Assalamualaikum wbt...
Sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan saya menjalani rotasi klinikal di sini. Hampir 6 bulan juga saya tak pulang ke Malaysia tercinta. Ermm..rindu juga hati nak pulang bertemu keluarga di kampung halaman tercinta. Tanggungjawab di sini masih belum selesai, insyaAllah tak lama lagi saya akan pulang.
Kalini saya nak berkongsi tentang pengalaman menjadi intern ataupun menjadi pelajar klinikal di sini. Kami di sini di panggil ko-ass, singkatan kepada co-assisstant. Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung adalah sebuah Teaching Hospital. Jadi ramai jugalah resident yang juga bekerja sambil belajar untuk buat spesialis.
Penat Jadi Doktor
Sewaktu awal2 di tahun klinikal dan sekarang pun dengar2 juga beberapa teman saya yang merungut:
"Aku rasa aku berada di bidang yang salah"...
"Tensen lah belajar ni, penat pulak. Saya rasa menyesal ambil medik ni"...
"Aku rasa tak ada life la"...
Itu adalah rungutan2 negatif yang pernah saya dengar. Ada juga respon positif dari teman2 yang semangat.
Bagi saya pula, kalau nak dibandingkan semasa di Sarjana Kedokteran, sewaktu tahun 1 hingga tahun ke-4, saya lebih suka sekarang. Kenapa?
Kalau dulu kena banyak membaca, buat Learning Issue (LI) dan hafal2 skills lab dan pada akhir setiap tahun pengajian kena ada SOCA (oral case) dan OSCE (clinical exam) untuk setahun yang kita pelajari. Theory is very important during that time!
Sekarang pula saya kena banyak praktikkan teori yang saya belajar dulu, kalau dulu setiap perkataan dalam buku OSCE kena hafal dan kalau diluahkan balik sewaktu exam, insyaAllah lulus:) tapi kini kalau hafal2 sahaja tanpa mengetahui cara melakukan sesuatu klinikal skills memang tidak berguna. Bukan sahaja kita kelihatan tidak kompeten dihadapan pesakit tapi mungkin tidak lulus rotasi yang kita lalui.
Saya suka sekarang sebab berhadapan dengan pesakit sebenar. Bertemu dengan pelbagai ragam orang dan pesakit. Berpeluang mempraktikkan komunikasi dan belajar menghadapi kehidupan di alam nyata.
"Best ke jadi doktor ni kak?"..seorang junior bertanya kepada saya.
Susah juga nak jawab, nak kata best atau tidak itu bergantung kepada definisi individu. Kalau saya kata tak penat, tipulah saya. Kalau kata banyak masa juga tipulah saya. Pada saya setiap sesuatu ada waktunya, maksudnya waktu belajar, bekerja, berehat untuk diri dan waktu ibadah semuanya ada waktu tersendiri. Semuanya bergantung kepada diri kita.
"Jadi betul ke kalau ambik medik dan jadi doktor ni tiada life?"
"Tiada life? Tak hiduplah kita. Sebab kalau sudah tiada life maksudnya sudah berada di alam lain kan?:)"
Selagi kita merancang dengan baik dan membuat sesuatu mengikut kepentingan perkara tersebut, insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan kehidupan akan terasa lebih bermakna.
Dalam bidang apa pun kita, kalau kita tidak menggunakan masa dengan baik dan merancang sesuatu dengan baik, banyaklah perkara yang akan kita ketinggalan.
Waktu sekaranglah masanya untuk kita melangkah selaju mungkin dan mengutip sebanyak mungkin ilmu. Selagi nyawa di kandung badan selagi itu kita mesti kutip sebanyak mungkin pengalaman dalam hidup.
Buatlah sesuatu dengan bersungguh2 dan jangan pernah putus asa.
Senyum selalu dan hadapi hari2 yang bakal mendatang dengan penuh semangat.
Semoga Allah swt terus melimpahkan kepada kita rezeki dan rahmat-Nya. Amin

Iman Aisyah in Paediatric Department
15 comments:
akak, kite baru lepas spm.. cdg nk amek medic..
tpi cuak gak.. org kte susah la ape la..
ape pndpt akak?
akak mara ke jpa?
akak blaja kt mana?
*teruja***
salam nawal.alhamdulillah dah lepas, baguslah nak ambil medic..dulu sebelum ambil add-maths ramai dgr org kata add-maths susah.tapi sebab masa tu wajib ambil dan dgn kata2 org kata susah, persediaan tu selalu lebih.insyaAllah kalo kita usaha boleh..ermm..kita belajar tentang ciptaan Allah swt yang paling magnificent mestilah belajarnya juga memerlukan pengorbanan..insyaAllah kalo niat kita nak tlg orang dan tingkatkan ilmu,insyaAllah akan dipermudahkan.
Alhamdulillah akak JPA, di bandung..sesuatu yang kita minat mesti kita usaha nak buat yang terbaik. Goodluck dik:)
salam ziarah sist~
suke update pasal ur stories.:)
need to learn by heart all those facts.tgh xm skrg -_-
may Allah bless~
yup2. perlu ikhlas dalam melakukan amal ibadat kerana-Nya :-)
padan muke..sape suh amik medik sgt..belajar susah. keje lagi susah. gaji kecik..ha..amik2..
=) hehe..dilanda rindu ye kak..baru 6 bulan..dekat je msia tu...
entri akak ni membuka minda sha..
benda yang sama juga sha alami..
ade yang merungut...ade yang memberi semangat..sudah lumrah...
walaupun kami tidak mencabar lagi macam akak dan akak lebih advance...
hehe thn 4 klinikal skrg ni lebih best dari thun teori...baru terasa berada dalam dunia medic...
tak sabar lak nak belaja O&G dan paed tahun depan..huuhuu..cepat la tahun 5 datang...
takde life? nak life yg mcm mane? yang boleh berseronok2? yang mencabar fizikal dan mental?
inilah kehidupan budak kedokteran. kepuasan dalam mencari hikmah Tuhan.
kita yang harus mencari kehidupan dalam apa yg kita kerjakan...;)
akak.ka bndung yer..dulu akk syer pun kat citu gak....
universiti padjajaran..
najihah iman:
salam sister!
Terima kasih sudi membaca kisah akak :)Membuat sesuatu dengan sepenuh hati dan dengan hati yang ikhlas kerana-Nya:)
Goodluck in ur exam sis!
May Allah swt bless u too:)
Cik Kmar:
Ya betul tu!
GoodLuck kmar in ur pursue of ur dreams in kelantan:)hehe..jeles ada orang tu belaja di kelate.
sha:
rindu famili dan kampung halaman tercinta!
kena belajar teori betul2 supaya nnt nak aplikasi praktikal senang:)
Good Luck ye sha:)
djambu/yeop:
ya betul yeop! definisi life kita sebagai budak medik2 ni macam tu lah.
mencari dan mencari hikmah Tuhan.
kita yang harus mencari kehidupan dalam apa yg kita kerjakan.
sangat setuju dengan ayat di atas..
maznah:
ya kat bandung sekarang ni..kakak awak year bape?siapa nama akak awak?mungkin akak kenal:)
tahniah
moga terus tabah dan gembira berbakti
ain:
Thanks ain.insyaAllah:)
Post a Comment