Sunday, November 8, 2009

Episod Hospital



Assalamualaikum wbt...

Sudah masuk minggu ke-4, saya berada dalam tahun ke-5 dan klinikal di sini. Kalau di sini kami sudah dipanggil Dokter Muda, mungkin sebab yang paling muda kalau nak dibandingkan dengan residen dan konsulan(doktor spesialis). hehe.

Rotation pertama saya adalah Internal Medicine ataupun Ilmu Penyakit Dalam. Department yang major dan besar juga, dan hampir kesemua sistem yang belajar semasa tahun ke-2 hingga tahun ke-4 preklinikal dahulu praktikalnya adalah di department Ilmu Penyakit Dalam(IPD) ini. Dalam department IPD ini ada 8 sub-bahagian kecil, saya dah tempuhi 3 sub-bahagian kecil. Sub-bahagian pertama adalah Endokrinologi dan Metabolisme, kedua Kardiovaskular dan ketiga adalah Pulmonologi. Esok saya akan tempuhi sub-bahagian baru iaitu Hemato-Onkologi.

Alhamdulillah sepanjang 3 minggu lepas semuanya berjalan lancar dan proses adaptasi dengan Rumah Sakit(hospital) berjalan sedikit demi sedikit,walaupun agak susah juga saya nak sesuaikan diri. Sebelum ini saya jarang ke Rumah Sakit, lagi pula tesis saya dulu tak memerlukan saya ke sini, di Jatinangor yang indah dan permai sahaja proses tesis saya, kecuali pada peringkat akhir saya perlu datang untuk mendapatkan tandatangan untuk tesis.*kisah tesis yang penuh suka-duka dan kerja-keras~*Alhamdulillah dah selesai zaman tesis*~


Ramai yang tanya saya, yang dekat mahupun jauh, dan juga junior2.

"Busy ke kak skng?"

"Sibuk eh dah intern?"


"Best tak belajar skng?"


"Enjoy tak belajar skng, Angah?"


Pasti soalan yang last adalah dari orang yang paling dekat dengan saya iaitu keluarga saya, sebab hanya keluarga yang panggil Angah. Soalan tersebut adalah dari Dr Nadia, iaitu kakak sulong saya, yang paling penting dia juga adalah mentor saya. Saya sebenarnya sangat kagum dengan kakak saya ini yang sentiasa berterusan belajar dan rajin! Lihat sahaja soalan yang kakak saya tanya, "Enjoy tak..?" hehe..(Along baca mesti banggga ni). Cara kami belajar sangatlah berbeza, kakak saya sentiasa berterusan belajar dan saya kalau cuti memang memanfaatkan cuti betul2.(^_^)


Jawapan kepada soalan saya sibuk ke tak sekarang adalah biasa2 saja, bergantung kepada individu cara mereka mentafsirkan maksud kesibukan itu.

Sampai di sini untuk kali ini. Esok saya nak jadi rajin!



Nota:**

1)Tahniah kepada seorang kawan saya yang bakal melangkah ke alam baru tak lama lagi! sangat tak sangka berita td! I am really happy on behalf of u(^_^)-jgn lupa update gmbr2 nnt ye..!

2)Good Luck and do the best in your final exam! Take care~ we should focus on what we are into now!

3)Dulu pernah rasa 'jatuh' dan tak suka sgt perasaan tersebut.."ko je asyik fikir psltu, ntah2 die tu duk bersuka ria je"..ayat seorg sahabat baik saya!

4 comments:

sinar_islami said...

nak jadi rajin jga..!!
lusa exm...tapi tak abes2 lagi bedah buku...terasa nk bedah org je =)
nk jadi doc tpi tak de ilmu..mimpi je..
Moga Allah berikn yg terbaik utk akak...

ummujannah said...

Good luck untuk exam nnt k!
Alhamdulillah harini move to into a step forward..berusaha menjadi rajin dan rajin!

Best of luck yeh!
akak internal medicine, byk dan menarik dan sepatutnya kena komited..tapi tak buat yg sepatutnye lagi(^__~!

sinar_islami said...

=) semangat lak tgk akak ni..
hehe..slh3...bukan tgk..rasa je..

chaiyuk3...buat apa yg patut kak..
Allah suka kita bila wat apa2 pun kena sungguh2 kan..nasihat utk diri sendiri jga sebnarnya..

ummujannah said...

ermmm..
berusaha men'semangatkan' diri!
Let us become a Good and successful medical student and MUSLIMAH DOCTOR!