwayatnya pada 28 Oktober. 

Yey! Seronok rasa fikir dah nak selesai magang. Logbook (buku magang selama 6 bulan) dah setel. Tinggal tandatangan supervisor saja yang belum.

Alhamdulillah :) Lega rasa nak sampai ke penghujung dan memulakan sesuatu yang baru nanti. Walaupun dalam hati ada juga rasa berdebar fikir tentang alam kerja. 

Tinggal Khamis, Jumaat dan Sabtu akan wisuda (eh bukan saya yang wisuda).

ps:
  • Entri kat bawah saya lupa nak tulis tajuk, biarlah ok juga macamtu. Hehe. Senang kat update keluar terus.
  • Weekend wisuda(graduation).
  • Banyak nak buat terutamanya perkara yang tak boleh buat sebab masa tak mengizinkan sewaktu magang. Jom guna masa yang berbaki kat sini sebaiknya. Mungkin saya akan rindu negara ini? Mungkinkah? 
  • Nanti boleh tukar description kat profile, bukan lagi final year :)


6 comments:

Rafahiah Haron said...

bestnya bestnya! doakan perjalanan kitorang pun selancar kak Tasha k, hee :) Next year saya pulak buat post mcm kak Tasha ni, hihi, amin :D

ummujannah said...

Yah, InsyaAllah your time will come soon:)

"Ya Allah permudahkan perjalanan Yah & Naqi dalam menuntut ilmu, semoga berjaya dunia dan akhirat, amin."

Buat tau next year! Nanti anak-anak awak boleh baca perjalanan mak ayah dia kat sini. Hehe.

Good Luck!

Hawa Azman said...

tasha. aku baru free ni jenguk blog yang telah lama ditinggalkan. anyway, baca entry2 yang sebelum2 ni macam ada something je. ehe. what happend dear?

zul hassan said...

esok buat plak ;agi 3 jam hehehe...
mai la balik malaysia kit amat memerlukan doc seperti kamu :)

ummujannah said...

Hawa,

Something had happened but I already forget them. Focus on more positive things:)

Ehehe. Biasalah kisah emosi remaja ni. Nanti balik mesia nak cite kat Ummi Ayham.

Cantik layout blog baru!

ummujannah said...

Fz27,

Adoi tak sempatlah nak buat Tinggal 3 Jam. Hehe.

InsyaAllah saya pasti akan balik ke mesia tercinta.