Saturday, November 5, 2011

Jemputan Walimah


Assalamualaikum wbt.

Oktober
23 Oktober 2010 Selamat Pengantin Baru buat Siti Aminah dan pasangan.
Dalam bulan oktober lepas saya hanya dapat satu jemputan RSVP. Pertamanya saya nak minta maaf kepada Min sebab tak dapat menghadiri majlis walimah Min, saya masih di Bandung. Apapun, semoga terus bercinta hingga ke Syurga. Dikurniakan anak yang soleh dan solehah.  *Siti Aminah adalah kawan sekelas, ex-5/7 di kisas dulu. Anak Ustazah masa kat sana juga :)

November
Sesuai dengan bulan 11, saya dapat 11 undangan walimah yang kebanyakannya terdiri dari kawan-kawan dari Kisas dan juga Bandung. Wah musim kawan-kawan sekolah menamatkan zaman bujang masing-masing. Saya sangat teruja dengan jemputan walimah dalam bulan November ini sebabnya saya akan berada di Malaysia dari tanggal 10 - 21 November. Insya Allah kalau ada rezeki saya akan sampai ke majlis walimah kawan-kawan semua. Mari kita senaraikan:

  1. 11 November 2011, Jumaat. Walimatul Urus Siti Aisyah dan Mohd Syafiq di Ketereh, Kelantan. *Siti Aisyah adalah kawan satu sekolah masa di Machang(SMK Hamzah 1), masa tingkatan 1 hingga 3.
  2. 12 November 2011, Sabtu. Walimatul Urus Nadiah Hanim dan Mohd Firdaus di Bandar Baru Bangi, Selangor. *Nadiah adalah kawan waktu bersekolah di Kisas yang best :) 
  3. 12 November 2011, Sabtu. Undangan Resepsi Perkahwinan Nurul Ikhwanie  dan Dydyd di Kamunting, Perak. *Wanie kawan masa di UNPAD, Bandung. Tak sama course, dia amik dentist dan dia dah pun balik kerja di Malaysia.
  4. 12 November 2011, Sabtu. Undangan Majlis Perkahwinan Khairul Fuadi dan Nurul Aida di Raub, Pahang. *Khairul Fuadi adalah kawan satu sekolah di Kisas.
  5. 12 November 2011, Sabtu. Walimatul Urus Saidatul Syazzni dan pasangan di Segamat, Johor. *Syazzni adalah kawan waktu di Bandung. Dia dari farmasi ITB dan sudah bekerja. 
  6. 20 November 2011, Ahad. Majlis Perkahwinan dan Majlis Kesyukuran Engku Shafira dan pasangan di Machang, Kelantan. *Engku Shafira kawan sama macam Siti Aisyah di SMK Hamzah Machang.
  7. 21 November 2011, Isnin. Majlis Kesyukuran Perkahwinan Nor Hafizah dan Mohd Faiz di Machang, Kelantan. *Hafizah adalah kawan masa sekolah rendah di SRK Hamzah 1 Machang.
  8. 26 November 2011, Sabtu. Perutusan Raja Sehari Ridzuan Roslee dan Hayati Firdaus di Kuala Terengganu. *Ridzuan ni sebenarnya kawan kepada adik ipar merangkap photographer adik saya masa majlis pernikahan mereka haritu. 
  9. 26 November 2011, Sabtu. Undangan Majlis Perkahwinan Nurfarahin Nazir Khan dan pasangan di Kepong, Selangor. *Farahin ni adalah adik kepada kawan saya masa sekolah rendah dan dia juga kawan sekelas Nabila, adik saya masa sekolah rendah dahulu.
  10. 27 November 2011, Ahad. Iwani & Mehmet Wedding di Shah Alam, Selangor. * Iwani adalah kawan sekelas masa di Kisas, ex-5/7. Iwani sudah menikah dan 27 November adalah majlis resepsi, Mehmet suami Iwani adalah orang Turki. Boleh bayang tak anak mereka yang comel nanti?
  11. 27 November 2011, Ahad. Majlis Kesyukuran Hidayah Ramly dan pasangan di Ketereh Kelantan. *Kak Dayah adalah ex-roomate Nabila, adik saya waktu di USM, Penang dulu. 

Saya tulis tajuk undangan berdasarkan RSVP di FB. Macam-macam :) 

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi jemput saya. Saya doakan semua majlis di atas yang bakal dilangsungkan berjalan dengan lancar dan penuh barakah. Amin. 

InsyaAllah kalau tiada halangan saya akan sampai di Majlis di atas. Senang senaraikan macam kat atas. Hehe.   

*Perasan tak pada tarikh 12 November 2011, Sabtu saja ada 4 undangan walimah? Adoi macamana ni? Jadi saya merancang pada hari tersebut untuk berada di rumah sahaja boleh tak :)

No comments: