Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua?(^_^)...lama rasa tak meng'update' blog..sepanjang minggu lepas sedikit sibuk.
Alhamdulillah dah selesai exam, cuma menunggu Judicium 1 (hari keputusan peperiksaan diumumkan), esok hari Jumaat adalah harinya!berdebar2..Doakan saya ye teman2!
Semalam Abah telefon dan saya beritahu Abah berdebar2 nak dapat keputusan, Abah kata kena tawakal! sebab usaha dah dibuat, kita berserah kepada-NYA dan doa banyak2.

Tawakal
Kita hayati firman ALLAH SWT:
Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.”
(QS. At-Thalaq 3).
Allah SWT juga berfirman, “Hanya kepada Allah hendaklah orang-orang yang beriman menyerahkan diri”.
(QS. Ali Imran 160).
Di dalam ayat yang lain Allah SWT juga berfirman, “Hanya kepada Allah hendaklah kamu sekalian menyerahkan diri jika kamu sekalian adalah orang – orang yang beriman”.
Saya kongsikan ta'lim yang disampaikan oleh Ustaz Zainal Muttaqin, seorang ustaz di sini mengenai Tawakal. Ta'lim yang disampaikan adalah sempena musim exam kelmarin.
Apakah yang dimaksudkan dengan Tawakal?
Azam, bulat tekad, proses2 mencapai dan berserah diri kepada Allah SWT.
Ciri2/tanda2 tawakal:
- Tawakal terhadap sesuatu yang belum didapatkan atau harapan terhadap sesuatu.
- Redha terhadap sesuatu yang didapatkan.
- Sabar terhadap sesuatu yang lepas atau yang tak dapat dijangkau.
Orang yang tidak mempunyai keyakinan tak mungkin dapat mencapai tahap tawakal yang sebenarnya..
Tawakal dan ikhtiar saling berkait rapat. Tawakal datang setelah ikhtiar ataupun usaha.
- Aku meyakini bahawa rezekiku tak akan diambil orang lain, maka hatiku akan tenteram.
- Aku mengetahui pekerjaan2ku itu tak akan dikerjakan orang, jadi aku akan beramal.
- Aku mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa melihatku, jadi aku malu berbuat maksiat.
- Aku mengetahui bahawa kematian akan datang, aku perlu menyiapkan diri.
Tawakal juga berkait rapat dengan tauhid dan keimanan kita. Jadi mari bersama2 kita muhasabah diri seberapa tawakal kita terhadap sesuatu perkara...
~*Nota:
1)Doakan saya dan teman2 tahun ke-4, esok kami akan dapat keputusan peperiksaan.semoga kita sama2 berjaya(^_^)
2)Tadi Along pun call..pesanan saya yang tak pernah saya lupakan adalah.."Doakan Angah"..
Iman dah boleh cakap..comel!
3)Setiap kali cakap2 dengan Najeeha, adik bongsu mesti tanya.."Angah bila nak balik?"
InsyaAllah dik Angah balik!
4)Rindu*rindu*rindu! Saya nak cakap2 tapi rasa malam ni banyak kerja. Semoga dipermudahkan semuanya..hope there's goodness.(^_~)!

2 comments:
salam~
guano result?
bereh x?
to 3rdmarch:
Salam~
Alhamdulillah bereh..syukur sgt2..kakAimi,kakKem,kakAida dan Mohsein semua lepas..
wisuda=graduation day(^_^)
*terima kasih doakan kami.
Post a Comment