Wednesday, June 24, 2009

Alhamdulillah~ 1 Rejab 1430(^_^)

Assalamualaikum wbt...

Hari ini adalah 1 Rejab 1430..Alhamdulillah~

Pagi yang nyaman, hati saya rasa riang dan tenang...Alhamdulillah..

Mungkin disebabkan thesis yang sudah selesai, dan mungkin juga bukan disebabkan itu. Mungkin kerana sebab yang hanya saya yang tahu(~_^)..tak perlulah saya kongsikan mungkin tak penting bagi pembaca semua..rahsia hati saya saja..

Alhamdulillah sidang (seminar) thesis saya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah saya dapat A..terima kasih semua yang mendoakan saya dan yang membantu saya. Penat lelah selama 6 bulan membuat thesis bagaikan tak terasa setelah examiner thesis saya mengumumkan nilai thesis. Ada 3 orang examiner dan 2 orang supervisor yang menyaksikan saya membentangkan hasil kerja thesis saya.

Setelah dipanggil masuk dan dipersilakan duduk, Dr Ramlan Sadeli selaku pengerusi Seminar thesis pada hari itu memberi ucapan tahniah kepada saya. (seperti biasa kalo dah lulus mesti saya nak tahu berapa markah yang saya perolehi, Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya saya pada hari itu, Jumaat lepas). Alhamdulillah~syukur sangat2!

Ucapan dari Dr Rovina selaku supervisor thesis yang kedua juga membuatkan saya sangat gembira.."I am satisfied with the final result of your thesis"..(nantilah saya ceritakan bagaimana saya harus revise thesis saya beberapa kali, untuk proposal dan tajuk saja beberapa kali saya ubah)..macam2 berlaku!tapi Alhamdulillah~janji Allah SWT dalam firmannya yang berbunyi:

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

(ayat 4-5 Al-Insyirah)


Dua kali diulang dalam ayat tersebut, ditekankan lagi dengan perkataan "sesungguhnya", iaitu menggambarkan ayat penguat (betul tak?dah lama tinggal bhs arab~sape tau betulkan~_^) Jadi jangan mudah kita putus asa!InsyaAllah Allah SWT itu ada bersama2 kita. Allah SWT tak pernah melupakan kita!

Itu saja rasanya setakat ini, Alhamdulillah semangat nak ngeblog dah datang(~_^)!hehe.
Harini baru sempat membaca2 dan meng'komen' blog2 teman yang saya linkkan panjang disebelah--->link list!


1)Bulan Rejab dah menjelma, marilah kita bersama2 meningkatkan amal dan ibadah kita, 2 bulan lagi nak masuk Ramadhan dah!gembira2nya~!sebagai persiapan nak menempuh bulan Ramadhan(^_^)!

2)Alhamdulillah sihat(^_^)..saya pun sihat!...Alhamdulillah Allah SWT sayangkan kita..betul tak?..InsyaAllah dah direncanakan Pemilik kita, Yang Esa. Jom guna senjata kita. Senjata??hehe..Doa adalah SENJATA orang Mukmin.

3)Sekarang ni saya nak abeskan buku2 yang saya tak dapat baca sepanjang exam kelmarin~Pinjam dulu buku2 tetralogi Laskar Pelangi~saya baca dulu(^_^) ye!

4)Tak sabar nak dapat buku Bercinta Sampai ke Syurga dan Pemilik Hati Setelah Allah dan Rasul.

5)Entry lepas ini adalah berkenaan KTT, Kolej Teknologi Timur~special requested!still nak jadikan gambar hard copy kpd soft copy(^_^)...




2 comments:

SivGal said...

salam tasha,
very true, what u had said..
'sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'

just hoping for that now...:)

ummujannah said...

salam siva!

hehe=)

bila nak dtg rumah i?buat apa dlm bilik tu?

~*me too..pray the best for us!
~*i owe u something!after everything settle ok*~