Saturday, October 29, 2011

Jumaat : 28 Oktober 2011


Assalamualaikum wbt, 

Tarikh yang saya nak letak dalam ✿moments to remember✿ : 


1. Hari terakhir magang setelah 6 bulan. Hari teakhir jadi final year medical student. Perasaan sangat lega dan rasa nak tersenyum sampai ke telinga. Alhamdulillah :)

2. Hari pertama jumpa family kawan :) (cerita yang ni nanti kemudian-kemudian kita cerita, nanti waktunya akan tiba. InsyaAllah). Sangat senang hati dan lega. Gembira. Senyum sampai telinga juga. Alhamdulillah :)


ps:
  • saya suka berangan, sejak dari sekolah rendah lagi rasanya. dan semalam saya teringat apa yang seorang sahabat baik cakap, "berangan, kalau kita fikirkan betul-betul boleh dianggap sebagai doa".
  • banyak nak cerita, tapi entri kalini biar pendek dulu. mungkin isnin nanti baru mula kerja baru, full time blogger :) weekend yang penuh!
  • harini ada majlis graduasi di ITB. seronok nak pergi! 
  • banyak dah Allah swt tunaikan 'angan-angan' saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah:)

Thursday, October 27, 2011

Tinggal 3 Hari

Assalamualaikum wbt, 

Awal bulan haritu saya ada tulis entri: Tinggal 3 Minggu

Cepat masa berlalu. Sebenarnya tak sampai 3 hari dah, sengaja saya tulis 3 hari lagi. Kalau nak kira tinggal sehari lagi sebabnya sekarang dah masuk 27 Oktober, magang akan tamat riwayatnya pada 28 Oktober. 

Yey! Seronok rasa fikir dah nak selesai magang. Logbook (buku magang selama 6 bulan) dah setel. Tinggal tandatangan supervisor saja yang belum.

Alhamdulillah :) Lega rasa nak sampai ke penghujung dan memulakan sesuatu yang baru nanti. Walaupun dalam hati ada juga rasa berdebar fikir tentang alam kerja. 

Tinggal Khamis, Jumaat dan Sabtu akan wisuda (eh bukan saya yang wisuda).

ps:
  • Entri kat bawah saya lupa nak tulis tajuk, biarlah ok juga macamtu. Hehe. Senang kat update keluar terus.
  • Weekend wisuda(graduation).
  • Banyak nak buat terutamanya perkara yang tak boleh buat sebab masa tak mengizinkan sewaktu magang. Jom guna masa yang berbaki kat sini sebaiknya. Mungkin saya akan rindu negara ini? Mungkinkah? 
  • Nanti boleh tukar description kat profile, bukan lagi final year :)


Assalamualaikum wbt, 

Regarding my previous entry, 


That's all.

Oh one more thing I want to warn you (the other person who met my sibling), 


Lay a finger means 'any discomfort'.

That's all. No more entry about this.



ps: kau mampu membuat aku tersenyum jadi tak ada sebab untuk aku terus bersama orang-orang yang buat aku menangis -___-

Tuesday, October 25, 2011

Luahan Hati

Assalamualaikum wbt, 

Tidak perlu berdebat tentang perkara tersebut lagi. Betul. Tidak semua perkara perlu dibahas. Tidak semua perkara dalam dunia ini boleh diungkapkan dengan kata-kata. Saya rasa sudah cukup setakat ini sahaja. Selama ini sudah banyak yang saya telan sahaja. Sudah tiba masanya untuk saya katakan cukup. Cukup setakat ini sahaja. Jangan suka menanam tebu di pinggir bibir. Sayang bukan boleh diucapkan dengan kata-kata. Saya masih ingat dengan jelas, "saya sayang awak macam saya sayang keluarga saya". Betul ke? Hanya pada kata-kata sahaja saya rasakan.

Cukup setakat ini sahaja. Saya tidak akan call atau message lagi. Apa lagi memberitahu atau menyebabkan tahu. Saya tahu saya banyak kekurangan. Sangat banyak. Saya insan lemah. Saya manusia yang banyak buat salah, tapi siapa yang tidak mahu menjadi baik? Baik itu fitrah. 

Sometimes things are  better left unsaid  

Bye bye friend

Sorry 

Monday, October 24, 2011

Finally



Final week.

Alhamdulillah :)

ps: minggu ni sgt bersemangat nak pergi ke Rumah Sakit Cibabat.

ps lagi: minggu terakhir tak boleh malas-malas. Selamat Hari Isnin! 

Saturday, October 22, 2011

Please Dont Judge!


‎''Before you accuse me, take a look at yourself'' ~Eric Clapton

No one enjoys beings judged. 

At least, I cannot think of anyone that enjoys being judged.
Sadly though, there is a whole lot of judging others going on in our day-to-day lives!


To avoid judging,we should reflect on times when we act judgmental.
Learn, grow and reflect on what might be going on inside of you when you form judgments.
Look at all the known facts in a situation.


Be compassionate to ALL living creatures.


Be sensitive to what others might be going through.


Lastly,encourage yourself to accept others as they are.YOU are not at any place to attempt to change anyone....When you find yourself forming an opinion about someone or their actions, take a moment to think of what might be going on in their life instead of JUDGING :)

Source: Wisdom Quotes

ps: mulut orang tak boleh nak sekat.


GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK, TAPI KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK. 

Wednesday, October 19, 2011

Lambat (sekolah ke universitas)

"Bila nak kawen?"

"Bila nak abes belajar?" 

Soalan biasa dan kalau nak hitung dengan jari campur tangan dan jari kaki tak cukup dah. Lebih dari beratus kali dah. Biasalah, kalau dah selesai satu perkara mungkin akan ditanya pula bila perkara selanjutnya. 

Saya suka saja orang tanya soalan di atas, sebab lepas diorang tanya boleh minta mereka doakan saya dipermudahkan dan dipercepatkan. Ada peluang untuk minta orang yang tanya doa. Kembali kepada tajuk lambat. Sebenarnya saya nak cerita tentang kisah sepanjang saya menjadi pelajar dari sekolah rendah sampailah tak sampai 2 minggu lagi nak bersara dari bergelar pelajar. Nama sahaja bersara tapi belajar tetap tak boleh berhenti. Betul kan?

Pernah ada seorang kawan yang dah lama tak bertemu tanpa bertanya terlebih dahulu tiba-tiba berkata, 

"tak apa Sha, saya dulu pun extend belajar" 

"erkkkk...." dalam hati sajalah saya terkejut. 

Kawan lama saya tersebut membuatkan kesimpulan awal yang saya extend belajar sebab itulah saya masih belum menamatkan zaman belajar. Saya pun dengan senyuman lebar, 

"Alhamdulillah, setakat ini masih belum kena perpanjang masa belajar (extend)"


Sekolah Rendah
Saya tak masuk Tadika, terus masuk Darjah 1. Namanya Darjah 1 tumpang, masa saya umur 6 tahun. Setahun saya belajar secara tidak formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temangan. Saya memang tak ingat langsung nama kawan-kawan sekelas saya dulu. Setahun belajar di sana dan selepas itu pindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Hamzah 1, kalini secara formal saya masuk sekolah Darjah 1 sehingga Darjah 6. Masih ada kawan-kawan dari sekolah rendah yang masih "keep in touch", takpun baru berjumpa semula masa di matrikulasi. Saya suka sekolah, saya pun tak tahu kenapa saya suka sangat ke sekolah zaman sekolah rendah dulu. Saya pernah ingat rasanya kalau tak dapat A dalam matapelajaran  atau nombor 1 mesti akan sedih atau menangis.

Sekolah Menengah
Bermulalah episod bertukar sekolah dan episod saya merantau jauh. Masa Darjah 6 saya masih ingat dengan jelas waktu itu ada tawaran di sekolah saya untuk masuk ke KYSM (Kolej Yayasan Saad, Melaka). Waktu itu ada beberapa peringkat saringan untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari ujian bertulis di Sekolah Rendah Zainab, Kota Bharu sehinggalah pergi ke KYSM untuk pemilihan. Ingat lagi waktu itu Abah yang bawa pergi Kota Bharu untuk ujian tersebut. Dipendekkan cerita, akhirnya saya terpilih. Satu-satunya dari sekolah saya dan satu-satunya budak dari Machang terpilih ke sana. Semua orang gembira, dekat dengan Negeri Sembilan kampung Abah. Masa tu ingat lagi, satu keluarga pergi hantar saya ke sana, abah, ma, along, ila, eji dan adik, arwah atuk, arwah nenek dan juga arwah mamak. Dipendekkan cerita saya hanya bertahan selama seminggu di sana. Hehe. Homesick dan dengan alasan saya nak ke TKC (Tunku Kurshiah College).

Waktu itu sesiapa yang dapat KYSM masih boleh dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang lain. Saya tak pergi ke TKC sebabnya takut nanti masih homesick. Hehe. Nak tergelak pun ada bila teringat dulu. Kembali saya ke Machang, bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah dekat rumah.

Selepas PMR, saya dapat tawaran ke KISAS pula. Waktu itu hati memang tawar nak ke kisas sebabnya masa Along bersekolah kat sana, sekolah itu sangat buruk. Dalam hati teringin nak pergi MRSM, tetapi rezeki dan jodoh sudah di kisas. Dengan berat hati saya tetap di sana untuk Tingkatan 4 dan 5. Siapa sangka saya jatuh hati dengan kisas. Semuanya saya jatuh hati. Dari guru kepada tempat belajar dan juga kisah belajar bersugguh-sungguh memang saya tak akan lupa. Alhamdulillah memang pengalaman manis sekolah di sana. Banyak perkara saya belajar dan banyak perkara yang saya baru tahu dari sana.

Selepas SPM
Selepas SPM, saya sempat masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah selama 2 bulan. Waktu itu memang tahu tak akan lama di sana. Sambil tunggu keputusan dari interview JPA. Harapan saya tinggi iaitu semoga dapat pergi ke UK atau negara orang putih buat medik. Akhirnya sampul surat pos laju yang tiba di rumah yang isi di dalamnya ada tawaran biasiswa JPA untuk jurusan Perubatan. Alhamdulillah. Lain yang saya sangka, lain pula yang saya dapat. Tawaran ke Indonesia. Tawaran tersebut bersyarat, iaitu saya harus membuat A-Level, di Kolej Teknologi Timur, Sepang selama 2 tahun. Sudahlah pertama kali mendengar nama kolej tersebut ditambah lagi dengan dapat tawaran Indonesia. 

Pernah terjadi suatu episod saya buat keputusan menolak tawaran biasiswa tersebut hanya kerana negara yang saya dapat. Sudah tercatat rezeki saya di Indonesia, dengan hati yang biasa-biasa saya melangkah ke KTT untuk membuat persediaan selama 2 tahun. Kiranya waktu itu tahun 2003 sehingga 2005.

Setelah selesai 2 tahun, kena dapatkan keputusan yang baik untuk A-Level supaya dapat teruskan biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan biasiswa saya. 

Fly ke Bandung
Pada 22 Ogos 2005 terbanglah saya bersama 40 orang pelajar-pelajar biasiswa JPA. Waktu itu 20 orang dihantar ke Universitas Gajah Mada, Jogjakarta dan 20 orang lagi ke Universitas Padjadjaran, Bandung. Masih ingat lagi waktu itu ramai yang nak ke UGM sebab jurusan perubatan di sana 5 tahun tetapi di UNPAD 6 tahun. Memang dah buat kira-kira akan habis bila jadi semua orang pakat nak pergi yang 5 tahun.

Saya "terpilih" untuk datang ke UNPAD yang jurusan perubatannya adalah 6 tahun. 

Tahun pertama sampailah ke tahun ke 6 saya di Bandung. Alhamdulillah saya masih hidup :) Hehe.

Itulah cerita saya kenapa saya lambat sedikit berbanding kawan sebaya yang sudah beberapa tahun kerja dan juga yang sudah ada anak-anak(ramainya anak!). 

Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya saya merasakan biasa-biasa saja untuk masuk ke sekolah dan juga UNPAD tapi pada akhirnya memang luar biasa apa yang saya dapat. Tak pernah saya rasa menyesal memilih jalan ini untuk saya tempuhi sebab banyak yang saya dapat dan siapa sangka akhirnya buat balik kenangan manis:) 

Setakat ini dahulu. Panjang sangat tulisan kalini. 

Bandung, 
with love :) 

Tuesday, October 18, 2011

17th October


"nak jadi baik kena bermula dari awal dan kena praktis. bukan tetiba je jadi baik, contohnya perkataan yang baik, solat dan akhlak yang baik. nak pandai masak pun kena praktis dari sekarang" 

gambar: baby gemuk pakai tudung:) 

Thursday, October 13, 2011

Happy Moments In My Life

Happy moments in my life that are not easy to describe in words:) 

Year 2003:  SPM 2002 Result's announcement. Picture from the paper.
(dalam gambar ada Nurul sebelah kiri saya,  dari kanan ada Yana, Fathimah).
Love this picture so much :)

Year 2009: Pre-clinical Convocation

Year 2011: Today. The interview for the job ;)

ps: di sebalik gambar kat atas ada kerja keras dan pengorbanan yang di akhirnya sangat manis:)

pps: banyak nak tulis terutamanya tentang harini. tentang tajuk 'lambat', 'kakak'. penat sebab tu letak gambar je, esok saya kena ada di rumah sakit sampai jam 9 pm jadi kena tido dulu. babai. selamat malam. 

Wednesday, October 12, 2011

I Believe


IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe
Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Saturday, October 8, 2011

Tinggal 3 Minggu

Assalamualaikum wbt,

Tinggal 3 minggu lagi untuk magang selesai. Magang adalah praktikal di Rumah Sakit Daerah dan juga Puskesmas(klinik kesihatan). Cepatnya masa berlalu. Tak sangka tinggal 3 minggu lagi dan selesailah semua urusan berkaitan menjadi pelajar.

Eleh orang lain dah lama kerja! (monolog sendiri dan suara yang tidak enak). Pernah pertama kali datang ke sini  seorang kawan yang datang awal setahun, sebabnya dia ikut matriks yang setahun dan saya ikut A-Level 2 tahun.

"awak tak rasa rugi ke? lambat?" kawan tanya.

"tak pun, lagipun semua ditanggung, saya datang sini belajar je" saya jawab senyap-senyaplah. 

Rugi? Alhamdulillah setakat ini tak pernah menyesal lagi dengan jalan yang saya pilih sekarang, walaupun saya tahu saya lambat. Ok, isi entri kali ini bukan mengenai lambat. Entri seterusnya akan bertajuk, Lambat.

Sekarang saya di rotasi Ilmu Penyakit Dalam di Rumah Sakit Umum Cibabat, Cimahi. Seronok sebab sebelum ini di Puskesmas hanya buat laporan dan sungguh banyak masa lapang. Memang jiwa saya dengan pesakit, maksud saya kalau buat specialist nanti insyaAllah saya mesti akan pilih klinikal. InsyaAllah.

Minggu pertama di Rumah Sakit setelah lama tak jumpa pesakit, hari kedua saya kena Common Cold. Memang tak larat, body aches, dan rasa nak tidur satu hari. Minggu ni saya ambil cuti khamis dan petang jumaat baru masuk untuk shift pukul 2 pm - 9pm. Seronok oncall, macam drama kat TV. Hehe. Lelebih pulak.

Harini saya masuk  lebih kurang jam 6 lebih pagi terus kena follow up 8 pesakit sebab 3 lagi ahli group ada ujian kompetensi dokter indonesia(UKDI). Jadi tinggal saya dan seorang lagi kawan dari Mesia yang tak ikut ujian tersebut kena cover patients mereka. Saya rilex je! Alhamdulillah setel sebelum pukul 8 am.

Harini sebelum jumpa para pesakit saya pakai masker(jarang pakai tapi sebab saya pun masih batuk kena pakai). Selepas kami follow up patients akan ada visit bersama dokter spesialis, sesi bertanya jawab secara spontan. Hehe. Time tu jugak kena jawab soalan dia, bukan masalah kena tolak markah ke apa tapi kalau boleh jawab memang rasa bersemangat. Kesimpulannya, untuk berjaya dalam sesi tanya jawab secara spontan sambil berjalan cepat kena banyak studi Cik Natasha. 

Selesai sesi visit pesakit bersama dokter spesialis, dr yang baik hati pun cakap, 

"harini ngak usah ada bimbingan"

"yey!"

2 jam kemudian saya sudah di rumah. Dalam jam 10 am. 

Nota saya:

  • Hujung minggu ni kena buat resume untuk interview bekerja. eh bekerja? hehe :)
  • Hujung minggu yang lega :) Betul kan?
  • Hujung minggu yang kena berusaha supaya badan sihat dan kuat tanpa batuk sebelum minggu depan tiba. Doakan saya!
  • Saya janji dalam bulan oktober tiap-tiap hari nak menulis tapi itulah saya hanya merancang, DIA yang menentukan. InsyaAllah lepas ini akan ada entri baru sokmo.

Sunday, October 2, 2011

Lagu Kita

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh

Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Terciptalah lagu kita



ps: tak beli bunga cakap nak beli pun dah suka :) Good Luck! 
ps lagi: tukar lagi lagu kat sini.


✯ ✰✮✮ Patiently waiting for falling stars ☆ ⋆ ✩✮ 


Saturday, October 1, 2011

Sebulan

Assalamualaikum wbt, 

Semalam hari terakhir di Puskesmas Cimenyan untuk Ilmu Kesehatan Masyarakat (IKM) / Public Health. Tinggal rotasi terakhir Ilmu Penyakit Dalam(Internal Medicine), sebulan lagi magang dan selesai. Alhamdulillah. Tamatlah riwayat magang. 

Tentang magang kita cerita pada entri lain :)

Sehari sebelum selesai di Puskesmas Cimenyan dapat informasi tentang temuduga SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam). Sebelum ini hanya dengar khabar sahaja yang akan ada interview di sini (bandung), tetiba dah keluar nama. 

Sijil-sijil semua saya tinggal di Malaysia. Nasib baik dokumen-dokumen yang diperlukan semua dalam bentuk softcopy. Sijil SPM, surat beranak saya dan juga ma abah yang tak ada di sini. Alhamdulillah, Nabila boleh diharap. Thanks mommy! Nanti angah belanja masa datang Bandung.

Surat tawaran biasiswa - salah satu dokumen yang kena ada. Nasib baik saya masih simpan surat yang dapat masa tahun 2005 dulu. Ingatkan dah tak guna, niat saya simpan sebagai kenangan sahaja. Hehe. 

Borang-borang, ada 2 borang online yang kena isi. Alhamdulillah satu dah setel. Tinggal satu lagi borang online yang belum setel iaitu borang nak minta belikan tiket dari pakcik jpa dan lapor diri. 

Resume - kena buat resume tentang diri. Seingat saya pernah buat masa interview dulu-dulu masa nak masuk UTP takpun masa nak interview biasiswa dulu-dulu. Rasa dah tak valid dengan ayat-ayat zaman dahulu. Nabila pun dah tolong buatkan contoh, terima kasih lagi mommy! 

Interview - Kurang dari 2 minggu lagi. Nak pakai baju apa? Cakap apa? Belum bersedia. Relax sebelumni pun pernah interview. Dulu-dulu, masa nak masuk KYSM(masa darjah 6), masa nak masuk UTP(masa form 5), masa nak dapat duit dari pakcik JPA(lepas SPM) dan terakhir sekali masa nak masuk UNPAD(masa lepas KTT). InsyaAllah boleh-boleh. 

Ma kata ini hanya formaliti. Betul juga. Along dan Abang Long kan ada kalau nak tanya. 

Saya sebenarnya tak berapa suka nak isi borang online mahupun borang di atas kertas. Entahlah kenapa. Lambat nak isi dan nak mula isi. Kalau dah siap dan selesai rasa gembira dan tak percaya. Percayalah. Tak lama lagi nak masuk alam baru pula. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Terima kasih untuk Ma Abah, Along, Nabila sebab sediakan dokumen dan juga mencari dokumen-dokumen kat atas dalam fail di rumah sana. Pagi-pagi lagi Nabila dah sms tanya emel.

Setakat ini dahulu. Harini nak pergi pasar dan masak. Sebulan di sini tak boleh bazirkan. 

ps:lama dah tak tulis panjang kan? InsyaAllah nanti nak tulis hari-hari. 

ps lagi: tajuk lagu kat blog, "cerita hati"