Saturday, June 13, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Bertanding bola jaring dilapangan bola jaring. Bermain badminton tentu saja di lapangan badminton. Kalau bermain bola jaring dilapangan badminton atau sebaliknya, pasti akan kacau.

Begitulah nasib aktivis islam nusantara. Maksud hati ingin mendambakan sebuah filem versi islami yang diadaptasi dari novel mega best seller Ayat-Ayat Cinta (AAC), apa daya yang tersedia adalah filem islam ala liberalisma, karya seni Hanung Bramantyo. Akibatnya jelas, fikiran umat islam sendiri yang dikelirukan. Selain dikritik oleh kelompok aktivis islam fundamental, Habiburrahman El-Syirazy Sang penulis novel sendiri turut menyatakan rasa kesalnya.

Itulah yang terjadi.

(Film Ketika Cinta Bertasbih)

Namun atas kehendak Allah Swt., munculnya mega film ‘Ketika Cinta Bertasbih’ (KCB)KCB merupakan filem kedua yang diangkat berdasarkan novel dwilogi best seller Habiburrahman El-Shirazy, setelah AAC. yang bergenre sastra islami pada 11 Jun 2009 seolah-olah mengubati kerinduan kaum muslimin terhadap filem-filem bermutu.

Adapun, tak salah untuk saya katakan bahawa filem KCB adalah sebuah karya seni terbaik yang dinanti-nanti oleh jutaan kaum muslimin khususnya di Archipelago Melayu. Ia adalah strategi reedukatif (re-educative strategy) menerusi pembentukan pandangan alam atau worldview, kata orang sekarang, menuju sebuah masyarakat yang dinamik, bertamadun, serta bernuansa islami.

KOMENTAR SAYA TERHADAP FILEM KCB

1. KCB merupakan antithesis dari apa yang disampaikan dalam filem AAC

Filem AAC dilihat sebagai pro status quo dengan mengekalkan ajaran liberalisma. Konsep pernikahan tanpa bercouple digambarkan bakal mengundang penyesalan dikemudian hari. Poligami pula dinilai sebagai black campaign terhadap islam. Maka, di filem KCB ini cinta, ikhlas, dan poligami dikemas dalam bentuk yang arif dan bijak tanpa menghadirkan konfrontasi. Dalam filem itu dihadirkan dialog yang setara dan berdasarkan keilmuan. Anna mengajukan dua syarat sebelum menerima tunangan Furqon. Selain harus menetap di lingkungan pesantren, Anna juga tak ingin Furqon melakukan poligami selama dirinya masih hidup dan mampu melayani kewajibannya sebagai seorang isteri.

Dari adegan tersebut sempat dimunculkan perdebatan di antara kedua alumni Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir tersebut. Namun Furqon dapat memahami permintaan Anna kerana rujukan yang digunakan memiliki dasar keilmuan yang jelas. Dalam filem itu dibentangkan kitab Al Mughni karya Ibnu Qudamah sebagai bahan rujukan.

Kemudian, dipaparkan kata-kata indah dan puitis dari Anna,

“Saya hanya ingin seperti Fatimah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Ali bin Abi Thalib tidak dimadu oleh Ali. Dan saya ingin seperti Khadijah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Rasulullah juga tidak dimadu…”

Novelis berdarah arab yang sering disapa dengan nama Kang Abik ini berkata, “Poligami bukan sebuah keharusan tetapi rukhsoh atau keringanan untuk penyelesaian kemanusiaan,”

2. KCB memotivasi pemuda islam agar bersiap sedia menjalani masa depan dengan keazaman tinggi.

Pesan lainnya dari filem ini adalah bagaimana perjuangan seorang anak muda melalui karakter Azzam untuk menggapai kejayaan. Cerita yang dapat menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menghidupi ibu dan adik-adiknya di kampung.

"Jangan hanya mahu jadi Pegawai Kerajaan. Jualan tempe dan bakso (bebola daging) sebagaimana ditampilkan dalam film ini bila ditangani profesional pasti menjamin masa depan," kata penulis novel Ayat- Ayat Cinta yang difilemkan pada tahun 2004 itu.

3. Cinta yang membawa pahala dan diredhai Allah Swt.

Cerita yang juga mampu menuntun kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.

Kang Abik menghuraikan, “Sebuah bentuk cinta yang membawa manfaat atau kebaikan, cinta lawan jenis dalam koridor keagamaan.”



Ketika Cinta Bertasbih adalah filem yang sangat bagus. Ia berjaya memadukan dakwah, tema cinta, dan latar belakang budaya suatu bangsa.

Sosok ‘HAMKA kecil’ sudah muncul di Indonesia. Apakah ‘Hamzah Fansuri Zaman Moden’ bakal lahir di Malaysia pula? Mampukah penulis semisal Ustaz Hasrizal, Faisal Tehrani, Fatimah Zahra, dan lain-lain menghembuskan ‘angin tajdid’ terhadap Industry Filem Nasional?

Oleh: A.MUCHLIS

Rujukan:

  1. Ketika Cinta Bertasbih (Masalah Poligami Yang Beda Pandangan)
  2. Akademi Lakonan Muslim
  3. Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2
  4. Ketika Cinta Bertasbih Ajarkan Kemandirian


4 comments:

3rdmarch said...

Salam~

tgk x jemput..
isk3~
novelnye mantap..
boleh mencairkan hati..
certain parts 2,menangeh kawe bace..
boleh dijadikan pembakar semangat..
xtao la filemnye camne..
xde kesempatan nak tgk lg..
tp harap2nye semantap novelnye le..
bg saye KCB lbh kemas lg mantop drp AAC..
ceritanya lebih real n lbh dkt dgn masyarakat..

p/s :

kpd kaum Adam sekalian..
“Poligami bukan sebuah keharusan tetapi rukhsoh atau keringanan untuk penyelesaian kemanusiaan,”
(suke r 2 kaum Hawa.. ;p ;p ;p )

tggu kang abik msia plop..adakah anda org itu?jeng3~

ummujannah said...

to 3rdmarch:

Salam,
nak jemput?lagu mano tuh?nnt ajak muslimin IMAN tgk ramai2..
mantap movienya..terkesan dan lagi terjaga dari AAC..sampai laa apa yg nak disampaikan..

wah2..baca novel pon nanges demo!raso kalu tgk movie keno sedia tisu byk2..sedih gak.

p/s:setuju dgn pesanan terakhir!(~_^)!

pali said...

salam.

gembira mendengar filemnya ini bermutu seperti novelnya.

Benar, poloigami itu bukan harus, tetapi RUKHSAH.

Seperti musafir yang mempunyai rukhsah untuk solat jamak qasar, kerana ada musaqqah (kesusahan).

Menolak ruksah ketika musaqqah dikatakan seperti 'sombong' dengan kemurahan Allah terhadap keringanan yang diberi.

wallaua'alm

ps: masih belum musaqqah lagi. :)

ummujannah said...

to pali:

Salam,
ramaiyg berpuas hati dgn mutu filem KCB..gembira juge!

setiap kaum adam yg komen di sini pasti isu poligami di sentuh..
..betul2 apa yg cik pali katakan..

jikalau belum berada dlm rukhsah tak perlulah lagi poligami..=)