Tuesday, March 16, 2010

Siapa Suruh Ambil Medik?

Assalamualaikum wbt...

Malam ni saya singgah di blog saya yang ada gambar rama2 ni. Melihat komen2 baru di entri. Ada satu komen yang membuatkan mata saya yang layu ni menjadi segar dan tidak mengantuk lagi. Rasa bersemangat nak belajar bersungguh2 dan menjadi anak gadis yang gigih berusaha(^_^)

Wah2! Membinanya komen siapa tu? Mula2 baca komen ni, rasa macam entah apa2 ja komen dia, tiba2 datang blog saya dan bagi komen:

"padan muka"

Aikss...saya jemput pun tak datang ke blog saya, lagi lah pula saya paksa. Adat bertandang ke rumah orang, bagilah salam dan perkenal diri. Kalau tak suka baca hasil tulisan saya ini, saya terima dan beritahu saja perkataan mana ataupun entri mana yang buat anda terasa. Ermm..

sambalgorengikanbilismakchah said...

padan muke..sape suh amik medik sgt..belajar susah. keje lagi susah. gaji kecik..ha..amik2..

March 15, 2010 9:29 PM


Lucu pun ada nickname yang diguna. Maaf sambal goreng, kita kenal ke?

Saya reply di sini ya komen encik/cik sambal goreng.

Padan muka saya?kenapa ya kata macam tu?sebab saya ambil medik ke?

Buat pengetahuan kamu saya buat keputusan ambil medik ni sejak dari Tingkatan 5 lagi sebelum ambil SPM, di awal tahun lagi rasanya dengan dibantu oleh ahli keluarga saya yang tersayang.

Belajar susah?

Ya. Saya akui susah.

Study about the highest magnificent of Allah swt's creation which is human is very difficult.

Alhamdulillah tahun ni sudah masuk tahun ke-5 saya belajar tentang manusia, penyakit dan ubat2. Pada pendapat saya, semua bidang pun ada susah dan senangnya. Saya pernah berkongsi cerita dengan teman yang dalam bidang lain tentang perkara ini.

Semasa SPM dulu pun saya ambil Sains Agama. Susah juga saya rasa sebab saya ni tak pandai subjek2 agama dulu macam Bahasa Arab, Syariah dan Quran Sunnah. Siap masuk ICU(intensive class unit) lagi. hehe. Sebab masa tu saya rasa tak berapa minat subjek2 tersebut. Pecah rahsia! tapi sekarang saya kembali mempelajari subjek2 tersebut sebab sudah nampak kepentingannya. Alhamdulillah sudah berjaya melepasi semua itu. Alhamdulillah!

Dan sekarang saya seronok dan sangat2 bersyukur berada di bidang ini. Selain dapat jumpa pesakit, saya banyak dapat pengalaman dalam kehidupan sehari2 dan dalam menghadapi mehnah kehidupan. Pengajaran yang saya dapat sungguhlah banyak, dari sekecil2 ilmu tentang kehidupan kepada sebesar2 kebesaran Allah swt.

Kerja susah?

Pada saya tak ada la susah sangat kerja doktor ini. Cuma kena jadi tak berprikemanusiaan sedikit saja sebab nanti selamba ja nak masukkan tube ke dalam mulut atau hidung, nak belah2 badan manusia. hehe..Kena tahan tengok darah semua dan terpaksa tahan bau2 yang tak enak di bau. Seronok juga kadang2 dan mencabar jiwa raga. Saya akui tidaklah begitu selesa kalau nak dibandingkan dengan bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin dan berada di atas kerusi empuk bertemankan rakan2 pejabat. Bagi saya, ucapan dari seorang pesakit ataupun penjaga pesakit.."Terima kasih doc" dan senyuman gembira dari wajah mereka sudah cukup buat hati saya tersenyum gembira.

Gaji kecik?

Ermm..awak sudah bekerja ke?saya rasa awak bukan doktor, tapi kalau awak adalah seorang doktor sungguhlah awak terasa terpaksa berada di bidang ini. Teman2 saya sudah ramai yang bekerja. Disebabkan meraka adalah sahabat2 baik saya, saya dengan selambanya bertanyakan gaji mereka. hehe. Kakak saya juga seorang doktor, tengah MO baru selesai HO. Mengikut kata adik saya di bawah saya yang suka kacau kakak saya yang serius ni, kakak saya tak sempat2 nak guna pun gaji dia:) Bagi sayalah, besar2 atau kecil gaji tu tak menjadi masalah. sebabnya manusia ni tidak pernah puas dengan apa yang kita dapat, tapi tak salah untuk terus berusaha menjadi kaya dan memperbaiki kehidupan supaya dapat membantu semua.

Saya berkongsi sedikit pengalaman dalam blog saya ini. Apa2 yang baik bolehlah diambil jadi pengajaran, yang tak elok jangan diambil buang jauh2.

Saya manusia biasa yang masih belajar dan terus belajar. Kalau dalam perjalanan ini saya ada salah bolehlah tunjukkan dan betulkan saya.

Saya ingin menjadi seorang muslimah professional yang berguna untuk agama tak kira bidang apa pun yang saya ambil. InsyaAllah.

Saya ingin jadi anak gadis yang gigih berusaha (^_^)

27 comments:

sinar_islami said...

=) insyaAllah akak akan menjadi Dr muslimah yang profesional...

padan dan sesuai dah susunan Allah tu..
setiap sesuatu ada cabaran dan dugaannya..

Rabbuna ma'aki (^_^)

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Tasha.

Saya tau, kalaupun ada mulut2 jahat yang nak menjatuhkan semangat awak dalam bidang ni, awak tetap semangat nak teruskan apa yang awak dah mulakan ni.

Saya memang sangat terpanggil nak membalas komen si sambal goreng iklan bilis ni. Salah tempat betul dia nak komen macam tu kalau dia sendiri tak tau selok-belok bidang ni sebenarnya macam mana. I dare you to be one of us and then you can talk your crap. Huhuhu.

Cik/Encik Sambal,

Dalam konteks pembelajaran, mana ada apa yang senang. Semuanya ada exam, semuanya ada penilaian yang menuntut kita membuat persiapan terbaik supaya tak malu bila mendapat keputusannya. Analoginya mudah. Bidang masakan contohnya. Untuk mereka yang ambil bidang tu, mereka ada pendefinisian tersendiri tentang apa itu susah. Mungkin bagi tahap kecerdasan mereka, itu sudah susah. Tapi mungkin tidak susah bagi orang lain. Bagi orang yang ambil bidang teknikal macam pengendalian mesin pula, mesti ada takrifan susah yang tersendiri pula. Majoriti daripada mereka membuat sijil saja kerana mungkin keputusan exam dulu tak tak berapa bagus. Tapi bidang itu mesti ada level susah yang tersendiri untuk mereka. Tapi mungkin tidak susah untuk orang lain. Macam tu jugak untuk siapa yang ambil medic. Mesti ada susah mengikut pendefinisian mereka. Tapi itulah level yang layak untuk tahap mereka. Jangan dibandingkan tahap susah itu dengan mereka yang buat sijil kraftangan. Pendek ceritanya, susah itu sangat subjektif dan hanya tuan badan saja yang layak nak kata sama ada susahnya medic tu adalah sangat susah atau mudah saja.

Jujur saya katakan, medic ni agak senang dan simple kalau faham basicnya. Yang menyukarkan bidang ni ialah sebab tak boleh tersilap dalam buat keputusan sebab berurusan atau deal dengan nyawa orang. Tapi nak buat macam mana. Tu bukan la susah sebenarnya. Tu adalah tanggung jawab. Responsibility.

Cik/Encik Sambal,
Kerja ni susah? Mana encik tau? Encik seorang doktor kah? Saya cuma nak jelaskan realitinya sekali lagi. Bidang kerjanya mudah kalau basicnya kukuh. Yang menjadikannya susah ialah kesuntukan masa kerana bebanan kerja yang banyak nak dibandingkan dengan jumlah doktor yang tak la seramai mana tapi pesakitnya berduyun-duyun. Pulak tu, semua nak ke hospital kerajaan tapi lepas tu mengomen macam-macam tentang servis yang diberikan. Kasihan para doktor yang dah cuba memberikan yang terbaik. Serius saya katakan, kerjanya tak susah dan akan jadi ringan kalau bilangan yang membuat kerja tu ramai. Cuba tengok doktor2 di Australia. Mereka bekerja dengan relax sebab bekerja mengikut sistem syif. Kita di sini masih lagi menggunakan sistem on call per day. Memanglah nampak susah dan sangat membebankan. Kalau ikut sistem syif, fuh, habis syif dah boleh balik rumah main2 dengan anak isteri. Habis cerita. Percayalah. Kerja ni tak susah. Cuma kita masih kekurangan tenaganya saja.

Sarah Mohd Shukor said...

Cik/Encik Sambal,
Gaji kecik? Adeh. Macam la encik ni doktor sampai tau berapa sen yang kami dapat. Jujurnya encik, kalau tak termasuk duit oncall sebulan, gaji kami empat angka bermula dengan angka 4. Dan kalau dalam sebulan ada 8 kali on call je pun, kami dah ada elaun tambahan sebanyak RM1000 lagi. Apa lagi yang tak cukupnya? Takkan nak expect kerajaan kita yang tak sekaya mana ni nak bagi 8K sebulan kot. Lagipun, dengan kesuntukan masa lapang, duit kami tak luak mana pun. Berkepuk je tersimpan dalam bank buat pekasam. Ini dah lebih dari yang patut disyukuri. Kalaulah buat locum pula di hujung minggu, fuh, boleh tambah dalam RM1500 lagi sebulan. Dah lebih dari untung dah tu.

Pendek ceritanya, komen encik sangatlah mencerminkan bahawa encik tak mempunyai asas pemahaman yang jelas lagi tentang bagaimana seorang doktor menjalani dan menghidupi kehidupannya.

Yang saya boleh kata, kalau saya tak jadi doktor sekarang ni, saya akan sangat menyesal sebab dari bidang ni, saya dapat buat banyak pahala sama ada secara sedar ataupun tak.

Errr... Dengan memberi komen yang tak membina motivasi langsung kepada Tasha ni, encik boleh menjana pahala secara berganda-ganda ke? ;)

Hidup adalah sangat berguna kalau kita dapat menjadi pohon yang berbuah. Dapat jugak kia berbakti kepada orang lain. Paling kurang pun hanya dengan mendoakan yang terbaik dalam apa sahaja yang mereka lakukan.

Tasha, sorry sangat. Once you asked me to give my points of view, so here they go. Don't be demotivated. You're doing fardhu kifayah thingy. Kalau betul niat, Allah janjikan pahala semula untuk kita.

=)

ummujannah said...

sinar:Amin. insyaAllah! (^_^)

ummujannah said...

sarah:
Saya tau awak mmg power buat ayat.Terima kasih sarah nilai tambah kepada entri saya kat atas.

Tak perlu saya tambah2 lagi dah.

kesimpulannya:
*Saya nak ke dapur dan bancuh nescafe dan buka buku baca pasal paediatric.

Esok oncall jam 7am, esok public holiday kat sini tapi dah semangat kemas beg oncall nak jumpa kanak2 esok:)

Sarah Mohd Shukor said...

Tak power buat ayat, malu la kat Cikgu Siti, Cikgu Noridah dan Cikgu Jam =p Hehek.

Ok. Selamat beroncallan. Esok saya in charge ortho clinic for the whole day. Dan Rabu saya start cuti! Dah dua bulan saya tak cuti langsung lagi.

Semoga Allah permudahkan semuanya, Tasha!=)

ummujannah said...

hehe:) betul2..

Saya yang tak pandai menulis ni pun jadikan awak sebagai mentor dalam penulisan. Belajar skit2..

Selamat berincharge di ortho!

Kim salam kat kak fathimah.Dgr2 nak makan nasi minyak:)

Semoga Allah permudahkan perjalanan kita Sarah!:)

sinar_islami said...

Oho..panjang betul ks komen...
bagus3..kemas..
banyak sungguh cabaran..

Moga Allah mudahkan urusan kalian..

ps: entah kenapa cumel pula tgk kak tasha n ks..hehe..nak nescafe satu..

anasolehah_7 said...

Salam Tasha:

1. Alhamdulillah, awak telah mengimplimentasikan sifat Rasulullah SAW yang tenang dan sabar dalam menangani orang yang menyakiti hatinya

2. Nasib baik awak ingat tagline kita, "Tidak melayan orang yang menyakiti hati kita kerana kita masih banyak kasih sayang yang mahu dicurahkan kepada insan yang menyayangi kita"

3. Kita ambil medik bukan kerana kita CUKUP BODOH DAN TIDAK RASIONAL hingga mengambil bidang yang akhirnya membebani diri sendiri.

4. Kita ambil kerana Allah SWT. Kita ambil medik kerana rasa tingginya sifat sayang dan cintakan seruan Allah sehingga mahu menyeru insan sebanyak-banyaknya.

5. Kami berfikir tugas kami bukan menilai orang lain, tetapi membaiki keadaan yang sudah terjadi dengan ilmu yang kami ada. Jadi, sama-sama kita saling memberi sokongan dan dokongan.

6. Kalau cik/encik sambal apa ntah namanya, saya menyeru untuk kita sama-sama menjalinkan ukhuwwah yang sihat dan saling mendukung bukan dengan komen-komen yang menjatuhkan.

7. Tasha, terus kuat, saya akan terus menyayangi awak kerana Allah SWT.

khaulah said...

akak, saya tkut sgt nk amek medik sbb org sekeliling ckp itulah inilah
tapi saya minat.

bila saya bce post2 akak ni dgn komen2 kt atas...


saya jdik smgt balek!!!!!


tq akak!!

May Allah bless uu!!

sambalgorengikanbilismakchah said...

"bila saya bce post2 akak ni dgn komen2 kt atas...


saya jdik smgt balek!!!!!"

wah,komenku akhirnya membuahkan sebuah artikel dan sebuah motivasi.Alhamdulillah..

all the best para doktor! jd doktor yang best then keje kat hospital saya ye.^_^

p/s : Sarah pa habaq? lama tak dengar cita..

Zida said...

wahh!
thanks to nawal for sharing this blog.
akak, info akak memang best.
tp harapan sy mcm pudar, sebab bio dpt c.
huhu
tp sy minat sgt. mak ayah pun mcm nak sy jd doktor.
tp ntahla..

Sarah Mohd Shukor said...

Sape la pulak dah cik Sambal nih?

Tasha, dulu2 ada dua orang je dalam kelas kita yang berangan nak bukak hospital sendiri kan. Sama ada Fathimah atau Atiqah Akmal.

Ni Cik Sambal kita ni dah ada hospital sendiri nampak gayanya. Mungkinkah itu mereka? Hahaha =p

koi said...

good!! double thump up!!:)
keep it up!!

Unknown said...

salam...tahniah.moga saudari sentiasa istiqamah.Tak kesah la ambik jurusan apapun,yg penting kita takleh tinggal keutamaan kita utk tuntut ilmu agama..jadilah professional ustazah kerana inilah sebenar-benar 'market demand'.Feel free to visit my blog sbb saya pun bawak isu yg agak sama dgn yg ini =)

Amir Arshad said...

Harap sambalgorengikanbilismakchah dapat ambil iktibar akibat daripada tindakan dia sendiri tuh

Kepada bakal doktor, teruskan perjuangan anda.

Balqis Riza said...

takde ape yg sng kan kak?
even amik farmasi pon sbnrnye tak sng..
kdg2 terasa dgn org yg ckp 'eleh farmasi je..tu pon stress ke'..

pape all the best ye kak :)

ummujannah said...

sinar islami/sha:
mantap kan komen kak sarah. debater sekolah buat ayat mmg power dan meninggalkan kesan:)

cabaran dan dugaan inilah tarbiyah dalam kehidupan.

Amin

p/s:nak minum nescafe jom dtg bandung!(^_^)

ummujannah said...

anasolehah/aimi:

7 point yang mantap juga!Thanx alott ukhti!

Aimi, terus kuat juga. saya akan terus menyayangi awak kerana Allah swt:)

ummujannah said...

nawal:

Alhamdulillah nawal!

teruskan bersemangat dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kita anggap semunya adalah sebagai ujian dari Allah swt untuk menjadikan kita lebih kuat.

May Allah bless u too. anything regarding medicine that u want to ask, just feel free to ask:)insyaAllah akak jawab:)

ummujannah said...

sambalgoreng:

boleh pula cik sambal buat ayat yang elok2 ya?adat masuk ke rumah orang berilah salam dan kalo nak bagi komen tak membina macamtu saya tak berapa suka.
patutlah kata gaji doktor kecil rupanya ada hospital dah dia..ermm, nak keje kat hospital awak kena pk byk kali..hehe:)

p/s:awak ni kawan kami kat kisas ke?ermmm...

ummujannah said...

zida:

Jangan berputus asa dik! di matrikulasi adik boleh cuba lagi belajar bersungguh2 dan cuba apply utk medicine lagi.

Peluang yang terbentang masih terbuka dan banyak di depan:)

Teruskan berusaha!

ummujannah said...

Sarah:

Tula sarah sape la pulak cik sambal ni,kenal kita lak tu..misteri betul!

Sarah, kalo fathimah amik medic di jakarta sekarang. kalau tiqah akmal saya dah lama tak keep in touch.

Banggo dgn kawan2 ada hospital sendiri tu=)

ummujannah said...

koi:

Thanx! Goodluck to u too:)

ummujannah said...

iqbalsyarie:

salam..thanx!insyaAllah.

"Tak kesah la ambik jurusan apapun,yg penting kita takleh tinggal keutamaan kita utk tuntut ilmu agama..jadilah professional ustazah kerana inilah sebenar-benar 'market demand'"

InsyaAllah..saya ambil sebagai doa ya..Professional ustazah! a good profession.

InsyaAllah saya lawat blog anda nnt.

ummujannah said...

Kelbros:

Terima kasih!

Kami akan terus bersemangat menghadapi perjuangan ini.

Good Luck utk kamu juga!

ummujannah said...

Balqis:

Thanx balqis!
ya betul tiada apa yang senang dalam hidup ini.ingat tak ayat akak pada pagi yang permai tersebut?

"If we do not stand now, we will not be able to sit later"

Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.

All the best utk balqis juga:)