Monday, June 1, 2009

Rindu

Assalamualaikum wbt...

Harini sudah 1 Juni 2009, Juni=Jun (ejaan dalam Indonesia)...dah hampir setengah tahun di 2009..

Semalam saya rasa rindu sangat2, bukan kepada siapa2, tapi perasaan itu datang tatkala saya rasakan banyak cabaran dan ujian dalam hidup ini. Saya mengingati apa2 yang saya lakukan sejak selesai saya menghantar thesis Jumaat kelmarin. Saya tak kemana2, cuma ke Jatos (Jatinangor Townsquare) bersama Siti dan Dhaniah untuk makan. Sabtu dan Ahad saya dan teman2 satu rumah praktis OSCE (clinical exam)..Clinical Exam saya 3 Juni, hari Rabu.

Saya fikir lagi apa yang sudah lama tak dilakukan atau apa yang sudah lama ditinggalkan..Saya rindukan DIA, DIA yang sentiasa mencintai saya, walaupun kadang2 saya terlupa dan lalai..Saya sebagai hambaNya, banyak mendapat nikmat2Nya yang sentiasa hadir walaupun tanpa saya minta..

Saya pasang cd MP3 bacaan oleh Syaikh Musyaari Rasyid, apabila tiba ayat :

(55:13)"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Beberapa kali ayat tersebut diulang2 dalam surah tersebut..Air mata hangat mula mengalir..dengan bacaan yang sungguh merdu dan menusuk hati tersebut saya rasa sangat banyak nikmat2 yang saya perolehi selama ini~sungguh banyak tak terkira, tapi saya?cukupkah amalan saya kepada DIA yang sentiasa mencintai saya, yang sentiasa di sisi walaupun kadang2 saya terlupa...

Ayat2 dari DIA membuatkan saya tenang..Alhamdulillah~Alhamdulillah~Alhamdulillah~

Sabarlah hati~Setiap sesuatu pasti ada masanya(~_^)!


1)Semenjak-dua menjak ini saya mudah terasa, jadi minta maaf kepada teman2 yang merasakan tempias tersebut..(~_^)!~sampaikan ada yang tulis "tasha mengeluh" pun buat mood saya down..yelaa, adakah itu label untuk saya yg terlintas di fikirannya?

2)Tasha kuat(~_^)!walaupun ada yang kata Iman Aisyah tegas dalam kelembutan..

3)Saya minta maaf, kepada semua teman2 yang ada hak2 anda yang belum saya tunaikan..InsyaAllah after exam ye?tasha ingat!cuma belum sempat je lagi..





4 comments:

~ aman shah ~ said...

bukan tasha sememangnya emo dah ker?~~~

ummujannah said...

to ~aman shah~:

tasha dah emo?..(~_^)!emosi itu fitrah wanita..kelebihan tu=)

duha said...

hoho..chaiyok kak tasha!!!

innallaha ma'ana..

penat sbb banyak keje kot..lagi2 exam kan :)

tenang2kan jiwa anda (Ar-ra'du:28)

:D

ummujannah said...

to duha:
chayok2 to duha also..hehe..kali ni betul panggil nama..asik2 huda je..hehe..

semangat2!jangan pi bandara ye mlm2(~_^)!

tulaa, penat sgt aritu, exam back to back..sekarang nak berelax2..

Ar-Ra'd:28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.