Sunday, January 16, 2011

Cerita Di Bedah

Assalamualaikum wbt

Lama rasanya tak menulis panjang. Setiap kali nak menulis dan idea banyak nak menulis masa pula tak mengizinkan. Bila masa ada semangat pula hilang nak menulis. Saya suka menulis. Selain memasak, membaca dan bershopping(hobi yang sudah lama tidak dilakukan kerana akan menyebabkan pembaziran).  

Petang Ahad di hujung minggu ini saya tak keluar pun dan tiada keperluan untuk keluar. Lagi pula malam nanti oncall. Jadi rehat-rehat sahaja. 

Masa cepat

Masa sangat cepat berjalan. Kadang-kadang rasa macam saya berlari-lari kena kejar masa. Rasa tak cukup masa. Belum hilang lelah harini sudah masuk esok dan banyak perkara yang perlu dilalui. Walau apapun yang berlalu saya tak boleh menyerah dengan masa. Semua orang dapat masa yang sama 24 jam. Tak lebih tak kurang. 

Apa yang penting macamana masa tersebut digunakan dengan perkara yang bermanfaat. Masa sekarang adalah masa untuk fokus dengan tahun akhir, tahun membina kerjaya dan kalau ada jodoh tahun membina rumahtangga (jangan tanya apa-apa tentang ini sebab saya pun tak ada jawapan). InsyaAllah yang penting banyak berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah.

Cerita Cik Bedah

Esok masuk minggu ke-8 saya di rotasi Bedah (surgery) dan malam ini dah kali ke-13 saya oncall sejak masuk ke rotasi bedah mulai akhir November. Alhamdulillah tinggal minggu ke-8 dan 9. Oncall pun ada 2 kali saja lagi. Selesai sudah bedah yang busy. Kenapa menghitung sangat nak selesai rotasi bedah ni? 

Sebab yang sangat tak sabar tunggu adalah saya akan balik ke Malaysia. Rasa dah lama sangat dah tak balik ni, walaupun keluarga baru datang bulan lepas tapi tak sama dengan suasana di rumah yang sangat selesa. Tiket dah ada dan persediaan untuk pulang juga sudah lama bermula. Persediaan membeli barang untuk dibawa pulang. Alhamdulillah. Cepat masa berjalan.

Sebelum masuk bedah saya dah ada target apa yang perlu dicapai dan hendak dicapai. Memandangkan sebelum ini adalah rotasi minor jadi kurang skills yang kami dapat lakukan. Jadi masa bedah inilah kami kena buat dan asah balik skills yang dah pudar :) Saya letak target saya kena dan wajib buat sampai berhasil dan tidak kekok lagi. 

Target saya :
  1. IVF (intra venous fluid) insertion / masuk air ke tangan pesakit
  2. Amik darah (bukan sahaja pada orang dewasa yang mmg jelas kelihatan blood vessels tapi pada kanak-kanak) 
  3. Menjahit (cuba menjahit sebanyak mungkin dan teknik menjahit kena belajar)
  4. Lihat sebanyak-banyak operasi dan jadi assisstant operation. (kena amik peluang yang banyak di sini)

Alhamdulillah. no 1-4 semua dah saya lakukan. Cuma kuantiti kena banyak lagi supaya kualiti meningkat. Semangat dalam 2 minggu ini kena guna masa sebaik mungkin. Sewaktu oncall pun kena buat sebaik mungkin. Kena tolong semua pesakit. Kena lihat banyak kes sebab semakin banyak tengok semakin banyak belajar. 

Tak ada perkataan malas! Susah sekarang insyaAllah nanti senang. Kurang tidur kurang rehat perkara biasa untuk menjadi doktor. Bukan sekadar-sekadar sahaja tapi doktor yang baik. Muslimah Doktor yang baik yang nak bawa D & T. InsyaAllah.

Akhir bulan 12 lepas ada perkara berlaku yang saya anggap sebagai cabaran untuk saya jadi lebih baik. Terima kasih yang berani memberitahu tentang kelemahan dan kesalahan saya (walaupun ada part yang terasa =D Saya terima dan sudah fikir. Alhamdulillah sedang baiki sebaik mungkin. Satu perkara yang tak sangka adalah nama sekolah saya masih disebut dan diingati. Tersenyum saya dalam hati waktu itu :)

"You came from an Islamic school and you should have extra factor than us who came from normal school"


"You are IMAN(islamic organisation), so you must show something extra from us"

Ayat-ayat di atas memang saya ingat. Yupp, orang tersebut memberitahu dalam Bahasa Inggeris dan dia juga seorang muslim. Saya ingat saya jawab juga tapi saya tak patut jawab sebegitu,

"You also an Islam so you should also bring Islam..."

Itu sahaja yang saya rasa memang saya patut ingat dan apa yang buat saya tersenyum gembira dalam hati. Sekolah saya di Klang dulu disebut-sebut. Saya memang suka sekolah saya dulu. Tempat saya dapat tarbiyah bertemu sahabat-sahabat. Walaupun sudah lebih 7 tahun meninggalkan sekolah. Saya akan menjadi duta yang baik insyaAllah terutama untuk Islam. 

Mengenai organisasi yang saya sertai. Saya tak nak komen apa-apa buat masa sekarang. Saya sudah fikir panjang. Itu hanya nama. Kerana untuk bekerja membawa agama tidak perlu nama tidak perlu ada jawatan baru boleh buat kerja dakwah. Cukup dengan agama kita Islam dan kita semangat dan berusaha bersungguh-sungguh. Tidak perlu menjadi ketua atau AJK. Tidak perlu nama disebut. Cukuplah semua itu. Saya ingin menjadi orang yang tak perlu disebut-sebut. Apa yang penting kita buat. Bukan sekadar diskusi tanpa gerak kerja. Tidak kira  apa jemaah pun anda. Betul kan? 

Hati yang perlu dijaga

Saya sedih juga terkadang orang yang dianggap rapat tapi banyak rahsia dia dari kita. Cakap di belakang. Menggunakan apa yang kita pernah bercerita padanya untuk menyerang kita. Saya sangat menghargai persahabatan. Bukan sewaktu anda rasa susah, anda rasa tiada teman baru anda datang kepada saya. Susah senang kita bersama. Mungkin juga saya bukan orang selayaknya untuk berkongsi dengan anda. Saya telan semua itu dan dengan harapan ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Saya tahu banyak hati yang perlu dijaga.

Tersenyum kembali masih ada sahabat yang bersama di saat susah dan senang :)

Apa yang berlaku kena balik kepada diri. Lihat balik apa yang sudah berlaku dan kita buat pengajaran. Kena polish banyak hati ini. Banyak kena belajar lagi. Terutama tentang D & T. Memang tak boleh kata malas dan tiada masa. Kena jadi agenda utama. Selain belajar Tibb. Tibb adalah fokus saya juga.

 **Nota saya:  Natasha means strong! 

Seperti biasa gambar dari Fatiha. Saing sekoloh rendah ore Kelate hok duk London loni:)

3 comments:

khairiFMJ said...

like this..baca terasa sampai ke hati,hehe
smgt!!! apa-apa pun hidup kena terus kan..
may Allah bless us always in everything we do..

p/s: aah nk kena smgt jgk nak habis bedah ni..gonna miss this department for sure..huhu

Iman Aisyah said...

Khairi :)

Thanks. Baca sampai terasa ke hati:D

Semangat di hari hari terakhir kita di bedah. InsyaAllah. amin.

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur