Sunday, May 10, 2009

Ma dan Mama(^_^)!

Assalamualaikum wbt...

Harini adalah Hari Ibu..sebenarnya sejak semalam lagi Hari Ibu ini menjadi topik dalam sembang2 dengan kawan2 di sini yang ingatkan semalam hari Ibu..Sebenarnya semalam saya dah mesej Ma untuk ucap Selamat Hari Ibu..

Selepas subuh harini saya mesej lagi, kali ni mesej yang lain pula bunyinya(~_~)!Mesej tersebut special untuk Ma saya,My very2 Best Mother and closest girlfriend, motivator, penasihat, my teacher too..dalam pukul 9am waktu Malaysia, saya telefon Ma, dan masa tu Ma angkat telefon terus cakap "Selamat Hari ibu"(Ma yg ckp dulu~wish kat saya dulu~belum jadi Ibu lagi~bakal(^_~)!..dah tau niat saya menelefon, mesti Ma dah baca mesej pagi tadi, nak telefon pagi2 takut mengganggu Ma..

Saya masih ingat lagi masa pertama kali saya dapat tawaran selepas UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dari KYSM (sekarang dah ditukar KYUEM) masa di Tingkatan 1..disebabkan saya terlalu bersemangat dan melihatkan saya yang sangat gembira mendapat tawaran sekolah berasrama penuh persendirian tersebut (private school), Ma dengan rasa berat di hati melepaskan saya ke sana walaupun saya adalah anak pertama yang pertama kali akan meninggalkan rumah pada umur 13 Tahun dan masih kecil (sekarang dah besar^_~)!..masa di KYSM saya baru terasa kehilangan, baru terasa saya sangat rindukan rumah dan MA, Abah, dan adik-beradik. Jadi hanya seminggu saya sempat bertahan di KYSM . hehe..Masa balik rumah dan bersekolah di SMKH 1, di Machang, Ma bercerita yang dia tak boleh dengar anaknya (iaitu saya), menangis di telefon~masa dulu2 ye(sekarang?..hehe)

Setelah saya balik dari asrama, Ma dah kata.."nanti Form 4 baru pergi asrama, Form 1 kecik sgt"..
Selepas itu Along ke KISAS dan Ma sangat gembira dengan KISAS sampaikan saya pun diharapkan dapat masuk KISAS, kata Ma:

"Nanti kat KISAS tu ramai ustaz dan ustazah kat sana yang boleh bagi nasihat"

Sebenarnya semua anak-anak Ma masuk kelas aliran Bahasa Arab masa di Sekolah Menengah Hamzah..

Along(nadia), saya, ila(nabila), fizi(hafizi) dan adik(najeeha) semuanya masuk kelas aliran Bahasa Arab masa di SMKH, cuma Along dan saya yang sambung ambil Bahasa Arab Tinggi di KISAS untuk SPM(Sijil Pelajaran Malaysia).(^_^)..Alasan Ma masa itu bila ada teman2nya yang tanya kenapa kami anak2nya, semuanya sama:

"Nanti akan ada dua ustaz atau ustazah(agama dan bahasa Arab)..yang akan mengajar".kata Ma..saya faham Ma inginkan yang terbaik buat anak2nya..

Alhamdulillah betul rancangan Ma dan perancangan Yang Maha Esa..

Saya bersyukur masuk KISAS walaupun masa dulu saya sangat2lah tak nak pergi KISAS, alasan yang tak kukuh ialah masa pergi melawat Along dulu sekolah tersebut buruk(masa dulu tengah renovation, nampak macam sekolah tak siap)..tapi sangat gembira sekarang berpeluang ke sana!pengalaman yang tak dapat dibeli dan saya sangat gembira kerana Ma dan Abah juga sangat gembira dan dengan saya dan Along. Masa tu cikgu2 di KISAS dah kenal yang saya adik Nadia A.Hadi. Banyak dapat nasihat dari Along masa sebelum dan semasa di KISAS.

Saya sangat sukakan lagu ni, pertama kali dengar dipasang di Dewan Besar KISAS, saya sebak dan menangis teringatkan Ma dan Abah di kampung=).Saya Sayangkan Ma..Abah juga!(~_~)






Sekarang semakin jauh saya belajar, tipu kalau saya kata saya tak rindukan rumah dan Ma..sangat2 rindukan..Semakin dewasa saya rasakan Ma saya tempat saya mengadu semua perkara dan semua akan saya ceritakan..Maaf Ma, anak perempuan Ma ni banyak cerita..Jarang2 balik(walaupun 3kali setahun^_~)..

Selamat Hari Ibu buat Ma, Hajjah Rohana Haron !tak lupa buat Along, Nadia Haji A.Hadi yang sekarang dah bertitle Mama(~_~)!rindu jugak dekat Along dan Iman..!~

~Buat kawan baik saya Nurul Hidayah Abdullah Khir yang bakal bergelar Ibu, saya ucapkan Selamat Hari Ibu juga..p/s:tak sabar nak jumpa Nurul..doakan tasha balik awal!

~Buat kawan baik saya juga Siti Hawa Azman yang baru bergelar raja sehari minggu lepas..Selamat pengantin baru..soryy juga tasha lambat sms, nak call tapi takut ganggu(~_~)!nanti jumpa ya!Semoga cepat dapat baby nanti boleh wish Hari Ibu=)Barakallahulakum!

~Rindu kat semua2(~_~)nak balik Malaysia

~Minggu depan nak pergi Pesta Buku~nanti beli buku2 tetralogi Laskar Pelangi kat sana ye~(~_^)

4 comments:

Faridrashidi said...

Salam,

Selamat HAri Ibu Ya...

Jom BAca:

http://www.faridrashidi.com/2009/05/09/cinta-yang-menzalimi-jantina/#more-410

SivGal said...

hi tasha,
lambat comment pula...
hehe..
met ari ibu...:)
hope u got all the books u wanted that day..:)huhu

good luck for xam..

hawa said...

salam tasya. thanks for ur wish! moga2 cepat ikut jejak langkah aku!

ummujannah said...

to Faridrashidi, SivGal:

Selamat Hari Ibu juga=)


to hawa:

salam~
sama2..insyaAllah~doa2kan ye..hehe.Ameen.