Wednesday, February 1, 2012
Tuesday, January 17, 2012
30 Hari Menjadi HO
Assalamualaikum wbt,
Entri pertama dalam tahun 2012. Entri pertama juga saya tulis masa saya menjadi seorang yang bekerja, bukan lagi pelajar. Hehe. Dah lama rancang nak menulis dan juga dah rindu nak menulis di sini. Masa saja tak sempat. Sekarang dah tak sama macam belajar dulu, kalau dulu setiap hari boleh online. Sekarang 3, 4 hari atau seminggu baru online. Itupun kalau saya tak penat dan tak rasa bosan. Paling lama online pun tak sampai satu jam dah. Ada perkara yang lebih penting sekarang yang perlu diutamakan.
Alhamdulillah dah masuk sebulan saya menjadi seorang pekerja. Saya lapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri pada 18 Disember tahun lepas. Harini dah 17 Januari 2012. Saya lapor diri di bahagian pembedahan pada 20 Disember yang lepas dan masih lagi di bahagian pembedahan. Alhamdulillah semakin beradaptasi dengan keadaan di sini dan semakin jatuh cinta :)
Memang waktu awal masuk kerja rasa agak susah nak biasakan dengan keadaan. Lagi pula sejak umur 16 tahun lagi dari zaman bersekolah, sambung persediaan dan masuk universiti di luar Kelantan dan juga ke luar negeri. Memang seronok sebab berada di tempat sendiri dan negara sendiri. Tapi sistem yang berbeza semasa belajar medik di negara orang memang mengambil masa untuk kita biasakan diri. Saya kata dalam hati saya boleh buat. Saya bukan jenis orang yang mudah putus asa dan suka berhenti setengah jalan. Ramai pakar perubatan wanita yang berjaya dalam kerjaya dan juga sangat baik dalam agama yang saya kenal. Mereka juga berjaya dalam membina keluarga. Saya boleh! Insya Allah.
Graduan dari Indonesia memang tak ada masalah dalam skills sebab kita memang dah buat semua skills yang nurse buat kat sini. Kita kan dulu masa koas buat kerja nurse. Jadi masalah yang ada, sebenarnya bukan masalah pun adalah untuk biasakan dengan sistem dan term yang mereka gunakan di sini. Saya bagi masa kepada diri sendiri sebulan! Kena berkorban sedikit sahaja.
Hospital saya sekarang kebanyakan houseman yang kerja di sini dari luar negara, terutama Rusia, Moscow, Ukraine, Indonesia, UK, Ireland dan lain-lain. Setakat yang saya jumpa hanya sedikit jumlah mereka yang dari dalam negara. Memang lain diorang dan boleh nampak diorang belajar dekat mana. Korang semua akan faham apa yang saya tulis bila korang semua pun kerja nanti dan jumpa diorang semua. Hehe.
Sepanjang sebulan di sini banyak ragam orang yang saya jumpa dan banyak perkara yang saya lalui. Banyak tentang kehidupan saya lihat. Banyak cerita saya dengar dari pesakit. Realiti kehidupan sebenar. Sekarang kehidupan di kelilingi oleh semua lapisan umur dan golongan. Bukan lagi zaman belajar dengan kawan-kawan yang sebaya sahaja. Belajar tentang kehidupan.
Ramai orang nasihat saya banyak bersabar bila sudah bekerja. Memang kena banyak bersabar, dengan banyak perkara. Saya rasa masa ini lah nak latih sifat sabar dan kawal kemarahan. Memang orang yang mudah marah, menengking dan suka cakap dengan suara tinggi wujud di tempat kerja. Saya sangat bersyukur sebab bilangan mereka hanyalah beberapa orang boleh dibilang dengan jari sahaja. Masih ramai orang yang baik, cakap sangat lembut dan sungguh sabar mengajar saya yang baru masuk.
Alhamdulillah syukur jumpa mereka yang baik. Terutamanya yang baik akhlak. Tak rugi baik akhlak :)
Bulan ini juga saya agak sibuk, bukan sibuk dengan kerja sahaja tetapi sibuk merancang membina sebuah perkara yang besar. Alhamdulillah tarikh dah ada. Awal bulan 2 nanti saya pasti akan umumkan perkara besar ini. Sekarang masih merancang untuk menunggu umumkan secara formal. Perkara yang pasti menggembirakan semua orang dan kami sekeluarga.
Setakat ini dahulu. Bekerja bersungguh-sungguh dan kena banyak doa. Memang Allah swt akan tolong kita. Insya Allah.
Nota saya:
Nota 1: Awal bulan haritu saya ambil cuti sehari sebab nak pergi ke Taiping. Jadi cuti saya tinggal 7 hari sahaja lagi. Kena jimat cuti sebab satu posting hanya boleh ambil 8 hari cuti. Saya pun tak nak ada masalah untuk posting pertama ini.
Nota 2: Setiap orang mesti ada wedding dreams kan? Dreams saya SIMPLE YET MEANINGFUL. SIMPLE AND SWEET :)
Nota 3: Ada jodoh jumpa lagi! Bulan kedua kerja kena jadi lagi tere. Tak kira dari universiti mana kita datang . Selamat belajar untuk junior di Bandung dan selamat bekerja untuk kawan-kawan yang baru bekerja!
Labels:
HO,
LIFE AND SMILE
Friday, December 16, 2011
HRPZ II
Assalamualaikum wbt,
Selamat hari jumaat semua. Saya sekarang di KL hadiri kursus induksi sebelum bekerja. Harini akan selesai. InsyaAllah harini juga akan balik ke Kelantan.
Tajuk kat atas sebenarnya adalah nama lain bagi Hospital Kota Bharu. Hari Ahad nanti saya akan melapor ke hospital tempat saya akan memulakan kehidupan baru sebagai houseman :)
Cepat kan? Saya tahu lepas ni kehidupan pasti berubah dan setelah 2 hari saya ikut kursus induksi di sini, banyak gambaran tentang kerja nanti saya dah dapat. Bermula dengan SBPA kepadalah gaji dan bagaimana peluang untuk sambung belajar nanti. Alhamdulillah rasa semangat dan seronok sangat!
Tanggungjawab akan bertambah. Bila masuk ke alam kerja ni juga kena lebih fokus. Saya berazam nak buat yang terbaik.
Doakan saya semua!
ps: selepas susah pasti ada kesenangan.
pps: ada 8 orang yang akan ke HRPZ II nanti termasuk saya yang sama-sama kursus induksi di sini, salah seorang adalah ex-kisasian juga. di mana-mana ex-kisasian pasti ada. dalam kursus ini pun ada 4 orang semua.
ppps: esok 17th Dec. dah masuk 7 bulan. i am planning to create a very beautiful moments! commitment makes us more focus in life. we cannot think about 'me' only anymore. it is about 'us'. i am so grateful with whatever happened. thanks so much! :)
Labels:
17th,
HO,
LIFE AND SMILE
Tuesday, December 13, 2011
Kerja
Assalamualaikum wbt,
Lama saya tak update secara panjang, kalau perasan sebelum ni terutama entri yang ada gambar dan pendek sahaja pada tarikh tertentu sahaja. Tarikh yang saya nak ingat pada masa depan. Dah lama tak update tetiba tajuk "kerja" pula harini. Saya belum kerja lagi tapi insyaAllah hari Ahad atau Isnin dah bermula alam pekerjaan. Banyak saya nak kongsikan kat sini tapi saya cerita secara ringkas saja sebabnya harini saya kena hadiri kursus induksi.
Balik
Saya balik Malaysia pada 10 November dengan tiket free sampai ke Kelantan ( sengaja nak beritahu balik dengan tiket free sebab seronok sangat dapat free disponsor oleh pakcik jpa hehe) Terima kasih sangat kepada pakcik jpa. Memang banyak perkara dapat kelebihan kalau ada biasiswa jpa, anda akan diutamakan lebih-lebih lagi tentang kerja cepat yang saya dapat ni. Kembali kepada cerita balik ni, saya balik selama 10 hari saja sebabnya saya kena ke Bandung semula untuk majlis konvokesyen. Saya ke Bandung semula pada 21 November - 30 November. Lama kan? Sampai saya demam dan baik demam saya berada kat Bandung. Saya ke Bandung dengan abah, alang dan sepupu. Lama sebab adik saya pun ada kat sana lagi.
Selama saya balik 10 hari tu, Alhamdulillah satu kerja dah selesai. Satu langkah baru sebelum membina keluarga besar :)
Sebelum Kerja
Balik saja dari Bandung, 1 Disember saya terus ke MMC, KKM, JPA dan SPA. Saya senaraikan tempat yang saya pergi mengikut urutan. Nanti saya akan cerita lagi supaya senang junior saya terutama dari Bandung untuk buat panduan dan dapat gambaran. Saya memang sengaja nak setelkan sebelum saya balik ke Kelantan. Jauh nak datang balik nanti. Tempat terakhir yang saya pergi iaitu SPA, yang uruskan penempatan saya dah dapat surat perlantikan. Pegawai yang bagi surat kepada saya ucapkan "Selamat berhousemenship". Waktu itu tak ada perasaan langsung sebab penat baru balik dari Bandung. Saya ada tanya dia bila induksi, dia kata minggu kedua bulan 12. Memang betul kata pegawai tersebut.
Interview
Interview SPA saya di Bandung pada 13 Oktober. Pegawai SPA dari Malaysia datang untuk interview semua pelajar dibawah biasiswa jpa. Seronok kan? Mereka yang datang cari kita dan interview. Jadi untuk adik-adik yang masih belajar di sekolah menengah. Belajar all out dan betul-betul biar dapat biasiswa. Banyak kelebihan yang kita dapat. Kalau saya memang tak mampu untuk belajar sendiri dengan duit dari keluarga. Yuran untuk buat medik memang mahallah jugak. Saya masih ingat dengan jelas 2 soalan pegawai yang tanya masa interview, nanti nak buat specialist apa dan dah ada calon ke belum? Masa tu saya hari kedua interview jadi saya dah tahu 'soalan bocor' tersebut. Memang dah buat persediaan awal. Hehe.
Tawaran
Saya ingat lagi, jumaat lepas 9 Disember. Waktu itu saya tengah potong sayur untuk buat ulam nasi kerabu. Saya baru sahaja guna telefon waktu itu, jadi terus saya letak tepi saya masa nak potong sayur. Jadi masa telefon berbunyi dan nombor pegawai induksi keluar terus angkat. Nombor dia banyak nombor 8, jadi memang saya dah agak itu dari pegawai untuk induksi. Hehe. Iyelah nombor dari Putrajaya memang banyak nombor 8. Hari jumaat lepas ada kenduri untuk anak Along saya yang baru lahir, jadi rumah agak riuh sedikit sampaikan Cik Betty pegawai bahagian induksi tanya bisingnya bunyi suara kanak-kanak. Saya ada 3 orang anak saudara sekarang mana tak riuh.
Cik Betty tanya, nak induksi tak? Macam tanya nak pergi bercuti sahaja. Dia memang kata last minute tapi saya offer untuk beberapa orang juga kawan-kawan saya. Saya pun kata ok, tapi waktu saya baca surat tawaran induksi, dalam surat ada tertulis yang kalau nak tangguh kena ada sebab yang kukuh. Saya memang tak ada sebab nak tangguh pun. Seronok dapat. Memang dah rasa dah akan dapat pada minggu tersebut. Saya suka ikut rasa hati. Hehe. Banyak yang betul sebelumni. Memang sudah perancangan dari Dia.
Induksi
InsyaAllah harini 13-16 Disember saya akan ikut induksi. Kalau dah habis induksi selalunya hari Ahad atau Isnin berikutnya akan mula kerja. Hohoho. Kerja sebagai HO. Seram tak? Layan sajalah. Hehe
Bersedia?
Beberapa orang tanya dah bersedia ke nak kerja? Ermmmmm...kalau nak tunggu bersedia sampai bila-bila tak bersedia. Betul kan? Jadi saya mengambil keputusan untuk menyediakan diri saya, kalau nak tunggu mesti sudah terlambat. Betul tak? Saya berharap saya sihat dan tidak malas untuk belajar lagi. Semalam saya pergi kedai buku Kamal yang seberang Hospital Kuala Lumpur. Saya beli handbook. Sudah boleh guna handbook. Sebelum ni Dr. Nadia marah saya guna handbook. Hehe. Peace along :) Waktu nak balik terserempak dengan junior UKM-UNPAD twinning. Diorang buat klinikal di HUKM, tempat yang saya suka juga.
Petang masa nak balik dah, tetiba dapat call dari Nurul. yey! Jumpa Nurul di KLCC. Nurul ni deskmate masa kelas 4/3 dan 5/7 di kisas dulu. Sahabat baik juga. Banyak cerita kami kalau dah jumpa, Nurul memang stay cute walaupun dah sarat mengandung anak ke-2. Nurul agak cepat dah nak masuk anak ke-2. Nampak perbezaan yang kami cerita berbanding zaman sekolah. Iyalah, sekarang Nurul kongsikan tentang kehidupan berkeluarga dan pengalaman jadi ibu. Nurul belanja sebab saya tahu saya belum kerja lagi pula Nurul offer awal-awal. Lepasni Tasha pulak belanja Nurul sebab Tasha dah kerja. Oh ya, Nurul ni dari Perak (tetiba lagi.hehe)
Panjang saya tulis kalini dan saya tak tahu bila lagi dapat tulis panjang, tapi saya akan terus menulis. InsyaAllah. Sehingga kita jumpa lagi. Doakan saya masuk alam baru ni.
ps: Saya pernah plan untuk kerja pada tahun ini dan Alhamdulillah, Allah swt kabulkan impian saya. Saya ni memang banyak dreams. Dah banyak tercapai. Saya jugak suka berangan. hahaha!
Labels:
HO,
kehidupan,
Keluarga,
LIFE AND SMILE,
malaysia tercinta,
SAYA SUKA
12.12.11
Cukup sebulan. Alhamdulillah.
Bulan lepas tarikh yang sama. "WE & US"
12 hari lepas tarikh tersebut majlis konvokesyen saya pula, hari yang saya tunggu selama 6 tahun. Alhamdulillah.
Double of joy in November :)
Sewaktu konvokesyen di Bandung kawan-kawan ucapkan tahniah untuk 2 perkara.
Semoga semuanya dipermudahkan semuanya. Target dan azam tahun depan: nak kawen! Erkkkk...
;) 12th tapi kenapa ada label 17th. Nanti ada cerita, masa yang sesuai akan tiba. InsyaAllah.
Labels:
17th,
CONVOCATION,
LIFE AND SMILE,
Soulmate
Subscribe to:
Posts (Atom)