Assalamualaikum wbt...
Semalam, hari Jumaat adalah dateline untuk hantar Draft Form bagi thesis kami, iaitu tandatangan2 supervisor dan examiner untuk thesis..Alhamdulillah semua examniner saya nanti baik2 belaka(~_^)..dalam kata lain bukan yang garang2..hehe..saya cepat gelabah dengan examiner2 yang garang2..tapi supervisor saya yang pertama pernah berkata kepada saya apabila saya mengadu kepada beliau mengenai hal tersebut,
"kamu kok nggak perlu takut,kalo kamu sudah buat sehabis baik dan berusaha sehabis mampu, nggak ada sebab kamu harus dimarahi."..
Dr Nenden adalah supervisor thesis saya yang pertama saya yang saya anggap macam Ibu saya sendiri, sangat baik dan saya rasa dalam menghasilkan thesis saya dia banyak membantu..membuatkan saya selalu merindui Ma saya di kampung..
Saya Rasa Rindu
Pulang dari Fakulti Kedokteran(FK), kepala terasa sedikit pening, saya fikir mungkin sebab saya yang belum makan dari pagi(~_^)..makan pun malas!tasha ni!saya keluar makan bersama Aimi yang selepas dari FK td ikut saya pulang. Pulang dari makan, saya solat Zohor..tapi pening kepala masih ada. Perancangan asal mahu menelaah thesis saya terpaksa dibatalkan. Saya rasa saya perlu tidur sebentar untuk menghilangkan pening.
Lebih kurang Jam 3 pm saya bangun..Alhamdulillah pening kepala sudah hilang, tapi yang datang rasa RINDU yang sangat2 terhadap rumah dan kampung halaman pula!Lantas saya capai HP(handphone), di atas meja, saya tekan no hp Ma, tapi tak masuk, saya cuba no hp Abah, dan Ma yang angkat(~_^)!
Ma:Assalamualaikum Angah!
Saya:Waa'laikumussalam Ma..duk mane tu?(bunyinya dlm kereta)
Ma:Ma ngn Abah nak pegi Gua Musang ni, tgh dalam kete, adik2 semua di rumah..
Saya:(perasaan rindu mula menguasai diri apabila mendengarkan suara Ma)...saya diam
dan saya cuba untuk mengawal suara dan airmata agar tidak tumpah..
Ma:Angah kenapa ni?(kedengaran juga suara Abah di sebelah Ma)
Saya:Angah tingat rumah(ringkas jawapan saya, suara mula jadi lain dan yang pasti Ma saya mesti dapat mengesan perubahan tersebut)
Ma:Tak lama dah kan angah nak balik, skit je lagi tu..Sabar..
Kata2 Ma selepas itu buat saya tersenyum, cerita mengenai Adik2, Iman yang semakin gemuk dan suka lari2 keliling rumah nenek dan atuknya, kolam ikan dan Gua Musang (oh ye Along tak kerja kat Penang dah, Along keje kat Kuala Krai dan Gua Musang adalah tempat Abang Yusri)
Saya merindui insan2 yang membuatkan saya tersenyum, saya merindui insan2 yang membuatkan saya gembira mendengarkan celoteh lawak mereka..Kadang2 saya telefon orang yang saya rindui sebab orang yang saya rindui membuatkan saya ketawa dan tersenyum dengan kata2nya. Tak semua orang yang boleh saya menangis dengan mereka, terima kasih mendengarkan saya yang cengeng ini!Tak sabar2 nak balik Malaysia ni!Rindu sangat2 kat orang2 kat Malaysia..Rindu makanan Malaysia jugak!
1)Kak Khairi Fatimah(~_^)..hehe..terima kasih~anda banyak menasihati dan terima kasih mendengarkan celotehan adik Tasha~sayang sgt2 kamu, seronok dgr cerita2 psl MATRI dan yang penting psl dunia dakwah..terima kasih buku2 yang dipinjamkan juga dan update mengenai cerita Ammar semalam..
TAKZIAH buat keluarga AMMAR (cairo University):
Saya sangat kagum dengan Ummu Ammar, saya kongsikan sedikit YM dari Ummu Ammar kepada saudara Amad dan rakan2 Ammar:
"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."
Ummu Ammar memujuk sahabat-sahabat yang masih trauma dengan pemergiannya. Yang sepatutnya, insan yang lain yang memujuk Ummu Ammar kerana ditimpa ujian. Satu sikap yang aneh ditengah masyarakat, tetapi lumrah bagi keluarga-keluarga mujahid.
Click disini untuk membaca update mengenai cerita Ammar.
No comments:
Post a Comment