Thursday, November 24, 2011

My Graduation!

Alhamdulillah on 24 November 2011, I am officially a Dr.


Saturday, November 12, 2011

WE & US



No more  You & Me, 

It is about We & Us.

Monday, November 7, 2011

Raya Haji

Assalamualaikum wbt

Pertamanya saya ingin mengucapkan,

 Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H 

Alhamdulillah sampai lagi kita semua pada Hari Raya Aidil Adha kali ini. Kali terakhir untuk saya beraya di Bandung. Kali kedua beraya dengan adik di Bandung. Sampai dah lupa kemeriahan sambutan di Kelantan. Kelantan kalau Raya Haji memang macam Raya Aidil Fitri. Tak percaya? Jom ikut saya raya di Kelantan tahun depan. InsyaAllah.

Raya jauh dari kampung halaman mestilah berbeza, makanan semua kita sediakan sendiri. Raya juga dengan kawan-kawan tempat belajar. Semalam saya makan soto ayam(resepi Mak Yan ), nasi minyak (Mak Asyraf, senior adik) dan Puding Kastard (saya dan Hapiji yang buat). Hehe. Suasana semalam hujan rintik-rintik sampailah malam. 


update sebelum balik:
  • 9hb ada judicium(hari bagi results), sebab tu saya tak balik raya haji.
  • barang-barang sudah diangkut secara sedikit-sedikit ke rumah Hapiji.
  • kena sediakan dokumen-dokumen untuk Majlis Sumpah Dokter 24 November nanti.
  • senaraikan apa yang diperlukan untuk lapor diri di Malaysia nanti, kena sediakan masa balik 10hb-21hb November. (banyaknye borang nak kena isi dan juga kena ready) 
  • about me kat sebelah dah berubah :)

Saturday, November 5, 2011

Jemputan Walimah


Assalamualaikum wbt.

Oktober
23 Oktober 2010 Selamat Pengantin Baru buat Siti Aminah dan pasangan.
Dalam bulan oktober lepas saya hanya dapat satu jemputan RSVP. Pertamanya saya nak minta maaf kepada Min sebab tak dapat menghadiri majlis walimah Min, saya masih di Bandung. Apapun, semoga terus bercinta hingga ke Syurga. Dikurniakan anak yang soleh dan solehah.  *Siti Aminah adalah kawan sekelas, ex-5/7 di kisas dulu. Anak Ustazah masa kat sana juga :)

November
Sesuai dengan bulan 11, saya dapat 11 undangan walimah yang kebanyakannya terdiri dari kawan-kawan dari Kisas dan juga Bandung. Wah musim kawan-kawan sekolah menamatkan zaman bujang masing-masing. Saya sangat teruja dengan jemputan walimah dalam bulan November ini sebabnya saya akan berada di Malaysia dari tanggal 10 - 21 November. Insya Allah kalau ada rezeki saya akan sampai ke majlis walimah kawan-kawan semua. Mari kita senaraikan:

  1. 11 November 2011, Jumaat. Walimatul Urus Siti Aisyah dan Mohd Syafiq di Ketereh, Kelantan. *Siti Aisyah adalah kawan satu sekolah masa di Machang(SMK Hamzah 1), masa tingkatan 1 hingga 3.
  2. 12 November 2011, Sabtu. Walimatul Urus Nadiah Hanim dan Mohd Firdaus di Bandar Baru Bangi, Selangor. *Nadiah adalah kawan waktu bersekolah di Kisas yang best :) 
  3. 12 November 2011, Sabtu. Undangan Resepsi Perkahwinan Nurul Ikhwanie  dan Dydyd di Kamunting, Perak. *Wanie kawan masa di UNPAD, Bandung. Tak sama course, dia amik dentist dan dia dah pun balik kerja di Malaysia.
  4. 12 November 2011, Sabtu. Undangan Majlis Perkahwinan Khairul Fuadi dan Nurul Aida di Raub, Pahang. *Khairul Fuadi adalah kawan satu sekolah di Kisas.
  5. 12 November 2011, Sabtu. Walimatul Urus Saidatul Syazzni dan pasangan di Segamat, Johor. *Syazzni adalah kawan waktu di Bandung. Dia dari farmasi ITB dan sudah bekerja. 
  6. 20 November 2011, Ahad. Majlis Perkahwinan dan Majlis Kesyukuran Engku Shafira dan pasangan di Machang, Kelantan. *Engku Shafira kawan sama macam Siti Aisyah di SMK Hamzah Machang.
  7. 21 November 2011, Isnin. Majlis Kesyukuran Perkahwinan Nor Hafizah dan Mohd Faiz di Machang, Kelantan. *Hafizah adalah kawan masa sekolah rendah di SRK Hamzah 1 Machang.
  8. 26 November 2011, Sabtu. Perutusan Raja Sehari Ridzuan Roslee dan Hayati Firdaus di Kuala Terengganu. *Ridzuan ni sebenarnya kawan kepada adik ipar merangkap photographer adik saya masa majlis pernikahan mereka haritu. 
  9. 26 November 2011, Sabtu. Undangan Majlis Perkahwinan Nurfarahin Nazir Khan dan pasangan di Kepong, Selangor. *Farahin ni adalah adik kepada kawan saya masa sekolah rendah dan dia juga kawan sekelas Nabila, adik saya masa sekolah rendah dahulu.
  10. 27 November 2011, Ahad. Iwani & Mehmet Wedding di Shah Alam, Selangor. * Iwani adalah kawan sekelas masa di Kisas, ex-5/7. Iwani sudah menikah dan 27 November adalah majlis resepsi, Mehmet suami Iwani adalah orang Turki. Boleh bayang tak anak mereka yang comel nanti?
  11. 27 November 2011, Ahad. Majlis Kesyukuran Hidayah Ramly dan pasangan di Ketereh Kelantan. *Kak Dayah adalah ex-roomate Nabila, adik saya waktu di USM, Penang dulu. 

Saya tulis tajuk undangan berdasarkan RSVP di FB. Macam-macam :) 

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi jemput saya. Saya doakan semua majlis di atas yang bakal dilangsungkan berjalan dengan lancar dan penuh barakah. Amin. 

InsyaAllah kalau tiada halangan saya akan sampai di Majlis di atas. Senang senaraikan macam kat atas. Hehe.   

*Perasan tak pada tarikh 12 November 2011, Sabtu saja ada 4 undangan walimah? Adoi macamana ni? Jadi saya merancang pada hari tersebut untuk berada di rumah sahaja boleh tak :)

Tunang


Haram Tunang Atas Tunangan
Tunangan orang
Wanita yang telah dipinang oleh orang lain haram dilamar, kecuali lamarannya telah ditolak atau yang empunya telah memberi izin. Larangan ini bertujuan untuk menjaga perpaduan dan persaudaraan Islam.
‘Uqbah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Orang mukmin adalah saudaranya mukmin yang lain, maka tidak halal bagi seorang muslim menjual beli atas jual beli saudaranya dan tidak halal ia meminang atas pinangan saudaranya hinggalah ia meningalkannya.” – Riwayat Ahmad Muslim
Abu Hurairah R.A meriwayatakan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
“Janganlah seseorang lelaki meminang atas pinangan saudaranya, hinggalah ia mengahwini atau meninggalkannya.” – Riwayat Bukhori, Muslim dan Nasaie
Dan Ibnu ‘Umar R.A meriwayatkan pula, bahawa Nabis s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Janganlah seorang lelaki meminangg atas pinangan lelaki lain sebelum yang meminang itu meninggalkannya atau ia telah memberi izin untuknya.” – Riwayat Ahmad, Bukori dan Nasaie
Berdasarkan hadis-hadis diatas,  jumhur ulama berpendapat larangan yang terdapat di dalamnya adalah haram, bukan sebagai adab sopan sahaja.
Sebahagian ulama lain berpendapat bahawa larangan tersebut hanyalah larangan adab sahaja bukan larangan haram.
Pendapat kedua ini adalah lemah dan tidak boleh diterima kerana berlawanan dengan hadis-hadis diatas.
Pertunangan bukanlah perkahwinan, maka oleh kerana itu sebarang pergaulan bebas antara tunang dengan pasangan adalah terlarang.
Tetapi tiada salahnya jika sekali sekala keduanya bertemu atau berjumpa asalkan berpakaian menutup aurat dan ada bersama mereka mahramnya yang thiqah.
Dalam masa masa pertunangan inilah kedua pihak cuba berusaha mencari titik persamaan dan belajar menyesuaikan diri sebelum keduanya diijab kabulkan secara rasmi menjadi suami-isteri yang bahagia.
Sumber: shakirshafiee

Thursday, November 3, 2011

10


Bismillah, 

Ada orang kata tinggal 10 hari lagi. Saya kata masih ada 10 hari lagi. Ada orang kata tak lama lagi, saya kata masih lama lagi. 

Semoga dipermudahkan semuanya dan segalanya berjalan lancar. 

"SIMPLE YET MEANINGFUL"

PS: **Beautiful moments** pun saya tulis tajuk yang sama, tapi mestilah kat sana lagi detail. 


Wednesday, November 2, 2011

01/11/11


Assalamualaikum wbt, 


1.11.2011

Cantik tak tarikh majlis pernikahan saya semalam? Hehe ;)

Minta maaf sebab sibuk dengan majlis perkahwinan  sampai tak sempat nak update blog. Mengarut dah saya. Saya masih di Bandung. Jangan risau, gambar di atas adalah gambar adik saya Nabila dan suaminya masa majlis resepsi mereka 29 Mei 2011 yang lepas. 

Saya paling suka bunga yang kat belakang diorang. Warna purple gelap tema baju diorang pun cantik.

*Masih jelas ingat waktu itu saya buat lawak dengan Nabila,

"Angah tema kawen nanti warna apa?"

"Calon pun tak ada lagi dah fikir tema" 

"Eh takpa, yang penting plan"  Disambut dengan gelak ketawa kami berdua. Hehe.


Perbualan tersebut adalah 2,3 tahun lepas. Waktu kami masih sama-sama jadi student(wah padahal saya baru je tamat riwayat student). 

Alhamdulillah Nabila sekarang pun dah bakal jadi Mommy :) Tak lama lagi akan bertambah cucu ma abah. Makin poninglah atuk dengan nenek kat rumah. 

Along pun bakal dapat baby girl nanti.  

Doakan mereka semua selamat dan sihat.

ps:
  • Tetibe cerita tentang kawen pulak kat atas. Hehe
  • Ikut rentak tangan menaip je. tapi memang tajuk tu saya fikir nak tulis lama dah.
  • Saya sekarang kerja sebagai penulis blog ni. Kalau datang blog ni, sangat berbesar hati kalau pembaca klik nuffnang kat atas :) Thanks so much.
  • Dalam 10 hari saja lagi sebelum balik mesia.