Wednesday, June 1, 2011

10 hari & 5 bulan

Assalamualaikum wbt

Entri pertama bulan Jun.

Lamanya tak tulis kat sini. Tengok entri bertajuk "wanita" entri penutup bulan Mei. Alhamdulillah dah masuk bulan Jun. Entri "wanita" penuh makna =)

10 hari

Tinggal 10 hari saja lagi nak habis magang di Tasikmalaya. Cepatnya rasa! Lepas balik Malaysia khamis lepas jadi cepat pulak. 

Syarat untuk selesaikan magang kena buat 50 status (medical record), yang supervisor dah check baru 3. Sebelum balik haritulah. Lepas balik tadi dah buat 2 status. Jadi ada 5 status, campur dengan 3 yang saya conteng dalam buku nota merah, jumlah semuanya 8 status. Kena buat 42 status lagi. Sempat ke? InsyaAllah sempat :) Setiap hari buat 10 status, baru ambil 4 hari kan? Kena kerja keras sedikit sebab kena buat betul-betul. Nanti kena gelak lagi dengan supervisor kalau buat tak betul-betul. 

Pening tak dengan kira-kira saya kat atas? 

5 bulan

Yeay! Tinggal 5 bulan lagi nak balik Malaysia for good! Rasa macam tak sabar nak balik. Macam-macam boleh buat nanti kalau dah balik, termasuklah membina rumahtangga(eh eh betul ke?) dan membina kerjaya. 

Macam banyak kena plan untuk hidup(kena insaf banyak sebab tak boleh main-main dah kot)


**Nota: Nak tulis tentang wedding Nabila haritu tapi internet membantut, slow jugaklah. nanti balik bandung baru upload gambar. Esok birthday Nabila dengan majlis sebelah lelaki di Terengganu.


1 comment:

ainko said...

all the best tasha!