Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah akhirnya harini berpeluang menulis sesuatu di blog rama2 ini^_^
Hari ini adalah public holiday di sini bersempena dengan Good Friday. Harap semua sihat dan semoga hari Jumaat yang penuh barakah ini kita semua dicucuri rahmat dari-Nya. Amin.
Pagi2 saya buka FB, seperti biasa melihat post dan status terbaru dari teman2 FB, terkejut dengan berita pemergian pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam. Doakan semoga arwah dicucuri rahmatNYA dan semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Amin.
Dia dikenali dengan watak yang lucu, peramah dan disenangi ramai orang walaupun hanya mengenalinya melalui radio era.fm. Dia tidak berceramah tapi lawak jenaka yang disampaikan mampu membuat pendengar senang hati, Subhanallah. Termasuklah saya yang suka mendengar celoteh beliau sebelum ke tempat kerja pada pagi hari. Allah swt lebih menyayangi beliau.
Cerita saya
Minggu ini sudah masuk minggu ke-4 saya dalam rotasi Paediatric ataupun di sini dipanggil Anak. Kalau sebelum ini rotasi pertama saya untuk department major adalah Internal Medicine atau Ilmu Penyakit Dalam. Sekarang ini adalah rotasi major yang ke-2 saya. Di Internal Medicine, pesakit2nya adalah orang2 dewasa, tapi di rotasi Paediatric ini pesakit2 semuanya anak2, bermula dari yang baru lahir sampailah kepada yang umurnya belasan tahun. Kalau yang baru lahir itu pula ada yang cukup bulan dan ada yang tak cukup bulan dan terpaksa tinggal dalam inkubator sehingga mampu mandiri.
Sebelum saya masuk rotasi anak ini, sebelumnya saya berada di Forensik. 3 rotasi minor sebelumnya iaitu Saraf, Jiwa dan Forensik. Sudah lama tidak ber'oncall' dan berhadapan dengan pesakit sebenarnya, awal2 di rotasi anak ini memang agak memerlukan masa untuk saya beradaptasi. Alhamdulillah sudah dapat 'catch-up' dan rasa seronok berada di rotasi ini. Saya berusaha untuk menimbulkan rasa seronok dan menyukai rotasi anak ini kerana, saya akan bekerja dengan lebih bersemangat dan senang hati kalau hati saya seronok ^_^
Pengalaman di rotasi ini?
Banyak! Sebak dan gembira. Sebak melihat baby yang comel2 dimasukkan tiub2 ke dalam hidung dan mulut untuk bantuan pernafasan dan juga makan. Gembira melihatkan wajah ibu2 yang melahirkan anak2 yang sangat comel. Oh ya! Kalau bekerja di bahagian perinatalogi, iaitu bayi2 yang baru lahir, saya berpeluang melihat proses ibu melahirkan anak. Saya sudah 2 kali ke bahagian Obgyn yang terletak bersebelahan sahaja dengan perinatalogi untuk menunggu baby2 dilahirkan. Tugas kami dari bahagian anak ini adalah untuk mengambil baby yang dilahirkan dan membersihkan, memeriksa, menyuntik vitamin K dan harus bersedia untuk apa2 perkara emergensi yang bakal berlaku kepada baby contohnya tak dapat bernafas atau asfiksia. Jadi kami(saya dan residen) bersedia untuk melakukan resusitasi/bantuan pernafasan. Alhamdulillah semua baby sihat2 belaka setakat ini yang dilahirkan.
Anak itu anugerah dari Tuhan. Sungguh suci wajah mereka waktu pertama kali melihat dunia. Welcome to the world baby(^_^) Baby ni kuat betul nangis waktu melihat dunia buat pertama kali. Sedihnya....hehe. Pertama kali saya lihat seorang ibu melahirkan anak adalah lebih kurang jam 2 am pada pagi yang hening. Dalam hati saya, sungguh susah payah seorang ibu itu melahirkan anaknya. Melihatkan wajah ibu tersebut, saya tahu sungguh sakit, tapi setelah anak dilahirkan hilang semua sakit yang dirasai. Senyuman di wajah ibu seorang bayi, membuatkan saya yang mengantuk2 terus segar sewaktu saya hulurkan bayinya yang sudah siap dibungkus untuk disusui.
Nak tahu tak? Pertama kali saya melihat proses kelahiran bayi oleh seorang ibu, saya sangat tersentuh dan merasakan pengorbanan seorang ibu sungguh banyak dan mulia. Bayangkan saja, walaupun sakit2 dan berat membawa kita selama 9 bulan dalam kandungan dan sakit sewaktu melahirkan kita ibu tetap juga bersabar melayan kita yang banyak kerenah ini. Subhanallah...Saya berjanji tak akan melukakan hati ibu saya dan saya akan sentiasa memastikan ma dan abah saya tak akan susah hati dengan saya. Saya lebih sayang dan sayang saya bertambah kepada ibu saya mengenangkan susahnya beliau melahirkan saya, membesarkan saya dan memastikan saya mendapatkan yang terbaik dalam hidup ini.
Angah sayang Ma dan juga Abah! Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat kedua orang tua saya dan semua ibubapa ^_^ InsyaAllah saya akan berusaha menjadi anak yang solehah dan menghadiahkan yang terbaik buat kedua permata hati saya ini.

No comments:
Post a Comment