Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hidup ini cantikkan? Mari kita lihat dari 'kaca mata' yang cantik. Kita akan dapat melihat betapa cantiknya perjalanan hidup kita selama ini. Kita yang rugi selalu menggunakan 'kaca mata' yang salah. Saya pun begitu, selepas ini tidak mahu salah lagi memakai 'kaca mata'.
Berazam dan akan sematkan dalam hati yang paling dalam akan melihat hidup yang cantik ini menggunakan 'kaca mata' yang sebenarnya. Tidak mahu melihat dan meraba-raba seperti orang rabun mencari barang!
Kehidupan sekarang di peringkat akhir menjadi pelajar Tibb memang penuh cabaran. Tersedar yang tahun ini adalah tahun terakhir saya akan berada di sini. InsyaAllah. Sangat berharga rasanya masa sekarang yang nanti tak akan kembali lagi. Ingin menggunakan sebaiknya masa sekarang untuk mengutip ilmu sebanyaknya!
Kecantikan hidup yang hanya akan dirasai apabila kita bersyukur dan sabar menjalani apa sahaja yang mendatang dalam perjalanan yang lama ini. Sabar dan syukur!
InsyaAllah akan terus melangkah dengan senyuman dan semangat setiap hari. Berusaha mengutip pelajaran hidup yang ada :) Mencari mutiara yang tersembunyi :) Menghargai setiap peluang yang ada!
Masalah yang datang adalah cabaran yang mendidik diri untuk lebih bersedia ke alam kerjaya nanti. Tidak akan mudah rasa kecewa dan putus asa. Saya akan terus berusaha. Belajar mengenai manusia dan bekerja dengan manusia memang susah dan sangat mencabar. Jadi ini adalah peluang yang Allah swt berikan untuk saya terus berusaha dalam D & T. InsyaAllah :)
Akan sentiasa mencari peluang dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik!
**Terima kasih kepada friends di Tumblr dengan gambar yang cantik di atas.
*Nota saya 1 : Part 2 : Tahun 1431H / 2010 M akan disambung nanti :) Catatan saya untuk seterusnya. Sudah tercatat lama belum dalam bentuk tulisan sahaja lagi.
*Nota saya 2 : Hari ini post oncall (setelah semalam bekerja sehingga jam 5 am di unit kecemasan) , jam 6 am follow up pesakit di wad Dahlia. Masuk sub divisi baru Thorax yang lebih baik dari sebelumnya.
*Nota saya 3 : Laughter is the best medicine :) Bestnya kalau nanti setiap hari ada yang membuat humor dalam kehidupan saya nanti. Tak salah bermimpi kan? =) Serius sangat tak bestlah kan. Orang yang suruh saya senyum sokmo! Sudah lama tak mendengar khabar anak muda gigih berusaha itu.
**Tibb - perubatan **D & T - dakwah dan tarbiyyah
5 comments:
assalamualaikum sis
semoga berjaya dalam menggalas tanggugjawab duniawi dan ukhrawi
dik akak nak tanya,
apa syarat nak futher study dalam bidang medic di sana?
tudung labuh yang bersulam ada tak di sana?maaf banyak tanya pula
:)
ummu: waalaikumsalam. insyaAllah. terima kasih. sama juga buat ummu semoga berjaya di dunia dan akhirat.
akak,
alhamdulillah. selepas selesai SPM saya pergi interview untuk biasiswa JPA dan saya dapat tawaran ke Indonesia(kalau masa isi borang macam biasa minta UK tapi tak dapat A1 semua masa SPM, mungkin tak dapat ke sana:)untuk pengetahuan akak, batch saya adalah batch pertama yang JPA hantar untuk medic di sini. syarat untuk amik medik di sini selain SPM saya rasa kena buat ujian kemasukan. kalau saya dulu buat interview sahaja. mungkin sudah ada perjanjian antara JPA dan universiti saya. pada saya yang penting masa SPM kena buat betul2. insyaAllah banyak peluang akan dapat.
untuk tudung labuh bersulam kat Kelantan banyaklah akak :) kat sini tudung labuh style kat sini lah kak =D takpa, selagi boleh jawab saya akan jawab.
fathiyyah,
:) :)
Post a Comment