Friday, October 30, 2009

Cinta Seorang Wanita






Assalamualaikum wbt...
Saya nak kongsi video lagu kat atas yang best dengan semua, tadi terjumpa kat youtube...
Tulus je rasa lirik lagu ni..

p/s:untuk semua kawan2 baikku di malaysia dan seluruh dunia(^_^)

Nota**

1)saya tak suka orang 'cakap tak serupa bikin'..we should walk the talk..

2)ada family datang dari Malaysia. Semalam Kak Mira belanja ice cappucino blend, kat J'Co Paris Van Java..at last tak boleh tidur dan ke hospital dalam keadaan mengantuk sebab tidur lambat..
( pegi minum air mocha bella kak Mira jugak(^_^)

3)Dah lama tak pegi jalan2 Paris Van Java(walking distance je dari rumah sekarang)~Malam ni jalan2 CiWalk dan terjumpa crocs kanak2 yg comey utk Iman!

4)Dah 2 minggu di hospital..InsyaAllah nanti akan saya kongsi pengalaman di hospital. Malam sudah lewat!



Thursday, October 29, 2009

Hukum Mencukur Bulu Kening



Saya mendapat satu soalan berkaitan hukum yang agak bagus, kerana ada melibatkan sebilangan wanita khususnya iaitu berkaitan membuang sedikit bulu kening yang bercantum ditengah. Jom sama-sama kita telusuri hukum berkaitan hal ini.

Dr Amad : Salam Akh, ana mahu tanya satu soalan yang selalu "girl" hadapi. Berkaitan dengan bulu kening. Kisahnya, ada segelintir dari kita khususnya wanita mempunyai kening yang bersambung ditengah. Apa hukumnya dia membuang sedikit kening dibahagian tengah, diatas alasan kurang selesa dan mengelakkan aib dipandang orang?

Ustaz Mahadi : Salam, boleh tetapi dengan syarat kening yang dibuang adalah dibahagian tengah sahaja. Jangan duk "trim" yang lain pula. Hanya untuk mengembalikan kepada rupa yang asal.

Dr Amad : Sejauh mana ukuran buruk dan aib itu?

Ustaz Mahadi : Ingat, ukuran buruk atau aib itu pada mata orang ramai. Bukan pada mata sendiri. Ini perlu diingatkan kerana ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan kecantikan mereka.

Mahadi bin Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan

Tambahan : Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan perbuatan itu amat dilaknat oleh Allah swt, walauapa jua alasan sekalipun. Kita sering lihat hal ini berlaku semasa majlis persandingan berlangsung. Dilaknat Allah pada awal perkahwinan, boleh jamin rumahtangga direstui Allah hingga keseterusnnya? Mak andam kena, si terkena andam pun kena... Berhati-hati!

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya

1. Kening tengah boleh dicukur untuk mengelakkan aib dan kadar cukur itu berpada-pada.

2. Hukum mencukur bulu kening dengan menipiskannya adalah Haram dan perbuatan itu Dilaknat Allah.

3. Orang yang dicukur dan mencukur bulu kening adalah berdosa.

Nota 1 : Pengakuan jujur Amad, perempuan yang cukur bulu kening, serius tak lawa. Allah dah buat comey manusia neh.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
(klik ke blog Amad)

Iman Aisyah: Gambar kat atas tanya Amad gambar siapa..(^_^)!

Sunday, October 18, 2009

Membalas Komen

Assalamualaikum wbt...

Saya minta maaf teman2 kerana lambat reply komen2 di shoutbox..Sudah lama saya baca tapi tinggal baca saja. Memang niat nak balas banyak2..(^_^)

Kepada yang ucapkan Salam Ramadhan..sudah habis Ramadhan nampak gayanya..

Masih tak terlambat saya nak ucapkan Salam Eid Mubarak. Maaf Zahir dan Batin..!

ain salam ramadan
Iman Aisyah:salam ramadhan=)

aimisolehah_7 salam tasha, sehat?
Iman Aisyah:salam aimi..alhamdulillah sihat..kita dah jumpa pon kat sini kan..

Maisarah Shukri Salam. Kak Tasha, im home too. :) Do contact me sis, 017 3552769
Iman Aisyah:salam kakSarah..dah balik ke belum ni?dah contact dah..=)

katasisi salam ziarah.kisas, kenangan...kenangan...
Iman Aisyah:salam..Kisas,ki..kenangan yang paling manis.

SS aslmkum..slemat hari raya maaf zahir batin..emm..bile la dpt bju batik nk pakai raye.hehehe +)
Iman Aisyah:waalaikumsalam..selamat hari raya maaf zahir batin..baju batik?dah lepas raya dah..kalo beli, tahun depanla kena bagi..InsyaAllah nanti akan dibeli,ada rezeki dptlah..

Abu Ridhwan Salam ziarah..
Iman Aisyah:Salam ziarah..

pali salam, selamat hari raya, maaf zahir batin. ni nak tanya, DVD KCB dah keluar ke? kalau ada bleh tolong poskan tak? aku forward ke akaun pay pal kamu.
Iman Aisyah:salam, selamat hari raya juga, maaf zahir batin juga. rasanya belum keluar. sebab sekarang ni baru kuar movie KCB2 kat wayang..jauh tuh nak pos..kalo poskan masa kat kelantan dan ke kelantan juga boleh..?akaun pay pal?cm tak ada je,akaun BSN adalah..=)

sinar salam syawal..salam aidilfitri juga.. :) lma tak siggh sini..refreshg
Iman Aisyah:salam syawal juga!lama xdgr juge..!dah balik mesir ye?cmne masuk semester baru?all the best sister=)

toy tashh!! take caree ~
tasha:take caree~~too!

KEMBALI

Assalamualaikum wbt...

Setelah lama saya sepi seketika dari menulis blog ini, kini saya kembali. Kembali untuk meng'update' blog yang hampir sebulan lebih saya tinggalkan. Artikel terakhir adalah terjemahan surah Al-Kausar. Saya jatuh dan mencuba untuk bangun. Kadang2 terfikir untuk hapuskan saja blog ini, tapi rasa sayang masih ada! Bukan sesuka hati boleh kita 'delete' dan letak sesuatu.

Hampir 3 bulan saya cuti dan berada di Malaysia. Pertengahan bulan Ogos saya ada datang sekejap ke Bandung untuk konvokesyen Sarjana Kedokteran. Kini saya dapat 'title', Natasha A.Hadi, S.Ked.

Sepanjang 3 bulan di Malaysia, Alhamdulillah menyambut sebulan Ramadhan sepenuhnya bersama2 keluarga.

Macam2 berlaku sepanjang 3 bulan~kalau nak cerita tak tidur pula saya malam ni. Lain kali saja lah.

InsyaAllah isnin nanti saya dah mula jadi co-ass di Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung. Hidup semakin berubah dan saya harus menyesuaikan diri.

Banyak nak diceritakan dan banyak yang tak dapat di luahkan dengan kata2.

Saya berhenti di sini dulu, sekadar nak mengkhabarkan yang saya masih ada di sini.

1)Nak cari buku Maria~...(terima kasih pengalaman)

2)Kena tidur sebab esok pagi2, housemate ajak ke pasar. oh ye! saya ada housemate baru, sekarang rumah baru, dan semua baru..hehe..housemate saya:miss F, miss S, miss D dan miss N. nanti akan diceritakan siapa mereka.

3)artikel Renungan di bawah adalah untuk seseorang yang rasa itu adalah untuknya.

4)co -ass=intern, maksudnya kehidupan saya akan sepenuhnya di hospital. harap2 sihat dan kuat..!

Sekian.

Renungan...Kisah Ikan dan Nasi..!

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.....