Wednesday, July 22, 2009

Nama-nama Yang Takkan Ku Lupakan..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..

Menilai kembali dalam diri dan hati, akan insan2 yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku..

Nama2 yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama2 mereka yang dekat dihatiku apabila aku memerlukan..

Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama2 yang penting di zaman kanak2, zaman remajaku, dan juga mereka yang kini sudah lama tak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..

Nama2 mereka yang sentiasa di sampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku..

Nama2 yang telah ku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..

Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku..

Nama2 insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..

Mereka yang sudah tidak wujud lagi di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama2 yang hadir dalam kehidupanku untuk sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku..

Aku sangat hargai insan2 yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..

Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah..

Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri menjadi hamparan mawar nan indah..

Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya..

Menukar setiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan..

Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkan dirimu menjadi sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu..

Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan dihatiku..

Bersahabat adalah suatu rahmat..

Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..

Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..

Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan..

Semoga ukhuwah yang kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah SAW..

SAHABAT SEMUA MARILAH KITA LAKSANAKAN AMANAH BERSAMA!!!



No comments: